Pages

Thursday, May 17, 2012

craving for.. sageuk..

sageuk? apa itu?
(pronouce as sa-gek : e tu bunyi 'e' dalam ter, atau kalau slang orang seoul dia jadi saguk dan 'g' ada qalqallah sikit..

sageuk ni nama genre cerita.. genre cerita yang berteraskan sejarah.. memandangkan sekarang sangat suka tengok cerita zaman tok kadok ni.. cerita baru2 ni yang rasa wajib tengok je tengok.. ni list sageuk yang diwayangkan dengan laptop selama beberapa bulan ni mengikut turutan penayangan.. dan of course mendonlod semua cerita kecuali dae jang geum yang telah memakan hard disk aku sebanyak 81.4gb.. huhu..

1. deep rooted tree - 24 ep
2. worrior baek dong su - 29 ep
3. chuno - 24 ep
4. princess man - 24 ep
 5. dong yi - 60 ep
6. the moon embraces the sun - 20 ep
7. dae jang geum - 54 ep
8. yi san - 77 ep
9. iljimae - 20 ep
10. strongest chil woo - 20 ep
11. queen seon duk - 62 ep

dolu2 cerita tema ni memang sebelah mata pun heran.. asal je kalau kat tv ada cerita ni cepat2 tukar.. sebabnya hmm ntah tak tau laa.. startnya tengok dengan deep rooted tree.. sebabnya ada song jung ki.. minat habis la konon.. hehe padahal awal2 je dia ada..

ni sedikit sebanyak apa yang aku ingat bila tengok cerita2 ni..

deep rooted tree (2012)
ada song jung ki *fan girl mode*.. sesiapa yang sedang atau berminat nak belajar hangeul - bahasa korea.. sila la tengok cerita ni.. dia mengisahkan susah payah king sejong - king yang tugunya ada kat tengah2 bandar seoul- gwanhamun depan gyengbokgung palace - mencipta n introduce tulisan hangul.. sebelum tulisan hangul ni dicipta, zaman joseon ni pakai tulisan cina yang tak semua rakyatnya pandai baca.. atau sekarang derang panggil hanja.. memang buta huruf habis la rakyat jelata dia masa tu.. jadi dengan cita2 nak rakyatnya celik huruf - yang mana masa tu memang tak tak terbayang pun semua orang boleh baca macam kita skrang -.... watak favourite: of course rajanya.. king sejong dan hero jang hyuk :  kagum tengok berlakon watak yang miserable dan selekeh2 ni.. sangat real..

worrior baek dong su (2011)
baek dong su is one of my favourite.. kenapa? sebab dia bestlaa!! hihi.. dan ada yoo seung ho dan ji ki wook
disebabkan cerita ni la minat ngan dia yang bernama yoo seung ho.. *watch almost all of his drama/ movie ;p * tapi yang best cerita ni adalah plot cerita yang kuat dan martial art diaa.. fuuhhh logik dan hebat.. baek dong su ni memang pahlawan betul masa zaman joseon dulu.. bodyguard raja dia masa tu, anak prince sado- king jeonjo.. dan author buku martial art yang glamer dari zaman dia.. hmm aku sebut prince sado ni, sebab dia ni sangat glamer dalam cerita2 adaptasi zaman lampau ni.. nanti aku cerita kenapa..

jambu tak dia ni.. hehe - yoo seung ho
jadi cerita ni kisah baek dong su dengan kawannya yeo un.. nampak cerita ni macam konflik  hitam putih.. bds - walau yatim piatu tapi hidup dengan gembira happy dengan penuh kasih sayang semua.. yeo un plak, dari kecik memang tak pernah happy sebab bapak dia percaya yang dia lahir bawah bintang jahat apa tah, dari kecik bapak dia duk dera tak abis2.. nak jadikan cerita depe ni membesar bersama2.. sampai jadi bodyguard prince sado dan akhirnya yeo un keluarla kaler sebenarnya.. apa yang best ceritanya, walaupun nampak heavy tapi hilang stress menengok cerita ni.. character bds yang tah apa2 dan yeo un yang lawa *sila cuci mata*.. banyak part2 yang klakar terutama masa derang membesar.. kalau tetiba bosan je xde apa nak buat duk ulang part yang best cerita ni.. huhu..


