Pages

Wednesday, September 09, 2009

o9o9o9

09/09/09 tarikh cantik.. hari yang cantik ni aku mulakan dengan join staf2 spital nyanyi2.. hehe.. kat spital ni ada 99 orang yang join menyanyi.. katanya ratus2 ribu orang lagi menyanyi bersama-sama pada waktu yang sama pagi tadi.. tujuannya untuk dapatkan pecahkan rekod malaysia guiness record.. hmm.. aku hanya sronok dengan semangat kawan2 yang menyanyi ni.. semangat betul!! hehe.. ni t-shirt yang kena pakai.. bayarannya Rm9.99.. -mau jugak ala angka 9 tu kan.. huhu..




tajuk lagu yang aku nyanyi dengan semangatnya ialah.. This Is My Country.. *smile*
lalalala.....

Tuesday, September 08, 2009

visiting doulos..

ahad lepas aku telah melawat sebuah kapal yang bernama doulos kat port kk.. kapal ni buat jualan buku2.. bila nampak iklan dia kat billboard.. aku, ida dan irwan, dengan bersemangatnya menunggu hujan reda tuk pegi naik kapal ni.. sangat menarik.. tak penah aku naik kapal2 besar ni.. cam excited lak.. ni sket gambar yang slamat dari goyangan dan ketidakcukupan cahaya dari kamera aku.. ;p

ni kapalnya dari jauh..


rega buku2 ni dia letak dalam bentuk unit.. mcam yang kat atas ni..

aku ngan ida.. walau pun gambar overexpose.. nak jgak tayang.. hehe


ni lah rupanya tempat jual buku tu.. bnyak gak buku dia.. tapi banyak buku kristian la.. memang pun aku rasa kapal ni tujuan dia berlayar adalah untuk menjual buku2 agama ni..

jamban dalam kapal.. ;p

salah satu tangga nak naik tempat jual buku dia..

nama kapalnya doulos
ni antara bot kecik dalam bot besar..
ni tangga nak naik ke kapal

dari tempat parking.. nak masuk dalam agak jauh gak.. dalam 500m jalan kaki.. tapi cam best sebabnya suasana malam sangat menarik dengan angin sepoi2 bahasa.. sayang je bila amik gambar smua jadi blur.. sebab kawasannya gelap.. pakai flash pun tak membantu banyak huhu..
masa balik, ada dapat poskad lagi dia bagi.. gambar kapal dia yang sedang berlayar.. tak perlu lah aku tunjuk ek.. -- sb cam susah lak aku nak uplod2 gambar ni.. adakah lama aku tak mengupload gambat di sini?? huhu..

Monday, September 07, 2009

should i.. or should i not..

should i.. or should i not..

i'm crying inside n out telling myself not to do it..
not this time.. not anymore..

.. or you will get hurt..! definitely..
just like last time you fall into it..

i hate it..

my new toy :)

well.. akhirnya.. D500k.. macam tak percaya je.. aku dah beli dslr.. isk2.. but i'm so happy.. tak sabar nak bergambar dengan kamera baru.. hehe.


Monday, August 24, 2009

salam ramadhan..

hari ni dah hari ke-3 ramadhan.. aku tempuh dengan perasaan.. emmm.. dah pose 3 hari?!! huhu.. cepatnya masa berlalu.. kalau dulu, masa kecik2.. kalau bulan pose.. punya lama nak menunggu.. 5 menit tunggu nak azan pun cam hape dah tak sabar.. skarang sehari pun rasa cam sekejap jek.. isk2..

bila datangnya bulan pose, maksudnya aku dah boleh kemas smua beg swimming ngan diving aku.. yeeaahhh.. dah terbengkalai beg tu berminggu2 dah.. ni siap dah boleh basuh apa dah smua.. hehe..

apa2 pun slamat menyambut ramadhan mubarak.. semoga puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas2.. :)

Sunday, August 02, 2009

2nd trip dive..

ni nak crita pasal sabtu lepasnya aktiviti.. plan aktiviti sabtu lepas adalah diving kat pulau tiga.. perjalanan makan masa 3 jam naik bot ikan.. ada 16 orang (kut la tak ingat nak kira betul2) yang ikut trip diving kali ni.. bot tu besar jugakla sebab smua orang bleh cari port masing2 tuk lepak nak tido ke hapa..

