Pages

Monday, December 08, 2008

selamat hari raya haji.. :)

9 pm : selain g beraya umah orang aku beraya gak kat shopping complex..Photobucket .. aku perasan banyak mata yang ekor aku.. mungkin pelik tengok aku lengkap ngan jubah ngan tudung ala mak arab wat apa kat shoping complex time2 raya ni.. "eh, apa tengok2 suka hati aku la nak jalan.. huhu.." (emo jap ;p) memang pun agak kagum aku.. xnampak orang lain yang pakai lengkap cam nak beraya kat situ.. amoi cina dressing sakan ramaila.. mungkin amik peluang cuti dereng kuar dating ramai2..

anyway.. i make an efford not to enter kedai kasut or kedai baju or kedai handbeg.. tapi aku terus meluru masuk kedai buku.. daaann hasilnya..
dapat 2 buku ni.. lalala.. Photobucket


dengan niat suci nak lengkapkan koleksi shopaholic aku



ha, yang ni free.. tajuknya be popular.. dalamnya hanya ketas2 kosong.. hehe.. ni dapat masa renew member kat popular tadi Photobucket

petang, sempat jugak aku wat carrot cake.. hehe.. dapat resipi dari blog fathin.. (thanks awok! Photobucket)


tapi xjadi sangat la.. rupanya buruk! dah nama xcukup bahan kan.. ginila rupanya..isk2.. xpelahkan.. don't judge a cake by it's look ok.. sedap tau nyum2.. suka2.. hehe.. (bunga2 kecik saja letak, belen wat muffin aritu..cute la konon.. ahaks!)

sambil2 tunggu ke dalam oven.. ke aku wat ni..


wat apa ek?? susun buku? hehe.. aku balut buku2 ni la.. ada kesempatan hari cuti.. (macam sabtu ahad xcuti kan??! ;p)

p/s : sambil update blog ni aku duk tgk cerita without a trace kat hallmark.. isk, dah 2 scene ciom mulut laki sama laki aku tgk minggu ni.. trauma aku.. huhu..

by the way, selamat hari raya aidiladha kawan2

Eid ul-Adha

Selamat menyambut hari raya korban.. semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yusof a.s dan Siti Hajar menjadi semangat dan inspirasi untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Beruntungnya mereka yang telah disampaikan seru menyambutnya di Rumah Allah.. sampaikanlah salam kepada Rasulullah dan berdoalah di Multazam kebaikan dunia dan akhirat..

semoga mendapat haji yang mabrur..


Ahad, 9 Zulhijjah 1429H -JUTAAN jemaah mengambil kesempatan beribadat di masjid Namira ketika melaksanakan ibadat wukuf di Arafah. (berita harian) ~ ramainya umat.. subhanallah

tengah2 browsing jumpa puisi ni..

Padang Arafah mencatat peristiwa.. pertemuan pertama adam dan hawa.. setelah berpisah 40 tahun..Angkara iblis dan syaitan durjana

Adam dicipta dari tanah.. hawa pula dari tulang rusuknya.. Ditiupkan ruh supaya sempurna.. itulah asal kejadian manusia

Adam dan Hawa insan bertaqwa.. hidup bersama di dalam syurga.. segala rahmat ALLAH memberikan.. setiap nikmat ALLAH disyukuri

Iblis dan syaitan merasa iri.. menggoda Hawa setiap hari..Termakan oleh Hawa.. Khuldi larangan.. ALLAH melihat dengan kemurkaan

Adam dan Hawa terpisah akhirnya.. hukuman ALLAH tak dapat disanggah.. tercampak mereka ke dunia nyata.. menangis keduanya menyesali diri

Bertahun lamanya mereka mencari.. mengharap dan menanti agar berjumpa.. keseorangan hawa tiada pembela.. adam merintih hatinya sedih

Pintu taubat masih terbuka.. Doa mereka dikabulkanNya.. Tertolong akhirnya adam dan hawa.. Di padang arafah detik bermula


adapted from arab families website

Sunday, December 07, 2008

messing up

i've been messing up a lot lately.. and i'm having hard time to say that i'm making mistakes.. because lots of the time i still see good in it.

as Izzie Stevens says, ( and i totally agree with her)

"Messing up…it’s what makes a person..
It’s how we learn.. Where we find joy..
The things you don’t plan for, things you never see coming…”

~~**~~

Say (O Muhammad) "O My slaves who have been prodigal to their own hurt! Despair not of the mercy of Allah, Who forgiveth all sins. Lo! He is the Forgiving, the Merciful"
(Sura Az-Zumar:53)

story book ~ tunggu teduh dulu

smalam aku start baca buku ni

Tajuk : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani

Penulis ni banyak terima anugerah sastera melalui buku2 nya.. yang terakhir ialah Penerima Anugerah Seni Negara 2006..

buku ni memang sastera habis! hampir kurang stamina aku membaca tuk chapter2 awal.. lama xbaca buku bahasa melayu sastera kut.. (ayat-ayat cinta kira bahasa indonesia kan..?!) ;p

aku belum habis lagi baca buku ni.. tapi aku tertarik tuk menulis sebab aku kagum dengan luasnya ilmu penulis dalam menanam pokok betik!! kisahnya ada dua rakan karib Salsabila ngan Teh Sofia mengusahakan ladang betik lepas diorang ni graduate. berbudi dengan tanah ni banyak dugaannya.. jadi awal pembuka cerita banyakla cerita masalah-masalah tenaman pokok betik diorang.. di samping kisah berebut kasih.. yang 2 perempuan berebutkan kasih lelaki yang satu, dan 2/3 lelaki berebutkan kasih perempuan yang satu..