panjang pula menulisnya ni.. sebab aku memang sangat attach ngan cerita ni.. rekod cerita nangis sebaldi.. huhu.. kesan mendalam tu.. 2-3 hari teringat2 lagi cerita ni.. sedih sebab jalan cerita memang mengikut lunas2 cerita sageuk dengan lurus.. -di mana sape mati sape hidup memang boleh tau.. dah teringat ni sedih la pulakk.. (over tau!!)

bintang di hati -- 5 bintang!!!

chuno - slave hunter
cerita tak banyak yang nak aku cerita.. hmm sebab aku kurang minat sikit tengok.. chuno mengisahkan seorang lelaki yang jadi tukang tangkap nobi (hamba) yang lari dari tuannya dengan hasrat nak cari awek dia masa dia muda2 dulu.. baju2 dalam cerita ni memang agak selekeh sebab nak tunjukkan camane derang ni hidup di kalangan rakyat jelata.. kalau sape2 suka tengok lelaki gagah perkasa pakai baju carik nampak la seksi kut.. huhu.. tak de watak raja ke apa.. mungkin ni sebab utama aku kureng sikit cerita ni.. endingnya puunnn alahai.. menitik jugakla air mata sedas 2, tp aduuiii apa buat ending camni?!! tak bestnya.. heroin dia banyak kena kritik.. dan semua kritikannya semua aku stuju.. terutama bab baju sangat bersih walaupun lari ke hulur ke hilir.. akhir sekali cerita ni juga mengikut lunas2 cerita saguek dengan lurus.. character yang paling complicated memang tak panjang umurnya.. haa, hero dia jang hyuk.. dia jugak yang hero no 2 lepas raja dalam cerita deep rooted tree. slave hunter 3 bintang.. 



princess man
apa nak cakap eh pasal cerita ni.. hmm cerita ni ada ramai kipas-susah-mati.. untuk aku.. aku bagi 3 1/2 bintang.. minatnya kurang di sini..


dong yi
aku kipas susah mati cerita  ni.. cerita wajib tengok ok.. dulu2 sape yang pernah tengok dae jang geum -cerita tukang masak istana, naik pangkat jadi doktor raja - kena tengok cerita ni.. sebab pengarahnya pengarah yang sama.. hero ji jin hee jadi raja dan han hyo joo heroinnya.. raja dalam cerita ni memang sangat cute.. jatuh cinta dengan orang dayang istana namanya dong yi.. dong yi jadi gundik raja dapat anak dengan raja..

raja, dong yi, ngan anak dia memang watak real life.. anak dong yi akan jadi raja dan dia lah bapak prince sado -yang keluar jugak dalam cerita baek dong su- yang kena tuduh treason (apa eh kut melayu?) kena kurung dalam kotak 4 segi yang biasa orang dolu2 letak beras.. prince sado ni aku agak mati kelaparan kut.. kesian kan.. lagi jelas cerita dia keluar kat cerita yi san.. yi san adalah anak prince sado..
kalau ada 5 bintang.. aku bagi 6..hehe.. *berjaya membuatkan adik aku addict skali tengok cerita ni.. hehe..


the moon that embraces the sun
ok, cerita ni paling lama nak aku habiskan.. aku bagi 4 bintang.. plot cerita best.. pelakon2 nya semua best.. dari yang kecik sampai la yang besar.. cuma aku tak favor sangat dengan han ga in jagi heroin.. moon kat sini dia rujuk pada queen/ puteri raja pasangan raja, sun kat sini dia rujuk pada raja tu lah.. ada unsur2 spriritual cerita ni.. ni first cerita yang aku tengok macamana zaman dolu2 main sihir bunuh2 orang.. huhu.. ha, baju2 dia cantik dalam cerita ni..


to be continued..


Thursday, May 10, 2012

seoul - jeju itinerary

okeyhh.. memandangkan sudah mendapat restu dari ayahanda bonda untuk cuti-cuti korea tahun ni - plan dulu baru mintak restu- huhu.. maka boleh saya menyiarkan itinerary yang kononnya plan tuk jalan kat sana.. bukan konon2 lagi ni.. sungguh2!! tapi hmm.. pegi lagi??! hehe.. dengan alasan membawa kawan2 dan juga menerima sedikit bayaran tanggungan belanja kat sana, maka tahun ini insya Allah saya akan menjejakkan kaki ke korea lagi.. *gembira lompat2*.. hihi..

ni itiranery 8 hari kat sana

hari pertama - Seoul
KL - Incheon
 bus to hwehwa 6011
Option
Gwanghamun
Cheongye Stream
Myeongdong

hari ke-2 - Seoul
Walking visit
Changyeonggung Palace
Changdeokgung Palace
Insadong –Lunch