ikut sms mus (dive instructor ku) jam 7am kumpul kat jeti jesselton.. nak betolak awal sebabnya perjalanannya jauh.. bawak makanan sendiri dan bleh masak atas bot sebab ada dapur kalau nak.. aku ngan semangatnya masak spegeti bolognese nak makan atas bot, mie bawak minum2, nuget ayam ngan pinggan mangkuk.. poon bawak kek dan roti2.. memang nak berkelah punya stail la.. hehe.. janji kul 7, jadi geng aku, si mie ngan poon dan aku dengan patuhnya sampai kat jeti kul 7 pagi.. tunggu punya tunggu, tengok ramai orang sekeliling yang lebih kurang menunggu jugak.. jadi masa tu memang agak2 jelah yang depa ni sebot la menunggu mus.. nak dekat2 kul 8 nampak tulasi.. nak dekat kul 9 baru nampak mus.. aiyyaa.. mus lambat la tunggu.. isk2

anyway.. dah siap2 barang2-- tong2 gas, bakul baju, bakul kaki itik ngan mask.. bertolak la kami naik bot laju tu.. naik bot laju tuk sampai ke bot ikan besar yang parking kat pulau gaya.. bot tu tak leh amik penumpang dari jeti, jadi kenalah park jauh sket baru transferkan penumpang dari bot kecik ke bot besar.. tengah2 laut tu memanjat bot.. huhu..

bila dah semua naik bot besar.. kami teruskanlah perjalanan.. bot kecik tu.. kena tow sebab bila nak dive, bot kecik dan laju yang bawak.. bot besar susah la plak nak terjun pastu nak panjat naik turun smua kan.. lambat plak tu..

dalam perjalanan ombak makin lama makin kuat.. perjalanannya patutnya 3 jam.. tapi disebabkan ombak yang sangat kuat.. maka mus buat keputusan tak jadi g pulau tiga.. singgah je pulau tengah2 jalan.. nama pulaunya, pulau inawan.. sifu mus n tulasi smua pun blum pernah dive kat area tu.. depa kata ada yang nampak shark kat situ.. ok lah.. mungkin ada rezeki aku bleh nampak jugak.. *positif thinking baa!*

bila smua dah tukar baju (atas bot! nasib la ada toilet dalam bot.. huhu..), tukar bot.. start la perjalanan g tempat diving.. tak la jauh sangat dari bot besar.. tapi aku perasan arus agak kuat.. terjunan tuk kali pertama nampak jugak la reef.. mungkin dalam 10m ke 12m.. tapi kat sini aku ada masalah nak equalize.. jadi telinga aku sangat sakit.. pastu arus dalam laut pun kuat.. visibility pun sangat poor.. kami turun bertiga dengan mus.. almaklumla kami je yang baru amik lesen.. ha sebut pasal equalize tadi, dah sibuk nak menghembus angin kuar kut telinga.. tetiba aku prasan makin kuat ombak.. maksudnya aku dah dekat ngan permukaan.. alahai frustnya aku masa tu.. sebab aku bermasalah betul kalau dah terapung tu, kan main susah nak tenggelam balik..
at last, mus tarik aku ngan mie (kebetulan terapung skali ngan aku) turun.. tapi aku masih ada masalah nak equalize.. makin dalam aku turun makin sakit telinga aku.. (aku salahkan sakit tekak aku! huuuu).. agak panik aku bagi isyarat kat mus, telinga aku problem, terus aku naik.. pastu mus terus bagi isyarat smua orang naik.. rupanya, dia kata.. kami dah jauh hanyut dari coral.. kalau turun pun nampak pasir jek.. --- dah naik, signal bot amik.. turus balik bot besar..

yang di pulau inawan tu kira 1st dive tuk hari tu.. hampeh dapat tengok coral pun brape menet je.. tu pun tak dapat nak menghayati sangat.. isk2..

2nd dive.. bot menuju balik ke kk.. balik pegi pulau memutik.. dalam 15 menet je dari jeti kk tu.. tapi sangat la puas hati.. reef sangat cantik.. air sangat jernih.. lama lak tu dalam air.. ada dalam 40 menet.. capai la rekod aku 16m kedalaman laut aku menyelam.. *happy happy*

lepas dive kat pulau memutik.. terus balik kk.. dan aku balik umah.. ngeee~~ *happy*

satu lagi masalah aku masa diving ni.. masalah tu ialah.. aku nak terkucil!! kalau tanya diver keras, memang haruslah dilepaskan di laut.. kalau dive dalam2, kan sejukkan dalam air.. jadi, sumber haba yang ada datangnya dari badan sendri.. haha.. ;p aku pun nak jugak la jadi divers keras ni.. tapi haram hasil langsung tak leh kuar.. aku sangat tensen sebab dari 1st dive bladder aku sangat penuh tahap cipan.. tapi bila terjun 1st dive aku lupa langsung.. pastu naik bot besar (walau pun ada toilet, tapi tak de pintu.. haru tul!) tahan la aku ni atas bot yang beralun ombak 1.5m-2m tu.. dan sampai tempat dive 2 (dalam sejam steng) aku berazam tuk melepaskan le laut lepas.. cuba dan cuba.. aku gagal!!! huuuuaaa aku sangat sangat tensen dan sangat sedih.. terpaksa la aku tahan lagi sampi jeti kk.. tengah2 bersabar naik bot besar nak ke pulau gaya (tempat paking bot besar) tetiba tali bot laju tu putus pulak..(putus plak!) kena lagi perpusing nak g amik bot yang hanyut.. aku yang tengah menahan tu, tuhan saja yang tau.. huhu.. dan seterusnya, 15 menit kemudian tukar bot kecik, sampai jeti aku terus berlari tanpa menoleh ke blakang aku terus ke toilet yang terdekat.. huhu, seksanya... isk2..

