Pages

Friday, April 24, 2009

sneak peak ~ sipadan wonders ^_^

aku ke sipadan harini.. alhamdulillah syukur dipermudahkan jalan ke sipadan..
ni aku post dulu gambar sunset harini.. subhanallah.. sangat cantik!








video

Saturday, April 18, 2009

visits to lok kawi wildlife centre

sikit gambar masa g zoo kat lok kawi minggu lepas.. ^_^







jam kristal...

ni antara jam aku dapat tempahan buat.. tayang dulu kat sini.. ^_^










Thursday, April 16, 2009

iklan jap..

cuba teka iklan apa ni? hehe ^_^

video

p/s: nak tengok jangan lupa tekan play ye..

jiwaku terseksa..

kalau dulu aku bahagia menjadi planggan setia streamyx.. tapi skrang aku terseksa setelah beralih arah dengan celcom broadband.. huhu.. mungkin aku kena upgrade p speed yang lebih laju..

Monday, April 13, 2009

commencing beverly hills apartment homestay + audit

hehe.. ujung minggu ni aku menerima 5 tetamu yang mempunyai 4 tujuan dan hasrat yang berbeza.. well, you are all welcome.. ^_^ cuma layanan 5 bintang tak dapat aku berikan sebab aku kerja.. kerja?! yup.. aku kerja hari sabtu dan ahad.. walau ahad tu aku hanya menyinggah.. but still aku memang tak de kat umah tuk melayan kawan2 yang ada kat umah.. sori yek kengkawan..

anyway, today we have an auditor coming from sirim for audit surveillance.. i'm so tired doing the preparation that i can sleep even while i'm standing.. ;p..

tired sangat kononnya ni sebab smua kerjaku dibuat last minute..salah sendiri - apa bleh buat la kan..

Wednesday, April 08, 2009

komputer kong + kek syeddaap.. ;p

harini komputer aku kat opis rosak.. apa pun tak leh nak buat.. huhu *sad*

but 1 thing that makes me happy.. is thiss..


nampak macam apa? nampak macam kek.. memang pun kek..hehe.. ni namanya kek lapis sarawak.. hehe.. sedap2.. hmm yummy..!! *happy*

Tuesday, April 07, 2009

movie review ~ VOICE

just finish watching Voice..

mode : drained
.......................................................................


disebabkan baru habis tengok, sebelum ingatan mengenai cerita ni berlalu pergi, baiklah aku post review ni cepat2.. hmm.. tidak nafikan inspirasi utama aku tengok cerita ni sebab toma ikuta.. toma dalam cerita ni pegang watak suporting actor je.. but still worth watching him in it..

VOICE atau nama panjangnya voice of the dead (Inochi Naki Mono no Koe) ni berkisahkan 5 orang budak medic yang amik major forensik pathology masa tahun 3 (kalau tak silap la).. tajuknya macam cerita hantu je.. tapi ceritanya totally tak de kena mengena ngan cerita hantu..

setiap episodnya menceritakan cerita2 mayat yang berlainan dihantar kat tempat derang tuk dibedah siasat kat lab derang.. jadi, plot cerita bertumpu pada bebudak ni nak cari sebab sebenar kenapa si mati ni mati dan sampaikan pada relative si mati suara2 akhir yang si mati ni nak sampaikan..

jalan ceritanya hampir sama tuk hampir setiap episode.. (membuatkan aku mengambil masa seminggu nak abiskan cerita ni..*silently being patient waiting for episode to evolve*--> somehow a bit dissapointed).. watak utama Kaji Daiki (eita) sorang yang panjang akal, penuh imiginasi n sangat intuitive.. dia ada 4 orang kawan yang masing2 ada sebab tersendiri amik forensik pathology sebagai major derang..

ryosuke (toma-kun) anak pengarah hospital yang tak yakin nak amik alih spital bapaknya.. aki - satu2 nya pompuan dalam group ni.. teppei- sorang yang pendiam dan slalu kena buli ngan hanei.. hanei kun- wataknya ganas2, amik forensik patho sebab dulu dia slamat dari kena jail sebab adanya bedah2 siasat ni..

the best part yang aku sangat suka masa permulaan cerita bila kaji daiki suka tanya toshte (why??) in every little thing yang kengkawan dia buat.. part ni sangat cute dan best.. ada dua tiga kali gak la aku nangis mengenangkan cerita si mati tu.. tapi aku rasa lagi best
kalau dia kembangkan lagi jalan cerita dan kuatkan watak2 lain (kawan2nya), contohnya buatla masing2 ada kelebihan masing2 ke.. instead of biarkan kaji yang settle kan sorang2.. yang lain tu memang sangat kurang significant wataknya.. anyway, walaupun banyak cerita sedih, drama ni aku kategorikan sebagai easy to watch and not the best movie to see toma-kun in action..

toma n eita (kawaaii dess ne) ^_^

Monday, April 06, 2009

movie review ~ hanakimi

satu entry yang menjadi draft begitu lamanya.. isk2


another day of hanakimi..

hanazakari no kimitachi e atau hanakimi.. drama yang diadaptasi dari manga.. mulanya aku sangat tertarik dengan cerita ni bila aku start tengok kat 8tv satu ketika dulu.. then aku dapat dvd.. aku tengok dvd pastu aku tertarik nak baca manga dia.. jadi aku baca manga dia.. hump.. ^_^ sangat best *so happy*

versi taiwan pun ada tapi aku macam tak sanggup nak tengok sebab bila tengok review macam tak best dan aku tak nak rosakkan imej hanakimi yang amat ideal dalam kepala otak aku..(huh!)

