Pages

Friday, May 22, 2009

tak sihat!

harini aku tak sihat sangat.. tonsil aku bengkak.. tekak aku sakit dan kepala aku pening.. namun aku gagahkan pegi keja sebab banyak keja aku tak siap..

cheklist nak aku siapkan harini ialah:
1. check eset kat ECT
2. buat laporan aset tempat yang dah lawat
3. buat slaid presentation tuk slasa depan..
sempat ke ni.. (huuuaaarr...!)

tujuan sbenar aku nak cepat-cepat siap ni sebab aku nak balik kampung 27-7 jun ni.. pastu aku sambung kursus 8-12 jun.. hehe..(lama tu kursus- risau aku.. huhu..)

babaii.. n have a nice day!

Wednesday, May 20, 2009

malas + diving

aku yang malas nak update blog..

kalau korang tengok aku jarang2 update blog ni maknanya aku skarang tengah sibuk projek lain.. hehe..

anyway.. projek tu lain kali aku bagi tau ye.. tapi skarang (lepas balik dari sipadan).. aku tengah berkobar-kobar nak amik lesen diving.. jadi nak amik lesen ni seeloknya pandai brenang la kan.. hmm, sejak dari sebelum p sipadan lagi janji ngan tan (farmasi kat tempat aku) tuk blajar brenang ngan dia, tapi duk sibuk la, tangguh la dan segalanya la, akhirnya aku g sipadan tanpa pandai brenang.. (huhu..)

namun kini..(ewah!).. insya Allah akan bermula dan diakhiri dengan aku pandai brenang! (haha..;p) ---> semangat je berlebih ni.. harap2 semua yang dirancang menjadi..

ha, kebetulan aku duk cakap pasal ni, aku eklan jap.. sape2 nak join skali bagitau aku.. aku n the geng nak amik 24-27 julai ni..(insya Allah) kat kk.. rega Rm750.. (or less.. aku cuba lagi nak kurang kan rega ni.. (^_O) hehe..


chiow..

Monday, May 11, 2009

happy mothers day..

one of my favourite mother's day song.. mirai e by kiroro.. enjoyy..!

video

MIRAI E by KIRORO
(final fantasy ix)
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future

Mother has given me a lot of kindness
"Embrace love and walk" she repeated
that time when I was childish and didn’t understand her meaning
she held my hand
together, walking we came.

dreams are always from high in the sky
it is scary that we might not reach them but continue to try
for this reason I won’t abandon my story
when I became anxous she held my hand
together, walking we came.

that kindness was occasionally unpleasant
when I was away from mother I couldn’t obey
look at your feet and seethis is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
that kindness was occasionally unpleasant
when I was away from mother I couldn’t obey
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
slowly towards the future let’s walk

Friday, May 08, 2009

sipadan wonders part II - faces of mabul island


hari ketiga kat sana agak releks sket.. pagi subuh bangun dan kluar pegi tengok sunrise.. gambar sunrise nanti post kendian.. petangnya.. herman dan eva arrangekan kami tuk pegi pulau mabul jalan2.. sampai pulau mabul, main dulu volleyball.. lawan sama2 sendiri ngan lawan sama staff resort..
punya beria2 main semua orang balik dengan lebam kaki tangan badan smua.. huhu

jalan2 kat pulau ni sempat lagi singgah umah adik ni tengok umah dia.. blakang dapur umah dia memang terus nampak laut lepas..

cuba teka apa isi plastik aiskrim yang bergantungan ni.. ;p
dari kiri : cuka, soflan, gula, sambal, kicap, cuka dan minyak.. semua dijual dengan rega 20 sen satu.. (hihi...)

hallo... nice to meet you.. ^o^

satu2nya kedai burger kat pulau ni.. bukak sampai tengah malam..

rumah ni cantik kalau dibandingkan dengan rumah2 lain kat sini.. kaum terbesar yang tinggal kat pulau ni adalah bajau laut dan suluk.. ni rumah orang bajau laut..

pakcik2 lepak petang2..

anak2 muda pulau pun lepak gak.. hiburan utama kat pulau ni ialah menyanyi.. mana2 tempat derang ni lepak mesti nampak ada gitar..

