Pages

Wednesday, November 30, 2011

Gyeongju : one day trip

Gyeongju: The capital of Silla Kingdom/ land of open museums/ museums with no roof (!)

tak sabar nak pegi Gyeongju.. one day trip.. dari busan jalan yang paling senang dan murah nak pegi gyeongju adalah naik bas.. derang (korean) kata tak sah kalau masa sekolah dulu tak buat lawatan kat sini.. :) Gyeongju ni zaman dolu2 macam Kerajaan Melayu Melaka.. Kerajaan Melayu Melaka, jajahannya luas - pusatnya kat Melaka.. Silla ni pulak pusatnya di Gyeongju..

seronok naik bas ni.. setiap kali naik bas, perasaannya berbeza.. terlebih excited.. hehe..

from seomyeon (where we stay) :
by busan metro : seomyeon (line 1) -->; napo-dong (line 1) - 15 stesen
fare : W1,300 (29min)

napo-dong bus station situated just next to the subway station.
fare to Gyeongju : W4000 (40min - 1hr)

napo-dong bus station.. bus timetable and price..

as soon as you out from bus station, you will find this tourist infomation centre.. the one in green there.. :) go get map and ask the lady bus number to go around gyeongju..

since this is one day trip : the places suggested by lady @ center are -
1. Bulguksa Temple
2. Gyeongju Folkcraft Village (Bulguksa and Folkcraft village situated quite far from town)
3. Anapji Pond
4. National Museum
5. All attraction places in town area

sebelum pape mari study peta..

all bus will announce the station they stop.. you have to listen carefully.. because the pronunciation is a little bit tricky.. to be safe, tell the bus driver to tell you when you arrive at Bulguksa Temple.. or follow the fellow traveler if happens they want to go to the same place as you..

this temple surrounded by beautiful garden..

entrance of bulguksa temple

autumn tree

Folkcraft Village.. wah it fun here.. if i got more money.. i think i will exceed my luggage limit just by the things from here.. we get here buy taxi .. W4000 maybe- can remember the exact fare.


really am admire with pottery here.. most of the kedai not allowing me to take picture inside their shop.. :(


back to town area.. we stop at Anapji Pond.. in front of anapji pond, jalannya lengang !! boleh baring kat jalan..



footnote:
1. busan metro fare is more expensive than seoul
2. you can use T-money but you have to recharge/reload at seoul

continue part 2..

Tuesday, November 22, 2011

part 2 : First walk in Seoul ~

somewhere in insadong - ni bangunan on the way ke chyegeoncheon stream.. have fun reading hangul!! :)

tetiba ada kereta kuda lalu!.. whoaahh..

jumpa tourist information booth!! = happy.. :)

Cheongyecheon Steam.. masa ni dah jam 5..

kamera tak cukup power nak amik gambar2 cantik waktu kelam.. isk2 ( sila baca~skill tak cukup power nak amik gambar waktu kelam )nampak cathedral ni sila teruskan perjalanan anda ke dalam lorong ini.. ni dah kawasan myeongdong.. nampak sekatan jalan raya tu.. pasar malam dah nak start.. hehe.. myeongdong ni hidup waktu malam.. biasa kul 5-6 petang dah ramai orang..

waktu ni dah ramai orang.. malam sikit lagi, laaagi ramai.. lebih kurang macam petaling street zaman dolu2.. tapi lagi besar.. memang shopping heaven.. hehe.. kalau nak ikutkan ada 3 kali aku datang sini shopping barang..

sebelah kiri gambar adalah myeongdong theather - tempat nak tengok nanta.. aku tak de peluang nak tengok sebab rancangnya nak tengok kat busan.. tapi memang nak suruh aku pegi lagi la, sebabnya kat busan dah takde nanta show.. huhu..

jalan je sampai kaki penat kat sini.. takut sesat?? hmm kalau rasa nak balik, tanya je sesape kat situ ke mana arah subway.. masuk je subway mana2 pintu pun dah rasa selamat..

rumusan hari pertama di seoul :
1. chanyeonggung palace
2. chandeokgung palace (lalu je)
3. MOH korea
4. insadong
5. cheongyecheon stream
6. myeongdong

route to home : myeongdong (line 4) --> hyehwa ( line 4, gate 4 -sungkyunkwan university) 4 station, 7 mins..

hand cream or laser printer.. ?? for me HAND CREAM..!! sebab malam dah sejuk, angin dah berderu.. kulit kering timbul serta merta..




Sunday, November 20, 2011

Delicious Banana milk

This is my favourite breakfast when i'm in korea.. Banana milk ( 바나나 맛 우유 - banana mat uyu) n tuna kimbap bought in family mart.. (mat - perisa, uyu - milk)


Now back in Malaysia.. I miss my banana milk!! Puas cari.. But it's nowhere to be found.. So, i'm making it myself..

