ni nak crita pasal sabtu lepasnya aktiviti.. plan aktiviti sabtu lepas adalah diving kat pulau tiga.. perjalanan makan masa 3 jam naik bot ikan.. ada 16 orang (kut la tak ingat nak kira betul2) yang ikut trip diving kali ni.. bot tu besar jugakla sebab smua orang bleh cari port masing2 tuk lepak nak tido ke hapa..
ikut sms mus (dive instructor ku) jam 7am kumpul kat jeti jesselton.. nak betolak awal sebabnya perjalanannya jauh.. bawak makanan sendiri dan bleh masak atas bot sebab ada dapur kalau nak.. aku ngan semangatnya masak spegeti bolognese nak makan atas bot, mie bawak minum2, nuget ayam ngan pinggan mangkuk.. poon bawak kek dan roti2.. memang nak berkelah punya stail la.. hehe.. janji kul 7, jadi geng aku, si mie ngan poon dan aku dengan patuhnya sampai kat jeti kul 7 pagi.. tunggu punya tunggu, tengok ramai orang sekeliling yang lebih kurang menunggu jugak.. jadi masa tu memang agak2 jelah yang depa ni sebot la menunggu mus.. nak dekat2 kul 8 nampak tulasi.. nak dekat kul 9 baru nampak mus.. aiyyaa.. mus lambat la tunggu.. isk2
anyway.. dah siap2 barang2-- tong2 gas, bakul baju, bakul kaki itik ngan mask.. bertolak la kami naik bot laju tu.. naik bot laju tuk sampai ke bot ikan besar yang parking kat pulau gaya.. bot tu tak leh amik penumpang dari jeti, jadi kenalah park jauh sket baru transferkan penumpang dari bot kecik ke bot besar.. tengah2 laut tu memanjat bot.. huhu..
bila dah semua naik bot besar.. kami teruskanlah perjalanan.. bot kecik tu.. kena tow sebab bila nak dive, bot kecik dan laju yang bawak.. bot besar susah la plak nak terjun pastu nak panjat naik turun smua kan.. lambat plak tu..
dalam perjalanan ombak makin lama makin kuat.. perjalanannya patutnya 3 jam.. tapi disebabkan ombak yang sangat kuat.. maka mus buat keputusan tak jadi g pulau tiga.. singgah je pulau tengah2 jalan.. nama pulaunya, pulau inawan.. sifu mus n tulasi smua pun blum pernah dive kat area tu.. depa kata ada yang nampak shark kat situ.. ok lah.. mungkin ada rezeki aku bleh nampak jugak.. *positif thinking baa!*
bila smua dah tukar baju (atas bot! nasib la ada toilet dalam bot.. huhu..), tukar bot.. start la perjalanan g tempat diving.. tak la jauh sangat dari bot besar.. tapi aku perasan arus agak kuat.. terjunan tuk kali pertama nampak jugak la reef.. mungkin dalam 10m ke 12m.. tapi kat sini aku ada masalah nak equalize.. jadi telinga aku sangat sakit.. pastu arus dalam laut pun kuat.. visibility pun sangat poor.. kami turun bertiga dengan mus.. almaklumla kami je yang baru amik lesen.. ha sebut pasal equalize tadi, dah sibuk nak menghembus angin kuar kut telinga.. tetiba aku prasan makin kuat ombak.. maksudnya aku dah dekat ngan permukaan.. alahai frustnya aku masa tu.. sebab aku bermasalah betul kalau dah terapung tu, kan main susah nak tenggelam balik.. at last, mus tarik aku ngan mie (kebetulan terapung skali ngan aku) turun.. tapi aku masih ada masalah nak equalize.. makin dalam aku turun makin sakit telinga aku.. (aku salahkan sakit tekak aku! huuuu).. agak panik aku bagi isyarat kat mus, telinga aku problem, terus aku naik.. pastu mus terus bagi isyarat smua orang naik.. rupanya, dia kata.. kami dah jauh hanyut dari coral.. kalau turun pun nampak pasir jek.. --- dah naik, signal bot amik.. turus balik bot besar..
yang di pulau inawan tu kira 1st dive tuk hari tu.. hampeh dapat tengok coral pun brape menet je.. tu pun tak dapat nak menghayati sangat.. isk2..
2nd dive.. bot menuju balik ke kk.. balik pegi pulau memutik.. dalam 15 menet je dari jeti kk tu.. tapi sangat la puas hati.. reef sangat cantik.. air sangat jernih.. lama lak tu dalam air.. ada dalam 40 menet.. capai la rekod aku 16m kedalaman laut aku menyelam.. *happy happy*
lepas dive kat pulau memutik.. terus balik kk.. dan aku balik umah.. ngeee~~ *happy*
satu lagi masalah aku masa diving ni.. masalah tu ialah.. aku nak terkucil!! kalau tanya diver keras, memang haruslah dilepaskan di laut.. kalau dive dalam2, kan sejukkan dalam air.. jadi, sumber haba yang ada datangnya dari badan sendri.. haha.. ;p aku pun nak jugak la jadi divers keras ni.. tapi haram hasil langsung tak leh kuar.. aku sangat tensen sebab dari 1st dive bladder aku sangat penuh tahap cipan.. tapi bila terjun 1st dive aku lupa langsung.. pastu naik bot besar (walau pun ada toilet, tapi tak de pintu.. haru tul!) tahan la aku ni atas bot yang beralun ombak 1.5m-2m tu.. dan sampai tempat dive 2 (dalam sejam steng) aku berazam tuk melepaskan le laut lepas.. cuba dan cuba.. aku gagal!!! huuuuaaa aku sangat sangat tensen dan sangat sedih.. terpaksa la aku tahan lagi sampi jeti kk.. tengah2 bersabar naik bot besar nak ke pulau gaya (tempat paking bot besar) tetiba tali bot laju tu putus pulak..(putus plak!) kena lagi perpusing nak g amik bot yang hanyut.. aku yang tengah menahan tu, tuhan saja yang tau.. huhu.. dan seterusnya, 15 menit kemudian tukar bot kecik, sampai jeti aku terus berlari tanpa menoleh ke blakang aku terus ke toilet yang terdekat.. huhu, seksanya... isk2..
p/s : gambar2 seperti di facebook mie, dan nanti aku update lagi bila aku dapat gambar2 dari mie.. :)
panjangnya post aku kali ni.. ;p