hai dik.. senyum2 akak nak amik gambar.. ^_0
adik pompuan yang kecik tu nama era fazira.. hehe

banyak umah orang bajau laut kat sini duduk atas air.. ni on the way p kedai.. kedai ni baru jadi memang cantik dan proper la kedai dia..

kubur! yang nampak kat sini banyak kubur kecik2.. maksudnya ramai budak yang meninggal kat pulau ni.. sebabnya tak tau la..

oh, ni gambar sesat: adik berdua ni tengah mengarang (aktiviti mencari kerangan laut) dan memancing.. yang sorang tu seksi habis.. sluar pun tak pakai.. huhu..

ni papan tanda kat salah satu resort yang ada kat pulau ni..

bersih je kan?! sebabnya ni kawasan resort yang ada kat pulau ni.. jadi adalah orang yang kasi bersih..

gambar sesat lagi : pagi hari derang kluar tangkap ikan.. dalam bot no adalah dalam 10 orang..


to be continued..

Wednesday, May 06, 2009

sipadan wonders! ~ part I

walau dah seminggu percutian mabul-sipadan-kapalai berlalu.. aku masih teringat ingat ke-best-an vacation kali ni.. gambar2 mungkin aku banyak post kat facebook atau flickers.. tengokla camane.. ni pun tak nyempat2 nak upload huhu..

anyway.. trip cuti-cuti mesia kali ni diikuti seramai 15 orang.. paling ramai la yang aku join sejak lawatan sambil blajar masa zaman skolah dulu.. hehe.. dibandingkan dengan bersuti tempat lain, hmm.. tak terbanding la.. sebab aku rasa cuti kat mana-mana pun akan ada perasaan yang best.. walau buruk camane pun tu setiap tempat mesti ada kelebihan masing.. betul tak?!


apa2 pun aku bersyukur sebab apa yang aku plan hampir semua terletak dan terjadi dengan lancar.. alhamdulillah.. tapi ada jugak 2 3 perkara yang agak mengecewakan aku.. yang paling besar adalah aku sangat terkilan dengan office resort derang kat tawau yang tertinggal nama sorang ahlil kitaorang yang last skali nak ikut g cuti2 ni.. sangat kecewa sebab bila dah nama tertinggal, permit yang resort hantar untuk g sipadan pun tertinggal la satu.. bayangkan semua 14 dapat pegi, sorang je yang tak dapat pegi.. aku yang kecewe.. rasa sangat bersalah.. (sori ye fendiii.!! isk2) nasib la tuan punya diri sangat cool orang ni.. kalau tak mau aku dimaki hamun tang2 tu jgak.. (yeke..? tak kut kan!?? huhu..)

terjuunn!!

sepanjang 4 hari 3 malam kat pulau mabul.. duduk di Sipadan Water Village.. amat mewah rasanya.. dengan bilik yang selesa, makan yang sedap2 belaka.. tempat terjun yang best, house reef pun agak bleh tahan la.. cuma package yang dia bagi limited tuk 1 free boat ride, makanya tambahan bot bayar lagi RM50..


senarai nama yang dapat permit g sipadan.. dia tulis kat board ni

gambar di atas ni smua baju2 untuk diving ngan kasut2 yang kena jemur lepas kena pakai.. kat diving centre (tempat yang mengurus segala aktiviti) ni ada lagi aktiviti lain yang boleh guest buat, seperti berkayak.. kayak dia nampak best.. transparent kayak dia.. jadi bleh la nampak dasar laut ke ikan2 berenang renang kat bawah tu.. ^_^


hari pertama seperti yang diingin2kan.. trip ke sipadan..! yeayy.. *so happy* --(bila tengok nama kat board naik.. hehe..).. walaupun trip ni memang khas dinamakan trip pi sipadan, sebenarnya belum tentu dapat p pulau sipadan tu.. skarang Sabah Park ( yang BERtanggungjawab menjaga pulau-pulau di sabah) ni dah berikan kouta 120 orang sehari yang boleh masuk perairan sipadan ni.. yang snorkling dan yang diving..