Ingredient:
Banana - i'm using pisang emas ;))
Milk - 1 glass
Vanilla - 1-2 drops
Blend until smooth..


Sangat sedap kalau letak aiskrim vanilla.. Jadilah smootie kan.. Yummy.. Sesuai untuk sesape yang tak de selera makan atau kurang berat badan..

beatiful nami island

this is how we get here.. we think this is the most easiest way.. tak de la takut tertinggal bas atau sesat.. :)

subway route from our guesthouse
by subway : Hyewa (line 4) --> Dongdaemun (transfer line 1)--> Cheongnyangni (transfer to jungang line) -->Sangbong (transfer Gyeongchun line) --> Gapyeong
from Gapyeong Station : take taxi to Namiseom (local name of Nami Island) port.. 5 min , W4000 ~ usually taxi ajushi know already you're going to the port.. no need to explain panjang lebar.. ;p

subway route looks so complicated.. but it's not that complicated.. focus yourself to go to gapyeong station.. study subway map the day before, insya Allah sampai dengan selamat..
lagi senang if you got iphone, download siap2 korea subway map - tap aje depart station n arrive station - keluar kat mana station nak tukar ngan berenti..

gapyeong station







autumn tree..

prayer room in nami island : hmm i didn't see this when i was there.. maybe to mesmerize with the beautifulness of namiseom.. or just to lazy to go around all the shops.. :)) but there will always next time.. insya Allah..

more about how to get here.. or you can immerse yourself with 100 of other google result..

Friday, November 11, 2011

the day i walk alone ~ seoul

hari ni hari fairus demam..

balik dari nami island hari sebelum,sampai guesthouse mungkin dalam pukul 4-5 petang macam tu.. memang tak pegi mana-mana.. patutnya kalau larat boleh je p lepak myeongdong ke.. insadong ke.. tapi sebab badan dah penat, hati memang ingat katil je.. walaupun demam dah kebah, tp cam xbrape nak larat sangat.. rasanya mungkin dah tua kut.. isk2.. dulu stakat jalan 4-5 jam tu, kacang je.. jalan seharian baru kelasss.. skarang ni, 5 jam maksimun berjalan, mesti kena rehat.. lepak dulu barang sejam, baru syok continue jalan..
so, hasilnya balik dari nami island, balik la kami ke guesthouse berehat..

keesokan harinya, fairus demam.. kesian plak tengok.. mungkin hari2 berjalan sorang kat beijing baru terasa kesan dia.. dah ada kawan.. dah rasa badan boleh relax.. baru la dia nak sakit.. tak pun tetiba kena angin sejuk seoul (~walaupun time ni tak brape nak sejuk lagi).. jadi tak nak membuang masa, aku kena lah berjalan-jalan sendiri harini.. aja aja fighting..!

plan : bukchon hanok village and namsan tower

bertolak dari guesthouse dah lebih jam 10 pagi.. terjumpa amir kat depan guesthouse.. dia nak p stadium time tu rasanya.. tak ingat dah.. ada la jugak tanya dia camane nak p hanok village tu sebab dia dah pegi hari sebelumnya.. sembang sikit tu ini - aku pun teruskan perjalanan menuju hyehwa subway station..

my bukchon hanok village route from guesthouse..
subway : Hyehwa (line 4) - tranfer line 3 at Chungmuro - Anguk Station (Line 3), keluar Exit 2
time : 18 min - 6 station
direction : Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village (visitkorea.com)

selepas keluar dari pintu 2, pusing kiri kanan memang tak de signboard tulis hanok village ke apa ke.. so tanya la ada couple yang sedang sibuk bertalipon kat depan pintu tu.. dia tunjuk jalan ke kiri. (~ keluar je pintu - ke kiri).. jalan, jalan dan jalan.. mungkin betul la 300m.. jumpa tourist information booth.. wah sangat happy.. yippee... hehe.. walau pun tak masuk - sebab ramai sangat orang kat situ.. amik la peta english kat depan kaunter dia..

lepas tu jalan la terus, singgah lagi tanya girl dalam family mart.. eh, comel budak ni.. tinggiii..! tapi comel :).. owh btw, fairus kata average tinggi perempuan muda kat sana 165cm. lelaki 176cm.. aku: whooaaah.. tinggi tuu.. dengan senyuman dan muka innocent konon-konon sesat tanya la dia ; ''yongo halsu isseoyo?.''- boleh cakap english? dengan muka bersalah dia duk ... errrr.. dengan tunjuk tangan yang aku rasa maksud dia ada apa masalah ke? pastu aku tanyala - ''hanok maum odiro kayo?'' - nak p hanok village lalu mana ye? - dia pun bagitau, terus sampai sampai farmasi sebelah kanan pastu sebelah kiri jalan ada tanda kuning ( ~ke hijau.. eh lupa laa) masuk lorong tu terus je.. hmm direction dia bagi tu memang betul sebabnya ramai tourist dan budak2 skolah kuar masuk lorong tu.. dengan kebetulan terjumpa ada dua guide perempuan turun bukit.. apalagi amik peluang tanya yang aku sebenarnya kat mana.. tunjuk peta dia siap tanda tempat aku skrang..