p/s : gambar2 seperti di facebook mie, dan nanti aku update lagi bila aku dapat gambar2 dari mie.. :)

panjangnya post aku kali ni.. ;p

Sunday, July 26, 2009

scuba diving course.. ;)

at last, last week amik lesen scuba diving.. memang sangat best.. *happy happy* -- akhirnya dapat jugak aku amik lesen ni.. geng amik ni 5 orang.. mie, poon, kak has dari kuching dan eddy dari kl.. ada skit la gambar dari kamera aku.. terkilan kamera aku tak de marin case tuk amik gambar dalam air.. huhu..

hari pertama dengar lecture je ngan tengok video.. ada 5 modul smua.. lepas satu modul ada quiz.. pastu dengan rega skali dapat buku manual.. ni bukunya.. ada exam.. jadi baca la buku sambil jawab exam.. mendanya tak la strict sangat.. yang penting paham konsep dan hafal la tiga patmenda yang patut tau masa dalam air.. pastu reti la baca jadual dia bagi..

berkarat tak muka masing-masing? hehe
hari kedua ngan ketiga, smua kat laut.. 2nd day kat pulau memutik.. 3rd day kat pulau sapi.. 4 kali dive. pagi dan petang..

ni assistant dive instructor kami.. namanya tulasi.. hehe.. indian guy with a cute smile.. ;p

nah.. tulasi lagi.. tengah breakfast

eddy, aku ngan kak has..

end of first day.. prasan tak wetsuit masing masing dah koyak rabak.. syiiann tul.. isk2

ni rehat tghari.. makan mi goreng.. order RM4. makan tuk 5 orang.. dalam gambar mie berposing dengan mi goreng.. hehe

titanic kunun.. kak has dan poon *smile*

ada lagi satu skill yang tak sempat (atau sengaja tak disempatkan) CESA-- ni teknik yang naik ke permukaan air dari 6m dengan 1 nafas.. ni emergency nya skill.. in case sronok ngat diving sampai lupa gas abis.. :) jadi ujung minggu ni.. pegi dive lagi..heeee~~.. plannya kat pulau tiga.. naik bot kayu 3 jam perjalanan dari kk.. ada dapur apa smua dalam bot.. bleh masak sendri katanya.. *apa nak masak ni??* hmm excited tul.. aku tak sabar tunggu sabtu..*wink wink*

p/s: stanby ubat mabuk banyak2.. ;p


Wednesday, July 22, 2009

kundasang + ranau lagi..

tengok ni dulu.. jap2 lagi update lagi..

Tuesday, July 14, 2009

riang ria berlari.. hehe

ujung minggu lepas dengan rajinnya aku ikut orang2 p berlari kat taman tun fuad, bukit padang.. tempat tu sangat la tak jauh dari umah aku.. jalan kaki je aku dari hospital.. ni gambar2 yang aku amik setelah aku format kamera aku.. (huhu..)


ramai giler orang.. penganjur tu kata tahun ni rekod.. dekat 3000 orang datang.. aku termasuk dalam statistik la tahun ni.. ;p

siap ada jualan2 lagi..

ni dalam 1/5 perjalanan la.. kawasan penuh dengan pokok2 kayu kat kawasan bukit..

juga ada kolam yang penuh dengan ikan yang aku tak tau apa spesisnya..


siap dapat sijil lagi.. model inuse : ida aka my new housemate.. (happy~~)

ni lah tarikan utama orang2 ni berlari.. sebab ada cabutan bertuah.. ada seratus cabutan bertuah haritu.. dan aku ngan ida tunggu sampai abis.. (semangat tak..??) hehe.. selian dari beskal2 macam kat atas ni, siap ada peti sejuk paras kepala orang, mesin basuh paras pinggang ngan tv home theatre lengkap ngan pakej astro bayar sendri.. (:p)

tapi tuah tak menyebelahi kitaorng.. satu hadia pun xdapat.. yang sipi adalah.. contohnya: no aku 9918.. skali depa cabut 9917.. hadiahnya mountain bike yang hensem.. sakit jiwa x?? huhu

Friday, July 10, 2009

jiwang jap..

there's always going to be another mountain..
i'm always going to want to make it move
always going to be an uphill battle
sometimes i'm gonna to have to lose
ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the othe side
it's the climb..
- the climb by miley cirus

damn.. i miss him dearly.. huhu