Pages

Tuesday, September 21, 2010

sarangheyo kim heechul.. ;p

i've been following heechul @heedictactor tweets for a while now..
never realized this is his bio:

사랑해요 김희철
우유빛깔 김희철

it was read as: sarangheyo kim heechul, uyuu pikka kim heechul
meaning : i love you kim heechul, milky white skin kim heechul

anyone who love and watch a lot of suju will know this cheer... :)

location : 꽃밭 ~ flower garden.. taman bunga

i'm not exactly his bias but lol.. this is funny.. it was sooo heechull.. :p

Friday, September 17, 2010

.: I am MUSLIM :.



























Salam Idul Fitri


rasanya tak lambat untuk mengucapkan selamat hari raya adilftri.. \(^__^)/

raya tahun ni seperti biasa mengabiskan cuti raya kat kampung.. bila keja kat semenanjung ni.. tabiat tuk balik raya dengan awalnya tak dapat nak lari.. dah bertahun-tahun balik raya seminggu awal.. sebab hajat nak tolong mama buat persiapan raya.. jadi tahun ni pun balik raya awal.. singgah kl dulu amik adik dan husband dia.. bertolak petang sabtu (minggu sebelum raya) dari kl.. singgah gua musang bukak puasa.. trafic sangat clear.. tak rasa plak semangat jem hari raya.. tapi sangat la bersyukur.. :)

ha, kat gua musang ni p bazar ramadhan dia.. ada satu gerai ni jual roti nan.. ni first time aku jumpa gerai roti nan kat bazar ramadhan..roti dia sangat lembut dan sangat sedap.. teringin nak makan lagi.. teringat2 plak.. kat gua musang ni jugak.. ada tempat makan sup yang best.. gerai dia berderet panjang dan hampir semua jual sup.. apa2 jenis sup ada.. dan jugak la sangat sedap.. aku makan mi sup kat sini tuk bukak pose dan lepas ni kalau jalan siang hari.. aku nak buat acara wajib singgah sini tuk makan mi sup :)

tahun ni, seperti tahun-tahun lepas jugak.. kami kat buat kek buah kukus 4 jam, kek lapis bumi, biskut cornflakes (yang ni baru tahun ni rajin buat :p ), ketupat daun palas (dengan bangganya nak kata aku hampir terer membungkus.. hehe.. ), dan tape (tapai).. yang lain2 smua kuih/ kerepek tunjuk.. siap dibeli sedia dimakan.. kerepek aku beli kat batu pahat ni.. kan glemer batu pahat banyak kerepek.. hmm tapi rasanya bukan semua yang sedap.. tempat yang aku beli, hmmm sangat kurang kualiti rasa dia.. tak best.. lain kali nak kena p beli kat kilang dia yang orang duk sebut sedap..

sekarang dah start keja.. lepas 10 hari ( 5 hari cuti rehat, 2 hari cuti raya, 3 hari cuti sabtu/ahad) bercuti.. harapnya semangat raya tu boleh bawak ke semangat nak keja.. amiinnn.. selamat hari raya smua.. smoga hari raya ni membawa keberkatan yang lebih pada kita dari tahun2 lepas.. :)

p/s : perut sakit.. huhu.. sebabnya lepas raya pun makan macam-macam.. tak abis-abis dia terkejut makan banyak hari raya haritu.. ;p

p/s 2 : jangan lupa puasa 6 ye bulan syawal ni.. tak puasa, rugi.. :)

Monday, August 23, 2010

cili paling pedas dalam dunia..

i'm inspired by the title after watching this show.. tengokla tengokla.. sangat menarik.. \(-_*)/ *wink wink*


this is from youtube.. i have to upload it back sebab uploader kat youtube tak bagi embended it to anywhere.. huhu... if you want to watch more click here

bhut jolokia namanya.. the hottest chilli in the world.. uuhhhh.. camane rasa ye rasanya cili paling pedas dalam dunia ye (??)

sedikit info tentang cili atau lebih glamer dipanggil lada atau cabai -ni tuk semua jenis cili ye:

1. rasa pedas lada datangnya dari bahan namanya capsaicin.. it means 'bite'.. lada ni hasilkan capsaisin untuk elakkan kena makan dengan binatang yang suka makan buah.. tapi ada burung suka makan lada ni sebab burung takde deria rasa sakit.. jadi pedas mana pun lada tu dia takkan rasa pedas.. lada yang burung suka makan ni namanya lada burung atau omputihnya birdseye. (mama aku slalu gaduh ngan burung-burung blakang umah sebab slalu tolong kutip cili dia tanam.. hehe)

2. capsaicin ni tahan panas dan tahan simpan lama.. jadi masak la lama-lama atau simpan lama-lama pun lada tak kan hilang rasa pedas dia..

3. capsaicin ni sejenis phytochemical yang mana bertindak sebagai antioksidan (dan macam2 lagi tindakan dia).. gunanya sebagai antioksidan (di sini aku tekankan) adalah untuk awet muda (!).. hihi..

