Pages

Friday, November 07, 2008

we love our pets! \('v')/

baby munky ni tinggal kat farm orked kat kuching. .takut tul kitaorng curik epal dia makan tu.. hehe..


kucing ni tak takut langsung ngan kamera ( or aku :p) .. siap duk diam2 tgk org snap gambar.



this fella duduk dalam cage yang agak kecik tuk dia flying around.. memang xboleh pun! dalam cage dia ada 2-3 ekor ayam serama.. xtau apa hasrat tuan punya kedai ni.. nak bagi kawan ke nak bagi makan..


anak kucing ini berharga RM600.. kawan beli di pasar kat kuching.. huhu

Mulu lagi..?

smalam jumpa senior aku skarang keja kat likas.. naik pangkat kena transfer kk.. dia pinjam sleeping beg nak g mulu.. dia nak g pinnacle.. huhu.. nak ikut.. dia g 5 hari.. 2 hari duk camp 5.. kena masak sendiri smua.. hari pegi masuk 2 cave.. hari balik masuk 2 cave.. lengkap 4 cave yang besa orang pegi.. seingat aku deer cave, clear water cave, wind cave, lagi satu apa ek lupa dah.. aku ada ajak orang tu pegi.. tapi dia kata " nak jer pegi, tapi xreti la nak rancang awal2 ni.. nanti sampai seru pegi la.."



ni gambar pinnacle.. amik dari blog sape tah yang dah penah pegi ni..

kalau orang tanya best taman negara bako ke taman negara mulu..? aku akan cakap MULLUUU!!! ngeh.. ngeh.. ngeh.. Photobucket

Wednesday, November 05, 2008

retime and all

11.30am
turn aku harini bagi psychoeducation.. (program tuk pt psikiatrik kenal penyakit, ubat dan macam2 lagi supaya diorang ni paham penyakit dan xlupa makan ubat).. aku bagi pasal pemakanan sihat la apa lagi.. kul 9 aku dah terpacak kat farm tempat diorang wat ceramah harini.. releks sket la berbanding kalau wat kat wad.. pt aku arini smua pt kronik.. muka2 yang familiar je.. yang duk lebih 10 tahun kat wad pun ada.. yang paling aku kenal ada budak ni yang slalu kuar masuk wad.. kali ni macam lama aku tgk dia kat wad.. kesian aku tengok dia ni.. ada masalah family dia.. isk2.. dah cakap macam2 smua ada yang ternganga la.. angguk2 smua.. aku harap angguk2 tu diorang paham la kan.. huhu..

2 pm
iza dah confirm tempat tinggal kat bandung.. dapat duk guest house 5ratus lebih ringgit mesia tuk 6 malam tuk 2 orang.. tempatnya pun ok dekat ngan tempat shopping2, dekat gak ngan train station yang dia kata bayar RM20 je nak g jakarta.. (as said dalm review dia la).. setelah 3-4 hari kami membingungkan diri apa plan yang kitaorng nak buat.. yelah aku dah siap survey rega pakej yang fairus amik tuk dia g bandung minggu ni.. RM850/person.. (mahal sebab rega 2 org) 2 malam kat bandung + 1 malam kat puncak + 1 malam kat jakarta.. not bad la actually kalau memang aku dah budjet tuk tu.. but since our original plan got cancel.. kena la survey memana yang yang lagi murah dan affordable.. isk2.. lagi pun zaen (diperkenalkan oleh ateng, trimas!) ada bagi no contact tourist guide dia masa dia gi bandung minggu2 lepas.. jadi duit lebih tu bleh la buat shopping.. yeay! (doa banyak2 smua ok, huhu)..

3.30 pm
baru dapat tau flight aku dari bandung ke kl kena delay.. gelabah aku kejap.. mana tak nya, patut sampai kul 3 lebih kat lcct, pastu aku nak kena catch flight ke kuching lak.. tetiba retime kul 5 ~ sampai kl kul 8 lebih.. sah2 la aku kena tinggal flight kan.. dah la smalam dapat msg dari air asia pasal delay flight ke bandung tu.. maksudnya di sini, diorang delay smua flight aku pegi dan balik.. huhu.. nasiblah bagitau awal2.. kalau x mau pecah kepala aku kat epot hussein sastranegara tu nak mengurus..

dapat tau jgak iza confirm tak dapat nak ikut aku g wedding cema sb dia ada kursus time tu.. huhu.. kena carik plan lain lagi nak menyampaikan diri ke selama tu.. (banyak nya input harini..isk2)