Myeongdong - wait for yellow bus @ gate 2 or 3 ( tak ingat sangat check balik)
Namsan Tower
Cable car
Teddy bear museum + tower
Myeongdong - shopping/ dinner

hari ke-3 - Seoul
Nami Island
Yeoido /Yeoruinaru park
Hangang Cruise
Yeoido – Jamsil
Jamsil back w subway to Hyehwa
Dinner @ Hyehwa

hari ke-4 - Seoul
Gyeongbokgung Palace
Lunch – Samgyetang, Tosokcho (bawk kawan non-muslim)

Namsangol Hanok Village
Hanbok wearing picture
Namdaemun - Shopping

Option : Nanta W50 000


hari ke-5  - Jeju
Flight Gimpo-Jeju

11.05am – 12.10pm
Easterjet.com,
Flight tix – W80,000

Gimpo- Jeju -Gimpo

limosine bus (#600) to seogwipo W5000 --> sun beach hotel
Walk ahead in the direction of choenjiyon falls and it’s on the right ( 3 min walk)
Hiking inn - 14 000w/ night

Seogwipo harbor/ bridge -night view
5 min from hiking inn
Dinner
hari ke-6 -Jeju
Hired taxi : W140,000 / 4person

East of island:
Samgumburi creater
Seongsan ilchulbong
Jeju Folk Village
@ Seogeup folk village
Trick art museum

hari ke-7 -Jeju
Jeju Olle route 7.1 or 6

Or
Yeomiji Botanical Garden at Jungmun Tourist Complex
Cheonjeyeon fall & Seonimgyo Bridge
Teddy bear Museum

PM
Cheonjiyeon Pokpo (pokpo = waterfall)
Near hostel + jalan kaki sahaja

hari ke-8 -Jeju - Seoul
Flight Jeju – Seoul
955am – 11am (Eastarjet)

 Check in hostel Windroad
1 night – W19,600

PM
last min Shopping
Incheon – KL : 10am


sekian..


hatiku juga tersentuh..

Assalamualaikum...
ni cilok dari cik honeykoyuki.. tersentuh hatimu, tersentuh juga hatiku... ewahh..:) tapi siyes, tuk aku yang masih belum bertemu jodohnya ni, jodoh yang bagaimana rupa muka dan hati tu, hanya tawakal je pada Allah.. Insya Allah.. nak jodoh yang baik, kenalah perbaiki jadi sehabis baik la kann..


" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah).
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "



- Heba El-Haddad

Monday, April 16, 2012

kopi faveret..


memperkenalkan bakal kopi faveret saya... tada!!! hai peng kopi.. haha.. kopi cap hai peng je.. bukan kopi starbucks atau san francisco atau sewaktu dengannya.. kopi ni adik beradik rasa kopinya ngan kopi kat kopitiam kemaman kat depan megamal kuantan.. dengarnya cawangannya.. xtau la betul ke idak, tak pulak mek p tanya soal siasat depa sama ke tak kopinya.. yang pasti rasa saling tak tumpah..! cuma kat kuantan haritu p beli, pahitnya terlebih plak sampai masam2 mulut aku.. kan dah padan muka nak kopi kaw2 sangat.. pekena kopi tu kul 2pg baru aku tido malam.. huhu..

kat penutupnya ditulis ''the heritage lives on since 1940..'' hidup dari zaman perang tu.. kut dulu derang ni duk hidang kopi kat british kut, tu yang glamer tu.. yang aku ingat memang dari kecik abah duk cerita kedai kopi ni, dari dia bangungan kayu sampai la leni bangunan batu besi smua..

jadi bila si balkhis duk ajak minum kopi, apa lagi kami sama2 sambar payung menuju kedai kopi hai peng.. ada ayat bismillah dalam kedai dan nampak ada jugak yang bertudung lingkup dalam kedai.. pekerja ramai yang melayu.. duk ajak kak, datang la selalu.. ye dik, akak akan datang selalu.. insya Allah.. percayalah!!. :)



sekian.