hehe.. hati dah happy aku sedang menuju jalan yang lurus.. haha.. tapi kawasan ni berbukit2.. so jalanla ikut la mana diorang2 ni jalan.. sebab kawasan ni hampir semua orang datang visit je.. jarang nak jumpa yang betul tinggal kat sini..

bukhon hanok village ni terletak dekat dengan kawasan tourist lain - presidental resident, gyeongbokgung palace, jongmyo shrine.. mungkin dulu-dulu ramai pegawai2 istana duduk sini.. ada lagi hanok village lain kat seoul, tapi aku insist nak pegi sini sebabnya sebelumnya duk tengok dalam 2days 1night kat kbs, si jongmin jalan dan amik gambar kat 8 spot photoshot.. dalam peta ada siap location 8 spot yang dah dikenalpasti best amik gambar..

next time datang sini nak amik semua gambar kat 8 spot ni.. actually dah ada pun walking tour bagi nak mudah kita berjalan.. http://www.hanokgirl.net/index.html disebabkan aku tak study seoul sangat betul2 jadi.. waktu ni tak tau.. huhu..

lunch : hmm disebabkan jalan sorang, takde selera nak makan sungguh2.. tapi perut dah berkeroncong.. tetiba terserempak ngan kedai jual hodduk.. ala2 pancake kecik, goreng dalam minyak.. uli tepung, inti gula merah, seseme seed, (atau perisa lain yang nak - biasanya manis) - penyek atas kuali rata - (dah pernah buat sendiri hodduk ni, tu yang eager nak rasa original hodduk ~ hmm rasa lebih kurang ngan yang aku buat..hihi) - hodduk yang terjumpa ni perasa green tea.. owh,, sedaaap..

dalam village ni ada beberapa guesthouse.. cantik tempat dia.. satu hari nanti teringin nak duk sini.. tapi bila memikirkan tempat ni berbukit bukau, dan mungkin beg digalas mungkin berat.. jadi kalau nak duk sini kena la cari jalan supaya, datang selai sepinggang bawak apa yang patut je.. :)
sempat jumpa 2 je spot amik gambar.. dah nak kul 4.. nak kena gerak dah dari sini kalau plan nak tgk sunset kat namsan tower..

la keluar dari hanok village ke jalan besar.. banyak kedai2, cafe kat sini.. sepanjang jalan sini ada shuttle bus nak ke stesen subway.. tapi aku insist nak jalan sebab tau tak jauh sangat.. so terusla jalan ikut peta.. akhirnya sampai ke president nya rumah.. sebelahnya pintu blakang gyeongbokgung palace.. subway station kat pintu depan palace ni.. masuk pintu blakang palace ada museum - so masuk dulu tengok2 apa yang ada.. hmm memang museum la kan - penuh ngan kenangan2 orang korea zaman2 dulu - dia tunjuk dari dulu sampai skrang perkembangan negara dia cakap pasal perang, raja2 n all..

lepas tu ada 2 choice nak p subway - lalu luar dan lalu dalam.. aku pilih lalu dalam.. silap aku lalu kat dalam - sebabnya aku sesat!! sesat dalam istana besar tu.. istana paling besar korea~.. of course la kawasan dia sangat luas.. hmm penat pusing2 dan menikmati apa yang ada.. akhirnya berjumpa dengan tasik ni.. tasik ni mungkin berada kat tengah2 istana.. wahh ini dah tak silap.. hehe.. amik gambar segala kat sini.. tengok orang berdating kat padang sebelah tasik.. hehe.. puas hati.. tapi kaki dah sakit.. camane ni?? jam pun dah nak kul 5.. magrib kat sini dalam kul 5.30-5.40pm.. jadi rasa cam tak sempat je.. nak mencari tempat naik bas lagi.. walau pun tau tempat tu.. belum tentu straight jumpa.. dah jalan sorang ni.. allowence sesat adalah 1/2 jam.. :)


so setelah timbang tara dibuat.. aku mengambil keputusan tuk tangguhkan dulu untuk ke namsan tower.. jadi amik subway balik hyehwa..

subway route to go home : Gyeongbokgung (line3) - transfer at line 4 at Chungmuro - Hyehwa (line 4), exit 4.. jangan salah exit, kang ada jalan berkilo2 sebab sesat.. :) running time : 21 min, 7 stations.