Namun, seperti kata penulis dalam prolognya:

".., biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya,"

tak sampai 1/3 lagi aku membaca ni ilmu2 yang aku dapat.. hehe

~ saiz lubang tuk tanaman ialah 45 x 45 x 45 cm iaitu sistem tanaman 4 segi dan jarak 2.5 cm tuk semaian benihnya
~1 gm baja organik cukup tuk 1 lubang. letak triple super phosphate pun bagus gak
~ campur CIRP ngan tanah tuk pastikan dia ada perlindungan (perlindungan dari apa dia xtulis)
~ betik yang diorang tanam ni : Exotica, Exotica II dan Sekaki. (exotica kacukan sunrise solo ngan subang 6.. bunganya cepat, hasil 4 bulan skali.)
~ ph 6-6.5 tanah yang sesuai tuk tanam betik
~ betik ada 3 jantina : bunga jantan 10 stamen, bunga betina pistil besar, bunga hermaphrodite menghasilkan buah bujur panjang
~ metalaxyl dan phossetyl-A rawat penyakit akar reput pokok betik
~ cladosporium penyakit pokok ni, nampak bintik2 coklat pd daun tua dan berkerekot-- ubatnya racun kulat benomyl @ mancozeb dan cabaryl dan dimethoate
~ acaricide kelthane dan wettable sulphur ubat tuk penyakit daun bentuk rosette, daun terbakar dan buah muda warna perang
~ virus bentuk cincin maknanya pokok kena serang ngan aphiis gossypii dan aphis craccivore koch-- ubantnya racun malathion

banyak lagi tau ni.. huhu.. kalau rasa2 nak jadi usahawan/wati nak tanam betik.. ha, nilah buku yang best tuk baca.. tambahkan ilmu di dada... ikut review 2 orang yang dah khatam buku ni, diorang kata best.. tuan bukunya pun belum khatam lagi sebab dia kata slow sangat progress cerita dia mula2.. aku ni xlayak lagi bagi komen best ke xbest sebab xkhatam lagi.. isk2
p/s : buku ni dipinjam dari housemate tersayang.. Photobucket

Friday, December 05, 2008

update hari ni..

xde pape aku nak update arini.. hari yang malas aku nak g keja.. aku bangun kul 4.30am tadi g anta na ke epot.. ngantuk giler g keja.. aku sempat g wad buat audit! (bosan tul aku ngan ISO ni.. bleh tak aku nak telan smua checklist ni, pastu aku kata checklist aku kena makan orang.. pastu orang mesti xtanya dah.. betul x??!)

pc aku wat hal plak (dah smiggu dah kut), balik2 skrin dia jadi kuning2 diraja.. kalu dia nak berubah jadi kuning2 langsat ke kuning lembut2 salju ke xla aku rasa bengong sangat.. ni sakit mata aku.. pastu tetiba setiap 15-30 menet dia suh aku mintak tulis word yang senget2 yang besa derang bagi tuk clarify pepekebenda, kalau aku xtulis word tu dia kata nak shut down pc aku.. @$%$*&^?>!!! abg mad mie kata brontok.. haa BRONTOK!! haiyoo busan busan dan busan..! huhu

aku rasa rata2 skrang smua orng penah caci maki virus atau cacing yang slalu nak amik peluang bermaharajalela dalam komputer tu.. ada kawan aku pesan.. kalau xnak menda haram tu masuk dalam fail2 ko jangan buat keja sambil surf intenet.. sebagai contoh; ko tengah taip surat nak mintak bajet makan lebih sambil2 baca blog yang ko tulis sendiri.. (contohnya la sebab ni yang aku buat tadi..) dia kata cacing dari internet tu bleh merayap pegi fail ko.. ntah la aku tak tau.. yang aku tau, lepas ni tobat aku nak scan smua pendrive ke hapa yang masuk dalam muncung usb port aku..!(yang patut aku wat dari dulu *padan muka*) kengkawan, ingat aku akan scan dulu pendrive korang tu..! scann! ( tekankan huruf s dan c tu pada sebutan anda)

ish, tadi konon xde pape nak tulis.. ni dah panjang berjela..


k lah bye..

Thursday, December 04, 2008

ptk oh ptk..

at last ptk dah abis.. lalala

tempat aku amik exam.. Open University, KK

cinda setia menunggu.. cayang cinda..;)

to be continued..

dear gem..

cik celin mintak tolong si tuan gem belikan pasu a.k.a lampu tido tuk kawan cik celin yang nak kawin.. cik celin bagi upah 20% kat si tuan gem sebab dia kat gem yang mintak.. betul ke gem??