jadi, kat area pulau adik-beradik (mabul/kapalai dan semporna jugak kalau tak silap aku) ada 12 dive operator, kena la bahagi2.. satu dive operator (resort) dapat la 12 orang yang dapat pegi dan diberi permit.. kalau ada yang tak submit nama atau tak ramai yang nak pegi, tinggi la peluang orang2 lain yang dapat pegi.. permit plak kena bayar lagi RM40.. kalau yang xde permit masuk, derang akan halau kat situ2 jugak suh balik.. huhu..

snorkling pun kat sipadan ni ko dah rasa perasaan yang tergambar cantiknya.. nampak segala mala ikan yang cantik2.. siap nampak ikan baracuda.. (ikan lain aku tak tau nama apa) nampak lagi penyu adala la dekat sepuluh ekor.. dari yang kecik ngan ke la sebesar2 manusia.. *very very happy* .. (~ terkilan tak de kamera yang boleh bawak masuk dalam air.. huhu)

pagi g sipadan.. aktiviti petang, bila dah dibincang2 kami 9 orang wat discovery scuba dive (dsd).. cikgu yang mengajar orang jepun.. *grinning* namanya rika hinose san.. sebelum diberi peralatan dive apa smua.. rika san bagi dulu lecture.. lecture la bagi kenal alat, isyarat2 tangan apa smua.. dan menda2 yang patut buat tuk dapatkan sijil.. dah kami ramai terpaksala dia buat skit2 orang.. pengalaman baru bagi aku.. pengenalan tuk amik lesen diving akan datang.. mula2 ada rasa gerun jugak.. tapi bila dah lama dalam air tu.. rasa sangat best.. perasaan yang tak boleh digambarkan la.. *happy happy* ---owh, tuk dsd ni bayar lagi RM200.. huhu..

sensei dsd kami.. rika san

hujung dan hujung ~ rika san dan miss sandra (juga cekgu ;p)

breath in.. breath out.. fuuh fuuhh...

hari kedua plak, pegi trip pulau kapalai.. pulau ni kalau masa air pasang nampak macam duk kat tengah laut.. sebab smua tenggelam.. kecuali resort dia la..;p.. mula pegi la melawat resort dia.. dapat tag pelawat lagi.. ok gak resort dia.. cantik! siap ada piring astro lagi.. (kat resort kitorang, tv pun xde tau).. lepas dan buat lawatan dalam keadaan kering.. kami teruskan dengan lawatan dalam keadaan basah plak.. hehe.. apalagi.. aktiviti terjun la.. ;)

coral reef kat sini tak sebanyak kat sipadan (of course la kan! LOL) ada tempat yang coral dia banyak yang mati.. sedih aku tengok.. skarang (masa tu) baru aku faham kenapa orang sibuk nak jaga coral reef ni beria2.. sebab kan bila ko tengok banyak yang mati ngan musnah ni kan.. ko akan rasa sedih.. sebab apa sedih?? sebabnya bila dah tengok betapa cantik dan betapa banyak ikan dan hidupan lain yang bergantung ngan coral tu.. rasa cam sayangnya coral2 yang mati ni.. segala2 hidupan pun berhijrahla cari rumah baru kan.. jadi, bila dah tak de hidupan kawasan tu.. ko yang stakat pandai snorkling pakai gogle ngan life jaket ni nak tengok apa?? tengok pasiir?? huhu.. ( hehe emosi sket..)

happy.. ^_^

cetek, bersih dan cantik..~ pulau kapalai

photo credit : myself, mr ateng and mr azmeer.. (thanks u'olls ^O^)

Friday, May 01, 2009

sipadan wonders!

kepenatan perjalanan 10 jam dari kk ke tawau kemudian tambah 2 jam lagi dari tawau ke semporna terubat dengan godaan pandangan pertama resort ni.. ewahh.. hehe.. tengokla.. betapa cantiknya..
keindahan ciptaan tuhan..
kena sambut kat jeti lagi tu.. cam orang2 besar jek.. hehe

dapat towel lap muka.. dah naik bot dari jeti semporna tadi dalam 40 menet.. dapat towel refresh muka tangan apa smua yang melekit2, cam heaven giler rasanya..

sipadan water village

bilik selama 3 malam..
pemandangan dari bilik..

belum pape.. terjun duluu... hehe..

aku post dulu gambar2 ni.. nanti aku cerita yang lain-lain ye.. ^_^