Friday, October 28, 2011

First walk in Seoul ..

First day dimulakan dengan berjalan.. berjalan kaki.. walaupun demam, jalan tetap jalan :).. dari guesthouse terus jalan sampailah ke simpang besar.. lepas tu cross jalan, terus je ke arah kiri.. bertentangan dengan donkin donut (donkin donut sebelah kanan).. ni semua fairus yang bawak.. dia dah 2nd time jalan kat seoul..

the street of Sunkyunkwan University.. Daehangno

suka dinding ni.. ni dinding instana ni.. dah nampak dinding ni betul la jalan tu..

comel bebudak ni.. rombongan tadika.. nak lintas jalan sila pegang tangan ye..

Entrance Changyeonggung Palace.. 10-15 minit perjalanan.. harga tiket : w1500



tengok tak sunkyunkwan scandal.. dari sini cuba bayangkan ramai orang duduk amik exam kat sini.. tak pun tengah ada banquet atau jamuan.. semua tengah tunggang langgang minum kat sini.. hehe..

cantik taman dalam istana ni.. Chanyeonggung Palace ni King Sejong bina untuk bapak dia.. agak tak berape besar saiznya dan selalu jadi residen tuk queen ngan gundik2nya..


pokok2 masih hijau lagi walaupun dan musim luruh..

keluar dari changyeonggung.. teruskan perjalanan.. jumpa seoul national university hospital kat seberang jalan.. depan ni ada intersection besar.. tapi pastikan ikut je dinding istana ni.. tak yah pikir nak ke kanan kiri..

ha, ikut je dinding tu ye.. lepas ni akan konar ke kanan.. ;p

dalam 10 minit berjalan lepas tu.. jumpa pintu masuk lain.. ini adalah entrance Changdeokgung Palace.. nama lebih kurang sama kan..?! tak masuk pun.. lalu je.. (nyesal plak tak masuk sbenarnya.. isk2)

tulisan hangul di tiang : Changdeokgung (gung maksudnya palace)

sebelah Changdeokgung Palace ni ada bangungan Hyundai.. dalamnya ada Ministry Of Health and Walfare.. (walfare dia gabung dengan kesihatan ek..)

lepas tu jumpa Insadong.. kalau first time datang memang tak brape nak kenal.. tapi jalannya memang nampak unit.. nampak tak kereta kat tengah2 jalan tu?? mula2 ingat ni laluan jalan kaki je.. tapi kereta lori smua boleh lalu kat jalan ni.. siap ada tempat orang duduk lagi kat dengan jalan tu..

ssamziegil: jalan terus je jumpa ssamziegil.. sila la masuk ye.. orang kata tak sah kalau datang insadong tak masuk bangunan ni.. untung2 ada festival sambut pape kat dalam.. we all dapat pakai hanbok ngan buat keychain free kat sini.. ada sambutan apa tah tak ingat.. ni ramai2 ni ada artist datang buat fansigning kat dalam

inside ssamziegil: mark as special insadong inside insadong..

insadong in a must-place to visit.. :) sebabnya tempat ni boleh jadi set standard souvenir apa nak beli.. kat Insadong banyak barang untuk bajet harga pertengahan-mahal.. nak yang murah pun ada.. tapi kalau murah dan banyak beli kat namdaemun atau myeongdong.. tapi nak yang ada sentimental value, mahal ssiikkit dan kualiti best untuk sourvenir tuk diri sendiri atau orang tersayang, sila la beli kat sini..

tengok crowd yang ramai ni.. ada artis yang kitaorang tak kenal.. tanya gak kat kedai situ nama penyanyi mana datang ni.. hmmph memang bukan halyyu star.. idak la kami kenal.. hehe

masa ni dah berkeroncong dah perut.. cari tempat makan.. pusing2 kedai ni cam menarik..
kalau boleh baca hangul : insadong geu jip - insadong kedai itu.. :)

interior kedai.. berdebar2 masuk kedai ni.. almaklum la nak mengharungi pengalaman pertama
makan makanan korea.. dugeun dugeun bab kata orang korea ( kut melayunya dup dap dup dap gitu)

first korean meal : sundubu chiggae ~ soft tofu stew.. n side dishes tu memang free.. ha, tak lupa juga ini lah first time nak guna bahasa korea yang tunggang langgang tu.. memang tunggang langgang la.. nak bagitau yang kita ni tak makan smua daging- sila jangan campur daging.. huhu.. gigil2 aku.. haha..

lepas kenyang makan.. jalan pusing2 jalan blakang kedai segala.. sampaila jumpa tempat ni. tempat yang sesuai bentang tikar sembahyang..

continue part 2..