Pages

Monday, June 29, 2009

fall in love with the fallen..;p

hihi.. salah tu..

i fall in love with optimus prime...!! and forever more with josh duhamel.. :) ---> dah tengok skali tak puas nak g tengok lagi skali.. hehe ;p

okeh, ni aku nak cita aktiviti ujung minggu aku yang lalu.. alkisah si ateng mintak tolong escot sepupu dia p daftar kat UMS.. jadi aku dengan senang hati bawak makcik, aniszah dan aina (yang nak daftar) p UMS.. dan sorang lagi dak pompuan yang derang baru kenal masa kat epot jugak nak p daftar UMS

sabtu, 27/06/09

9 pagi : bertolak ke Hotel Impiana Mutiara (088-268823/24), amik derang seramai 4 orang nak p UMS.. tapi sebelum tu singgah supermarket survey beli2 barang..

11.30 pagi : sampai kat UMS, angkat2 barang, paking keta kat dewan canselor dan naik bas ( sebabnya student harini daftar kolej kediaman, UMS xbagi bawak keta g kolej, jadi kena naik bas.. termasuk la aku, merasa jugak naik bas UMS.. ;p

2.30 petang : time ni aku dan siap makan minum kat kafeteria kolej E sambil menunggu aina (si student) ngan kakaknya, aniszah setlekan pendaftaran dan bilik..aku tunggu dengan maknya sambil2 sembang dan tengok orang ramai lalu lalang.. bila tengok bebudak sibuk mendaftar.. muda2, bersemangat, tarik berboyon2 beg.. aku jadi rindu dengan kehidupan masa kat U.. honestly aku rindu zaman masa masuk matriks.. sebab masa tu je yang aku dapat rasa kehidupan U.. masa kat ukmkl, xrasa rasa sangat pun duk U.. sebabnya kolejnya 1 je kat kawasan tu, plak sibuk kat tengah bandaraya kl tu.. hmm.. walaupun ketiga2 tahun aku duk kolej kat tasik titiwangsa tu, tapi still kehebatan duk setahun kat kolej Ungku Omar kat bangi xterlawan.. (^_^) ----- dah abis bernostalgia.. pas pada ni aku bawak makcik ngan anizah pegi pasar filipin atau skarang dikenali pasar kraftangan tuk beli belah..

5.30 petang : sementara nak menunggu flight balik ke johor.. aku bawak derang p makan kat pantai tanjung aru 2.. kat sini ada restoran tepi pantai dan boleh nampak naik turun kapal terbang di hujung pantai.. aku harap dapat la derang enjoy pemandangan kk yang cantik2 dengan masa yang singkat.. (kejap sangat datang, tak leh bawak g jalan jauh.. huhu.. len kali datang la lagi)

6.30 petang : hantar derang p epot, confirmkan tiket pastu bila dah confirm aku tinggalkan la derang kat sana.. tak dapat aku nak tunggu sebab aku ada janji lagi dengan anak sepupu aku (we dengan bininya rosma) tuk dinner skali..

7.30 malam : bertolak dari umah amik derang we ngan rosma kat hotel.. dinner nak makan seafood.. plannya nak makan kat gayang tapi penuh plak.. kereta bersusun dengan siap berbas2 parking kat situ.. jadi makan kat tanjung lipat je.. tak de rezeki nak makan ikan yang berenang dalam aquarium.. isk2

10.30 malam : siap makan, antar derang ke hotel.. aku balik dan tidur..

ahad 29/6/09

11.00 pagi : bertolak dari umah pegi panggung wayang.. nak p tengok transfomers!!! hehe.. wayang start 11.45 pagi.. abis kul 2.30 petang..

2.30 petang : berkejar ke epot nak antar we balik kuching.. sampai p epot, tak dapat pun nak check in..huhu.. jadinya, sebelum urus tiket flight, urus dulu si rosma nak balik keningau..

3.15 petang : bertolak lagi p stesen bas.. beli tiket kul 4 petang.. tunggu bas bertolak.. bertolak balik p epot urus tiket...

5.00 petang : ingat nak p sambung tengok wayang blood : the last vampire.. tapi yang baru book nak menengok baru 2 orang jadi wayang kata kalau tak cukup 5 orang dia tak tayang.. jadi kul 7 dia suh datang balik tuk confirm nak tayang ke tak.. huhu.. akhirnya aku cancel tengok wayang aku balik umah..

6.30 petang : on the way balik sempat lagi aku singgah pc fair kat karamunsing.. beli skin tuk laptop aku.. ;p

8 malam : sampai umah.. lepas mandi tengok tv pastu tuan puteri pun masuk beradu.. ;p


p/s: i woke up today with bags under my eyes.. not that i'm complaining but i just love being busy.. (^_o)/

Thursday, June 25, 2009

uh kamera ku..

nak tau ngape aku lama tak pos gambar2.. sebabnya, kamera aku infected dengan virus.. huhu, sesungguhnya dia tak mengganggu function kemera tuk amik gambar tapi bila aku nak tranfer gambar ke komputer, huhu.. failnya dah tak boleh dibaca.. aku amat sedih skrang.. gambar berlambak dalam kamera tu.. ada 2 choice aku boleh pilih.. 1. disinfect memory card dengan format balik.. 2. beli memory card baru..

waaaa.. aku sediihh..
huhu

life is like a boat - rei fu

current song i'm listening to:

Nobody knows who I really am..
I never felt this empty before..
And if I ever need someone to come along..
Who's gonna comfort me, and keep me strong?

We are all rowing the boat of fate..
The waves keep on coming and we can't escape..
But if we ever get lost on our way..
The waves would guide you through another day...