5.00pm
lepas keja aku pecut g epot dengan niat suci menyettlekan urusan bandung~kuching aku.. sesampai kat kaunter (setelah menunggu 15 menet), pompang pompang aku cita masalah aku.. dengan tak sampai 2 minit, minah kat kaunter tu berkata..
"hmm.. cik tukar flight jam 11 la dari bandung, buleh?"
aku pun balas, "perlu saya bayar ka?"
balas minah tu, "ndak, ndak perlu.. sebab flight cik sudah kena retime.. mau awal @ lambat tidak perlu bayarr.. tuk kawan cik pun tidak perlu bayar... atau cik mau tukar flight ke kuching?"
aku dengan tersenyum lebar.. ''kalau begitu sia tukar flight dari bandung la.. kasi dia awal, terima kasih!''


alhamdulillah syulkur!! penat je aku susah2 hati.. huhu.. (doa banyak2 smua ok, huhu)


akhirnya aku sampai rumah jam 7 pm dengan perasaan lega..

Sunday, November 02, 2008

a day at home..



browsing through deviantart a minute ago.. i can spend hours looking at these beautiful pictures.. huhu..

arai-foto on deviantart
this one makes me smile

makin tgk gambar cantik2 makin membuak2 aku nak beli dslr.. bertangguh lama dah ni.. tapi uang tidak mengizinkan.. ada orng offer aku nak tolong.. (thank you so much.. really appreciate it.. huhu) tapi aku risau nanti lama aku boleh nak bayar abis.. sebab sekarang aku memang nak kena simpan duit banyak.. (baanyyaak!) sb banyak up and coming event yang perlukan aku spare my money n mind into it.. kalau aku setuju mungkin 6-8 bulan bari aku boleh bayar habis.. lama tu.. kalau aku tunggu.. tengah tahun la baru aku bleh beli.. ini memang bulat2 kes kehendak melebihi kemampuan.. isk2..

anyway.. fazrul got his first wed job this weekend.. (good luck n tahniah..:)) in fact skarang mungkin sibuk dia mengambik gambar.. dia kata kalau this one turn out to b ok.. then he will consider taking for my sis.. i have faith on him.. no worry at all.. ahaks

hari ni, kawan2 dari sandakan datang umah.. na masak breakfast.. nasi goreng, keropok (import klantan) nugget dan teh panas.. hehe.. rupanya.. yang datang ni ada yang dari semenanjung.. smua dari johor.. dan nak jadikan cerita, salah sorang sama keja ngan ateng.. huhu keciknya dunia.. ;p aku sempat sampaikan salam je.. kalau awal2 tau bleh gak la kirim menda2 lain tuk dia.. hehe..


Saturday, November 01, 2008

cik celin + cik alia + cik ehem

harini cik celin dapat tau cik alia tukar ringtone cik abang dia jadi lagu i,m yours.. hati cik celin sedih sebab cik celin teringat kat cik ehem(!).. hati cik celin meruntun-runtun bila cik abang cik alia telepon malam-malam.. cik alia dah buat cik celin gatal tangan nak contact2 ngan cik ehem(!).. cik celin xsuka sb cik celin cuba nak lupa.. cik celin berpikir.. samada cik celin nak bagitau cik alia tuk tukar ringtone tu.. atau cik celin buat besa telan je rasa2 pahit tu.. atau cik celin nak tukar perasaan dia tu jadi gembira bila dengar lagu i'm yours tak kira lah di mana saja ia berkumandang.. samada di radio ka atau di telefon bimbit..

apakah yang akan cik celin lakukan..?

Friday, October 31, 2008

last day of the month..

sekejap je rasa dah pun sebulan.. macam dah lama plak rasa tak menulis ni.. smalam dah kelam kabut.. aku lupa yang pepagi hari ada miting MRM.. dah la kena present.. report pun aku lupa tulis.. huhu.. nasib la bahan2 dia aku dah siap sedia awal.. syukur betul pengarah terima je yang aku present tu.. huhu.. ISO memang memeningkan kepala betul la.. dan dengan keterlupaan aku tu.. akhirnya aku kelaparan sebab xsempat nak breakfast sebelum miting.. isk2..

harini hectic tul aku.. miting pagi2 hari dengar orang present pasal 5 services provided oleh hospital support service.. banyak kena tembak diorang HSS ni.. kesian jugak la.. tapi dengan jumlah bayaran yang diorang dapat bulan2 rasanya berbaloi la nak request service yang sepadan dengannya..

dah petang aku pegi shoping peti ais.. huh, dah 2-3 kontraktor bagi quotation smua pun lebih dari budjet.. last2 aku sendri g kilang survey peti ais yang aku nak.. puas hati.. dapat la dengan rega pat lima ratus beza dari rega paling murah yang di quote oleh orang tengah.. aku dah rasa best dah time tu.. tapiiiii.. bila dah balik jumpa pengarah.. dia nak aku cari yang kurang lagi..!! huhu.. kena g balik kilang nak mintak diskaun..