4. cerita pasal degree of hotness.. hmm ukuran kepedasan.. kepedasan satu satu jenis lada ni diukur dengan skala scoville.. skala ni dicipta oleh saintis wilbur scoville pada tahun 1912.. jadi kalau nak ukur kepedasan lada ni dia kira ikut ribu-ribu..

pedasnya lada burung ni adalah lebih kurang 100 000.. dan pedas lada bhut jolokia ni dalam sejuta.. jadi maknanya 10x ganda dari cili padi yang biasa kita makan tu.. huhu.. agak-agak kalau depan mata sanggup tak nak makan??

footnote : dalam video ni dia mention 1 nama yang melekat kat kepala ni.. anadita dotatamulgu.. (pastu lepas makan lada dah sebut jadi hakuna matata..haha..) ni nama pompuan yang dalam guiness book makan lada pedas ni 51 biji dalam masa 2 minit.. wahh kagum sungguh.. ni rekod tahun lepas.. actually nama dia anandita duta tamuly.. hehe.. kan sedap namanya tu... (^_^)/

Friday, August 20, 2010

bersihkan hati..


Selamat memenuhkan KPI puasa kita.. \(^_^)/

Thursday, August 19, 2010

.. sambungan adab berpuasa

.. sambungan entry lepas
Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)





p/s : selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. :)

selamat berpuasa..

selamat berpuasa.. ni dah masuk hari yang ke-9 kita berpuasa.. masih ok la lagi kan.. nak buka puasa ada lagi rasa teringin nak makan tu makan ni kan.. nanti tunggu seminggu lagi.. dah tak tau dah nak buka apa.. pegi bazar ramadhan 1km panjang pun tak tau nak beli apa.. hmm apa apa pun jangan la membazir bila membeli belah tu.. tak kiralah masa beli makanan ke.. beli kuih raya ke.. tak pun skrang yang dah nampak sale merata-rata ni.. rambang mata bila pegi pasaraya.. :) ni mengingatkan diri sendiri jugak.. sebabnya diri ini sangat banyak kekurangan dan kelemahan bila masuk pasaraya yang terpampan perkataan SALE...

ni beberapa adab ketika menjalankan ibadah berpuasa: (petikan semasa blog hopping)

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya
.

.. bersambung

Wednesday, August 04, 2010

~personal taste

ni nak review sikit pasal cerita baru abis tayangan perdana kat umah.. (^_^)/



Tajuk : Personal Taste/ Personal Preference
Hero : Lee Minho (Boys Over Flowers)
Heroin : Son Yeh Jin
Lain-lain : ada Yoon Eun Hye (coffee prince, princess hours), Seul Ong from 2PM

Cerita ni mengisahkan hero Jeon Jin Ho, keja arkitek menyamar jadi gay tuk duk serumah dengan heroin Park Gae In.. rumah Gae in ni cantik dan penting tuk hero ni masuk dan study, amik gambar apa pasal umah ni sebab dia tengah nak bid kontrak buat art centre.. dah desperate sangat nak slamatkan company dia jadi terpaksalah menyamar.. hero bawak watak yang orang yang sangat organize, suka mengemas dan bersih.. yang mana terbalik la dengan heroin..

heroin bawak watak yang sangat lurus.. dan sangat baik hati walaupun dah kena khianat ngan kawan baik ngan ex-boyfriend dia.. jadi dengan khidmat nasihat bestfriend dia jadi dia terimalah hero yang dia ingatkan gay ni duk ngan dia.. bapaknya juga seorang arkitek yang bininya mati 30 tahun dulu.. masa heroin umur 5tahun.. congak2 umur heroin 35tahun dan masih muda dan cantiikk.. (hero dia sama umur ngan heroin)..

jadi alkisah depa duk umah sesama.. hero ni ajar la heroin ni camane nak jadi pompuan sejati (:p), supaya tak lagi kena tipu dan dimainkan ngan laki yang dia suka.. jugak part pasal heroin ingat kenapa dia tak de mak.. dan of course tengok camane heroin react bila dia tau hero bukan gay.. sebab heroin memang seazalinya dalam cerita korea jatuh cinta dengan herokan..

hmm.. ada part yang klakar- gelak sampai sakit2 perut.. ada yang sedih - bergenang2 air mata.. ada yang cemas - sampai tak sanggup nak tengok.. dengan kata lain.. aku bagi cerita ni 5 bintang..(!) sekian..


Tuesday, August 03, 2010

@ padang besar

thanks sarroung!!.. susah2 je datang teman saya shopping sini.. (^_^)/

No other by Super Junior


before this song, i'm not really into super junior (~suju ).. but now i'm an ELF (!) - (name of fan group of suju -everlasting friends).. hmm jom kita cuci mata.. hehe.. they are so good at what they're doing.. :)

ada yang tanya.. do you know all member in this group? hehe.. jawapannya-- yes.. ~lalala... meh kita berkenalan.. ikut turn mana kluar nyanyi ye.. :)

siwon - with a girl and tying her shoelaces
yesung - surrounded with balloon and and kids :) -love his voice singing cinderella stepsister
ryeowok - mamat ni cute je cuci2 kereta comey.. hehe
donghae - with a red rose ~ i luv his angelic voice *love love*
kyuhyun - with a love poster - sore dia ni pun best..
lee teuk - paparazi.. hehe.. he's with camera taking picture of other -leeder of the group
heechul - in the library dengan card love love.. :)- the beauty in suju
eunyuk - greeeaaatt body and rapper in the house.. :) -love him in dream team
shindong - sitting at the desk doing puzzle - orang paling klakar dalam suju... hehe..
sungmin - composing song on the stairs.. he love pink.. and i'm totally his bias.. hihi..

ada lagi 3 orang tak aktif.. kang in masuk army.. kibum sibuk berlakon.. hangeng dah balik china-favourite iza.. dia ni dah xde harapan dah nak masuk balik suju.. isk2..
sekian.. lalalaa....