Sunday, April 15, 2012

to mummyhanny..

blog awok sudah ada sekatan untuk sayo view.. Permission denied.. sedihh :(

kemamang kita mari..

assalamualaikum sebagai pembuka kata..

fuh, laammaaa giler tak update blog.. setahun tak update huhu.. last update tahun lepas kan.. lama tu.. huhu.. ni skrang berada kat opis baru letaknya di kemaman, terengganu.. dah jadi orang kemamang dah ambe.. ganu kiter!!

inilah, pintu masuk opis aku.. memandangkan aku mengamalkan polisi pintu sentiasa terbuka, maka pintu tu sentiasa la tergohong 24 jam.. kecuali time rehat aku nak mengadap Allah.. *nampak tak divider pink hitam tu.. cantik kan kaler dia.. baru je siap pilih kaler ngan pasang minggu lepas.. sejuk mata memandang.. ada style la sikit2 walaupun aku xnampak orang keja..*

aku pindah sini dah sebulan lebih sikit dah.. tak tau la nak kata baru ke lama sebulan tu.. sebabnya sesungguhnya aku masih tak biasa menyoping barang kat sini.. mahal siut!! ha kan dah kuar.. banyak2 tempat aku pg, kemaman la barang paling mahal aku jumpa.. seperti status fb aku minggu2 lepas ikan kembung aku beli RM13 sekilo.. mahal ke? aku pun tak tau berapa harga pasaran ikan kembong sekarang.. lama tak shopping ikan.. ;p

sebelum tu pernah pegi beli goreng pisang, memandangkan masa tu zaman keseorangan di rumah dan makan ada hiburan utama dikala keseorangan -huhu- maka singgah la beli goreng pisang kat tepi jalan sebelah hospital.. dengan tidak semena2 aku bertanya.. '' kak, seringgit berapa nih??'' kakak itu menjawab ''4 singgit'' aku dalam hati.. wah, 4 singgit?? ni macam beli kuih pagi ni- eh, sini kuih standad 3 singgit, mahal lagi- aduhh.. 1 bersamaan dengan sebelah biji pisang.. aku tak tau la hangpa kat luaq memang beli pisang rega camni.. tapi aku memang first time ni.. memang terkejut badak..

beli jugak la walaupun terasa kemahalannya.. adeh, pisang je pun kan kecoh berlebih.. sebab pisang tu la aku kecoh berlebih!! sebab aku suka makan pisang.. huhu.. lepas ni kena makan pisang asli je sejajar dengan nasihat aku kat patient selama ni.. makan yang ori, goreng2 ni banyak minyak, nanti gemoks!!

sekian update kali ni.. nanti free2 aku update lagi..

p/s : ateng p pulau kapas, firdaus p kk
aku : mode jeles giler...


hmm pada firasat aku semua orang kemaman kaya2 belake.. kecuali aku lah yang keja spital je ni..

Wednesday, November 30, 2011

Gyeongju : one day trip ~ Part 2

part 1 is here..

we took bus back to town area and stop in front of anapji pond

ni la pond-nya.. kalau tak silap, zaman dolu2 bila banyak istana dah musnah sebab perang, derang gali tanah kat instana ni tuk cari harta karun.. dah gali2 tinggal lubang ni - jadi tasik..

one of palace replica inside anapji pond..

signboard for tourist attraction around town area

our lunch : sondubu chiggae * hungry traveller*

stew tofu bersama udang besar dan clamps!! dan ikan goreng tu sangat sedap..

that signboard caught our attention.. :)

there is drama filmed here.. Queen Seonduk apa tah ni.. tak tengok cerita ni.. jadi tak tau..huhu..

tangganya menarik..

sampai je kat atas.. whooaahh.. cam taman, bunga2 ni..

cantikk..!!! saya jatuh cinta..

model : fairus

Cheomseongdae Observatory: tempat orang dolu2 mencerap bintang.

yang ni amik dalam muzium..

one of the kings tomb

langkah kanan datang Gyeongju haritu.. bandar ni ada 2 festival going on that day.. this one is in the middle of town area.. can't remember the name of the festival.. but they open like 3 village of 3 different things.. 1 village is about teok- rice cake.. 1 village give you experience about ot- clothing (mostly about dye) and the other 1 is about experiencing sul - local alcohol here..

walking inside teok village

tradisional way making teok.. tepung beras yang diuli dan diketuk ngan lesung besar..

this is ot village

picture with ajumma wearing hanbok..

simple way me asking ajumma to take picture with you..

me : annyeong haseyo.. 안녕 하새요 -
ajumma : ye~.. 예
me: jeo-rang kachi sashin jjikgul-su-issoeyo?
저랑 같이 사진 찍을 수 있어요?
can you take picture with me?
*smile smile*

back to busan about 4pm..