ceritanya berkisarkan ashiya mizuki sorang budak pompuan dari amerika yang menyamar jadi lelaki masuk all boys school, Osaka Gakuen sebab nak jumpa Sano Izumi (watak oleh shun oguri yang aku rasa xhensem dalam cerita ni..;p) yang dia minat sangat2.. Sano ni atlit lompat tinggi yang berenti lompat sebab pernah injured.. dalam manga sano injured sebab di tolong kawan pompuan dari kena langgar keta.. dalam drama sano injured sebab nak slamatkan mizuki dari perompak masa kat US.. rasanya kalau drama dia ikut cam manga, plot cerita macam tak kuat sangat kut nak didramakan..

ok, watak yang paling aku suka dalam drama ialah nakatsu suichi.. watak dibawa oleh toma ikuta (which i love!).. watak yang sangat berkesan.. part nakatsu yang paling aku suka adalah part2 dalam vid youtube yang aku penah aku post dulu.. suka comical monolog dia.. toma bawak watak ni sangat2 best! (n he won best supporting actor in 3 different award for this role). nakatsu sukakan mizuki yang dia tak tau mizuki ni pompuan.. jadi adalah konflik identiti sket dia ni..

dalam manga watak yang aku suka adalah sano ngan umeda sensei.. sano dalam komik sangat hensem, baik dan agak gentle.. confirm tido bila ada meeting dorm dan tak suka menda2 manis.. (bau manis pun bleh pengsan..huhu).. umeda sensei ni school doc yang tau mizuki sorang pompuan dari mula mizuki masuk skolah dan jadi penasihat peribadi mizuki bila ada masalah..

umeda sensei ni gay.. tapi dalam cerita tak banyak sangat gay scene ni berbanding komik dia.. dalam drama watak hara akiha, fotographer yang suka kat umeda adalah pompuan.. dalam komik dia laki (which is more interesting, i think.. ;p)..

watak2 lain macam kayashima taiki yang bleh tengok aura dan hantu lagi best dalam komik.. nampak lagi significant watak dia.. berbanding sekime dalam drama dia lagi menonjol di mana dia yang slalu sampaikan berita2 terkini pada kawan2 dia.. dan dia sangat cute (sape tah nama dia yang berlakon ni..) watak nakao senri plak dalam drama nampak lebih macho berbanding dalam komik.. nakao minat nanba minami (head dorm derang).. yang bawak watak nakao ni adalah orang yang sama dalam nodame contabile yang minat kat chiaki.. (p/s: tak de watak lain ke ko nak bawak?? huhu..)


satu lagi part yang paling aku suka dalam drama : 90 jenis showdown yang derang buat antara dorm.. (which dalam komik xde).. sangat lawak dan buat aku sakit perut gelak.. *laugh laugh*


hmm dipendek cerita (pendek??) drama yang derang buat sangat seronok tuk ditontoni.. walaupun ending dalam komik jauh lagi best.. aku tetap sangat suka cerita ni.. *smile smile*..pilihan aku bila hari2 tak seronok berlaku dalam hidup aku.. *smile summore*..

nota kaki: theme song juga sangat best..
nak dengar? dwld here

the end.

Friday, April 03, 2009

lagi gambar wed sis aku.. ^_^




friday update

current weather mood : bipolar

cuaca kat kk skarang boleh aku samakan dengan penyakit patient aku---> bipolar mood disorder!! membuatkan aku sikit2 macam nak ada simptom schizophrenia.. huhu..

apa yang berlaku kat kk skarang ni.. waktu pagi ke tengahari dia akan panas sepanas panasnya... dan bila petang dia akan hujan selebat lebatnya.. jadi aku pun cam bengong dengan cuaca ni..

cuma yang aku dapat biasakan dengan cuaca kat kk dan aku suka.. bila waktu hujan, dia akan hujan selebat2 yang mungkin, pastu biasanya dalam masa beberapa menet je berenti.. berhenti dengan tiba2 abruptly!huh.. kadang2 tak de warning hujan renyai2 sebelum dan selepas macam yang biasa aku tengok kat smjung.. dulu masa mula2 datang sini macam konfius2 jugak.. lama2 dah biasa aku jadi suka plak.. hujan rahmaaat.. hehe.. hmm.. mungkin sebab dekat dengan laut-kuat angin-awan hujan pun laju je jalan..
hmm.. ikut musim gak lah.. kalau waktu tengkujuh tu.. kalau nak ujan 3 hari tak berenti pun.. dia ujan jugak..

anyway.. dah aku merepek pasal cuaca ni.. hidup aku kat sini minggu ni macam biasa.. mula minggu agak stress tapi syukur alhamdulillah smua berjalan lancar.. kes hospital aku nak kena pindah ke tak, pun belum dapat berita.. *suspen*.. ujung minggu ni ada kawan nak tumpang tido umah 2 malam.. ujung minggu ni jugak aku kena siapkan tempahan gelang yang aku tangguh dekat 2 minggu.. apalagi ek.. hmm.. tu je kut plan aku minggu ni.. ;p
sekian saja tuk kali ni..

ja neh... ^_____^ happy weekend!

Wednesday, April 01, 2009

wake me up..!

harini kunci jam kul 6.40 am..

terjaga dari tido jam 6.39 am..

hebat tak?? ;p

haha...

have a great day everyone.. \(^_^)/