Nobody knows who I really am
Maybe they just don't give a damn
But if I ever need someone to come along
I know you would follow me, and keep me strong

just love the lyric.. and such a cool song to end bleach stories.. ^_^

Tuesday, June 23, 2009

my day ~of yesterday

smlam aku el.. jadi mie sorang kat opis.. arini mie plak amik cuti.. jadi aku sorang plak kat opis.. hmm patut la alin kata, 'korang ni slalu gilir2 cuti' --huhu..

walaupun aku tak brapa sihat smalam.. tapi sempat gak la aku p shopping kat kedai jamilah tu membeli kristal.. pesanan kakza.. hajat nak beli hujung minggu haritu, tapi cinda na pinjam wat naik gunung.. jadi smalam aku gagahkan diri menyopingkan kristal2 tu.. macam besa bila dah masuk kedai tu.. kedai yang begemerlapan dengan kristal tu, menambahkan gemerlapan mata aku ni.. hajat nak beli pesanan orang je, tapi end up dengan beli gelang2 lain.. dah cantik2.. hampir rabun aku dalam kedai tu.. huhu.. tup2 dekat seribu aku abis wat beli kristal.. huhu.. wah, terlebih sudah ni.. pastu, skali tengok beg duit aku tinggal 5 keping je duit singgit.. haha.. padan muka.. ;p

tapi smua yang aku beli hajat nak jual.. insya Allah.. aku ada azam kewangan yang membara setengah tahun terakhir ni.. jadi kena bekerja keras (lebih keras dari batu!) la.. hehe..

petang aku kat umah (sebelum smua housemate aku balik), tetiba ada orang ketuk pintu.. rupanya kakak jual kepok lekor datang.. kebetulan aku tengah mengidam aku kepok lekor ni.. homesick!<-- cari makanan cam kat kg.. rezeki aku harini.. alhamdulillah! (^v^).. aku beli 4 batang dengan rega RM1.60 satu.. mahal sikit tapi rasanya memang asli.. sebabnya orang kelantan yang buat.. kalau nak harap kepok lekor sabah.. hmm, rasanya lebih banyak tepung dari ikan.. bak kata firdaus: ni keropok berperisa ikan!- alah macam cekedis yang jual kat supermarket.. hehe ;p

smalam juga aku dapat tau yang kak yat n d geng nak pindah dari rumah yang aku duduk.. rega sewa umah aku RM 500 dengan 2 bilik.. jadi nampaknya aku kena cari housemate baru, tuk aku menampung belanja umah aku ni.. ada yang berminat??

Wednesday, June 17, 2009

an addict??

projek aku yang skrang aku duk sibuk sangat tu adalah... hmmm..


aku tengok bleach! anime jepun yang aku stat tengok kat tv3, pastu aku suka.. pastu, seperti biasa aku tak sabar nak tengok sambungan2 crita dia.. jadi aku download la dari internet.. hasilnya, setelah 2 bulan aku mengadap menda alah ni.. aku dah berjaya menghabiskan 223 episod yang ada.. bayangkan tu betapa banyak episod dan stll ongoing (tetiap minggu tunggu kluar episod baru ;p) jadi skrang aku dengan rasminya aku mengaku aku ni bleach addict.. hehe.. >.<



video

ni opening song favourite aku.. lagu ni dapat banyak review.. hampir smua extreme2 komennya.. yang mana suka--suka betul.. mana yang tak--menyampah habis.. hmm, anyway, bleach ada banyak lagu bukaan dan penutup dia.. dan bagi aku smua pun best2.. anime ni memang untuk orang dewasa je tengok.. tuk budak2 agak berat la cerita dia ---> (bagi aku la.. ;p)... enjoy!

Tuesday, June 16, 2009

update kerjaku..

kali ni aku nak bagitau aku baru update sket2 portal hospital.. aku actually dah tau nak letak apa kat situ.. huhu..


rajin2 korang lawat la portal tu dan bagila aku idea.. ;p

Monday, June 15, 2009

tadaima.... hehe.

assalamualaikum...

^o^ harini hari pertama aku kerja setelah 2 minggu aku meninggalkan opis ni.. hehe.. 2 minggu bukan aku cuti semata2 tau.. seminggu aku bercuti balik kampung, seminggu lagi aku kursus..

aku balik cuti kali ni waktu cuti skolah.. balik ni pun sebab utamanya anak sepupu aku kawin.. kalau tak memang sebolehnya nak elakkan balik kg time cuti skolah.. sebabnya, seperti sedia maklum semua (SEMUA!) tempat pun akan sesak.. bermula dari epot, atas flight, stesen bas, jalan raya, supermarket dan tak lupa juga kampung aku kan kat kota bharu.. time tak cuti pun sesak padat, ni lagi la time cuti sekolah.. huhu..

hmm anyway, cuti kali ni aku pergi 2 kenduri kawin.. (baru 2) ada orang hari2 makan nasi kenduri.. dua2 kenduri kat terengganu.. jadi aku duduk umah makcik aku kat dungun 4 hari gak la.. cakap sal kawin ni, smua orang pun nak kawin time cuti skolah.. yelah, senang la kan sedara mara nak datang.. kalau bleh satu kampung 3, 4 kenduri skali jalan.. satu tiang traffic light tu bersusun bunga manggar dari atas sampai bawah!.. tersengih lebar aku tengok.. ;p

kursus aku plak dia buat kat kl.. IKU yang anjurkan.. kursus tentang research metadologi fasa 2 & 3.. kali ni perah otak blajar statistik.. orang lain blajar statistik 1 sem, kita blajar dalam 4-5 jam.. mana tak tepu otak.. tapi aku syukur aku pegi kursus ni.. semangat nak sambung blajar tetiba berkobar2.. tapi tak tau la kut angin kobar2 ni mati tengah jalan.. (^_^)
oklah.. slamat bekerja smua orang.. bubyee..