Gyeongju : one day trip

Gyeongju: The capital of Silla Kingdom/ land of open museums/ museums with no roof (!)

tak sabar nak pegi Gyeongju.. one day trip.. dari busan jalan yang paling senang dan murah nak pegi gyeongju adalah naik bas.. derang (korean) kata tak sah kalau masa sekolah dulu tak buat lawatan kat sini.. :) Gyeongju ni zaman dolu2 macam Kerajaan Melayu Melaka.. Kerajaan Melayu Melaka, jajahannya luas - pusatnya kat Melaka.. Silla ni pulak pusatnya di Gyeongju..

seronok naik bas ni.. setiap kali naik bas, perasaannya berbeza.. terlebih excited.. hehe..

from seomyeon (where we stay) :
by busan metro : seomyeon (line 1) -->; napo-dong (line 1) - 15 stesen
fare : W1,300 (29min)

napo-dong bus station situated just next to the subway station.
fare to Gyeongju : W4000 (40min - 1hr)

napo-dong bus station.. bus timetable and price..

as soon as you out from bus station, you will find this tourist infomation centre.. the one in green there.. :) go get map and ask the lady bus number to go around gyeongju..

since this is one day trip : the places suggested by lady @ center are -
1. Bulguksa Temple
2. Gyeongju Folkcraft Village (Bulguksa and Folkcraft village situated quite far from town)
3. Anapji Pond
4. National Museum
5. All attraction places in town area

sebelum pape mari study peta..

all bus will announce the station they stop.. you have to listen carefully.. because the pronunciation is a little bit tricky.. to be safe, tell the bus driver to tell you when you arrive at Bulguksa Temple.. or follow the fellow traveler if happens they want to go to the same place as you..

this temple surrounded by beautiful garden..

entrance of bulguksa temple

autumn tree

Folkcraft Village.. wah it fun here.. if i got more money.. i think i will exceed my luggage limit just by the things from here.. we get here buy taxi .. W4000 maybe- can remember the exact fare.


really am admire with pottery here.. most of the kedai not allowing me to take picture inside their shop.. :(


back to town area.. we stop at Anapji Pond.. in front of anapji pond, jalannya lengang !! boleh baring kat jalan..



footnote:
1. busan metro fare is more expensive than seoul
2. you can use T-money but you have to recharge/reload at seoul

continue part 2..

Tuesday, November 22, 2011

part 2 : First walk in Seoul ~

somewhere in insadong - ni bangunan on the way ke chyegeoncheon stream.. have fun reading hangul!! :)

tetiba ada kereta kuda lalu!.. whoaahh..

jumpa tourist information booth!! = happy.. :)

Cheongyecheon Steam.. masa ni dah jam 5..

kamera tak cukup power nak amik gambar2 cantik waktu kelam.. isk2 ( sila baca~skill tak cukup power nak amik gambar waktu kelam )nampak cathedral ni sila teruskan perjalanan anda ke dalam lorong ini.. ni dah kawasan myeongdong.. nampak sekatan jalan raya tu.. pasar malam dah nak start.. hehe.. myeongdong ni hidup waktu malam.. biasa kul 5-6 petang dah ramai orang..

waktu ni dah ramai orang.. malam sikit lagi, laaagi ramai.. lebih kurang macam petaling street zaman dolu2.. tapi lagi besar.. memang shopping heaven.. hehe.. kalau nak ikutkan ada 3 kali aku datang sini shopping barang..

sebelah kiri gambar adalah myeongdong theather - tempat nak tengok nanta.. aku tak de peluang nak tengok sebab rancangnya nak tengok kat busan.. tapi memang nak suruh aku pegi lagi la, sebabnya kat busan dah takde nanta show.. huhu..

jalan je sampai kaki penat kat sini.. takut sesat?? hmm kalau rasa nak balik, tanya je sesape kat situ ke mana arah subway.. masuk je subway mana2 pintu pun dah rasa selamat..

rumusan hari pertama di seoul :
1. chanyeonggung palace
2. chandeokgung palace (lalu je)
3. MOH korea
4. insadong
5. cheongyecheon stream
6. myeongdong

route to home : myeongdong (line 4) --> hyehwa ( line 4, gate 4 -sungkyunkwan university) 4 station, 7 mins..

hand cream or laser printer.. ?? for me HAND CREAM..!! sebab malam dah sejuk, angin dah berderu.. kulit kering timbul serta merta..