Photobucket


on the way balik kilang aku beli yoyo..!! hehe.. the best milky tea in town..! enjoy minum ngan mie arini.. lama aku xdengar ibu mengandung ni teringin yoyo..hehe.. sape2 kawan aku yang datang vacation sini.. confirm2 aku bawak datang sini minum.. xpun beli, tapau minum dalam keta.. kat s'mjung aku xjumpa lagi minuman camni.. mungkin ada la kut kat kedai cina..(manalah nak masuk kalau sah2 kedai cino kan).. kawan aku kata ni abc versi simple.. dia pakai teh cina wat teh dia.. pastu dia taruk pape la dalam tu ikut apa yang kita nak.. ni yang paling aku suka coconut cube.. seronok la minum2 sambil kunyah2.. hehe.. Photobucket

ni add adik tunjuk conth hantaran yang dia nak buat.. http://simplisiti.fotopages.com/
cantik gak derang ni buat.. simple but nice.. cuma aku harap fazrul nak la amik job amik gambar kawin adik aku.. sebab kesian plak kalau majlis antar menantu nanti xde orang nak amik gambar.. aku cukup yakin dia bleh amik gambar yang best walaupun dia duk asyik kata takut aku nyesal la.. takut pengantin xpuas hati la bagai.. xde pengalaman la.. lagi itu la ini la.. hmm harapnya diactak la cakap semata2 xnak aku harapkan dia jadi photographer kat wed tu.. isk2

Saturday, October 25, 2008

whoever you are..

i want to call..
i think twice before it..
i did make a call..
but felt miserable after it..
i miss him..
but i cannot tell him..
i want him for myself..
but i don't think he wants me the same..
i prayed to Allah..
if he is the one, syukur Allhamdulillah..
if he is not... please God i want him so very much..

Friday, October 24, 2008

kukuku...


kuku aku tercabut lagi.. huhu
ni gara2 naik gunung 2 bulan lepas la ni..
xtau pun dah mati.. sampai kuku dalam tu dah besar panjang
baru yang lama nak terbuka..
mungkin dia nak bagi yang baru betul2 kuat baru dia nak chow kut..

Thursday, October 23, 2008

PREjudice


The word prejudice refers to prejudgment:
making a decision before becoming aware of the relevant facts of a case or event.

by Wikipedia , The Free Encyclopedia

apa agaknya perasaan kita bila orang prejudis kat kita ye..? apa yang aku rasa ya..? ni first time aku berdepan dengan orang yang cakap dia prejudis terhadap aku.. hmm.. pada pendapat aku sikap ni xbanyk sikit, mesti ada dengan smua orng.. sebab tu adanya istilah first impression.. tapi biasa orang simpan sendiri2 dan perasaan tu bertambah atau hilang lepas kita kenal betul2 orang tu.. semua pun bergantung dengan pengalaman dan surrounding dia..

sebelum ni pun aku ada kenal kawan yang sentiasa negatif.. bukan dengan orang je.. ngan diri sendiri even ngan barang dan situasi pon.. pening aku melayan dan hari2 kena tempias aura negatif dia.. semangat positif kena betul2 kuat dan kena pandai pujuk diri sendiri duk dengan orang mcm ni.. jadi dari pengalaman aku.. perasaan negatif ni hanya susah kan hati sendiri.. sendiri kena pujuk diri.. orang sekeliling pun rimas asyik dengan rungutan dan keself-centeredan kita..

walau apa pun xsemua sikap prejudis ni xbaik.. sebab dengan perasaan nilah buat kita bersedia kalau jadi menda2 buruk kat kita.. jadi tuk aku.. sama ada orang prejudis ke tidak, aku tetap aku.. terpulang orang nak judge aku macam mane.. aku xamik hati.. sebab aku tau bila ada perasaan macam ni challenge tuk dia tuk kenal dan nilai hati budi aku yang sebenarnya.. aku xnafikan aku pun ada sikap buruk ni.. mungkin beri kesan jgak ngan orng sekeliling aku.. sebab ada yang kata aku ni negatif source dia.. (dan cara dia balancekan nya dengan cari kawan2 yang positif) huhu.. sedih bila orang cakap camtu kat kita.. tapi dengan cara camni lah kita perbaiki diri.. dah ada kutukan dan kritikan, harusla kita berusaha dengan lebih baik tuk perbaiki diri..betul x?!

dalam persahabatan aku pegang satu je.. slagi aku boleh mnyumbang dalam perhubungan tu.. aku akan stay kat situ sampai bila diperlukan.. as said by Ralph Waldo Emerson ; The only way to have a friend is to be one.
"
Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya. "

Hadis Riwayat Muslim

foot note:
minta maaf dulu pada sesapa yang terasa ngan tulisan aku.. yang tuk berkongsi rasa dan pendapat je kat sini