''gem ckp; blaja ngan cinda la nie..''

huhu.. cinda cakap dia xpenah pun ajar gem amik2 komisen atau demand lebih2 ni tau.. cinda ajar gem menda baik2 je.. cinda suh gem ikhlas buat keje.. cinda cakap lagi, dia kecik hati tau ngan gem dua tiga harini.. tapi skrang dia dah ok.. enjin cinda cepat sejuk sebab dia xsuka dendam2.. tapi ada masa2 enjin cinda masih lagi berderam bila kena start pepagi.. tapi dia ok, don't worry..

lagi cinda ucap terima kasih kat gem sebab bawak tuan dia jalan2 aritu.. pastu dia suruh tuan gem belikan dia rim jugak lepas dia tukar rim gem.. sebab cinda nak jugak cantik macam gem kat jalan raya.. hehe..

cinda kata lagi, dia suruh si tuan gem baiki kemek kat pintu gem tu.. sebab nampak ngat karat dan bughuk tul rupanya.. gem jangan marah tau cinda cakap mcam ni..

kalau gem marah dan xnak kawan cinda lepas ni, cinda mesti sedih.. tapi xpe, cinda ramai kawan jugak.. cinda ada che kiah fadh, sayang mie, anak ikan kelisa sarroung, ogy the cute myvi ateng ngan gengster sab jadi kawan cinda.. diorang baik, selalu bawak cinda kawan2.. slalu pujuk2 enjin cinda..

gem jaga diri baik2 tau sebab cinda xtau brape lama lagi cinda bleh ada tuk kwan2 ngan gem.. sampai masa nanti cinda tau, cinda dah xboleh nak sembang2 ngan gem cam ni dah.. isk2

till next time.. bubye..

lagu jiwang

6.00 pm : pepetang ni duk tengok muzik2.. 3 antara lagu jiwang karat yang aku suka masuk semi final..!!


MusicPlaylist


tiga2 bebudak ni smua dari AF..! boleh tahan gak diorang ni.. i'm very proud of u'olls n good luck!! ;p

nota kaki : kalu nak dengar lagu2 ni, don't forget to hit the pause button mixpod yang lagi satu kat sbelah tu.. :)

canon eos 450d rocks..!

haha.. aku amik kesempatan harini jadi photographer xrasmi hospital harini.. ngeh ngeh ngeh.. poyo jek.. ;p

puas hati gak la amik gambar testing sana sni.. sampai derang tanya, aku ni fotografer hospital ke? aku bagi senyuman yang paling manis seraya berkata.. " tidak la.. saja2 minat".. hehe

kan best kalau ada dslr sendiri.. isk2

p/s : PKK tawau datang melawat 5s harini.. kitaorg bawak tempat2 yang paling rajin maintain 5s.. huhu.. tempat aku ni, nak buat je rajin dan semangat smua.. tapi maintainance hampeh.. terutama bilik aku.. ahaks!

5s ni bagi sesapa yang ada OCD bagus la.. biar makin menjadi2 OCD tu praktik 5s.. ;p tuk yang santai cam aku.. bahaya.. nak kena audit baru kelam kabut.. isk2

Wednesday, December 03, 2008

daughtry and me..

I try to see the good in life.
But good things in life are hard to find..
I'll blow it away, blow it away
Can we make this something good?
Yeah yeah
This love is killing me
But you're the only one
It's not over.
-it's not over-

I'm slowly getting closure..
I guess it's really over..
I'm finally getting better..
And now I'm picking up the pieces..
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.
-over you-

I'm not running from..
No, I think you got me all wrong..
I don't regret this life I choose for me..
But these places and these faces are getting old,
So I'm going home..
Well I'm going home..
-home-

At last dapat jugak beli cd chris daughtry.. beli masa teman sab cari cd tuk audition 1 in a million kat Kenyalang Park, Kuching.. banyak2 tempat kat mesia ni, kat kuching aku beli.. huhu.. kat atas antara rangkap-rangkap lagu yang aku suka.. aku jarang suka suara rock serak2 basah ni.. tapi ngan suara dia ni aku jatuh cinta dari american idol lagi.. lagu yang best aku suka dan slalu main kat radio gak: it's not over, over you and home.. Photobucket ( kuat aku melalak dalam keta skrang.. hehe.. gud technique to pick up my mood nowadays)

masa kat kenyalang park ni aku ada rembat 2 lagi dvd.. hehe..
1. harry potter colection.. 2. grey's anatomy complete season 4
tapi malangnya nasibku.. dvd harry potter langsung xleh bukak dan dvd grey's aku, dvd 2 dia ulang balik dvd 1.. huhu sedihnya aku.. (tulah sape suruh malas nak test kat kedai!! *tung2* tepuk dahi) nasibla harganya xsemahal mana.. kalu tak mau tensen xsudah ni.. isk2