Pages

Wednesday, December 31, 2008

i'm home..!

salamzz!!

entry yang lepas aku post pakai hanset bapak aku.. hehe best x?! tapi page yang dia bagi siket je.. jadi xleh nak tulis panjang2.. anyway, apa yang buat aku sedih sangat kat umah tu?? hmm.. sbenarnya xle dasyat sangat.. aku sendiri yang cari pasal.. ;p.. aku cuma sedih (dan jeles kut.. huhu) dengan orng tue bercinta kat blog.. huhu.. tapi suka hati derang la kan.. sibuk apa aku..

pape pun.. aku dah abis cuti.. balik kk dah pun.. cuti yang xpatut panjang jadi panjang.. initialy tiket aku 22hb, hari senin malam.. kononnya balik dari kenduri cema terus balik umah.. sebab ingat kat safe cuti la.. hehe.. tapiii..

balik dari perak, kakak dan abg ipar cema serta anaknya 3 orang drop aku kat kl sentral dan aku tido le smalaman at my sister's place.. esoknya awal pagi sis hantar lagi g kl sentral dan aku terus naik komuter (yang berzaman aku xnaik, excited kejap ;p) ke bandar tasek selatan.. my dear friend, yan tunggu bersama anas yang chomel..

nak dijadikan cerita, yan rupanya nak amik mak bapak, pakcik makcik serta sepupu2nya dari epot sb derang g kk cuti2 mesia.. jadi aku pun stuju tag along ngan yan g epot.. awalnya aku ajak yan jumpa tuk teman aku jenjalan kat area sogo dan aku rindu nak jumpa anas (sempatla merembat baju 2 helai.. hehe).. so, jalan punya jalan, dah penat kami pun balik umah *makcik yan.. masing2 dah urus diri smua.. bertolak la kami ke epot bersama2 dengan sepupu yan yang ada kat umah.. sepanjang perjalanan yang penuh halangan akhirnya kami sampai epot jam 9.30pm.. ( flight aku kul 9.25pm ok.. ngeh3x)..

dengan hati yang agak tenang ( sebab dah tau tiket yang ada sudah tidak berguna..) aku terus ke kaunter tiket.. namun, xsempat jugak tuk aku nak membeli tiket sebab kaunter dia dah nak tutup, punya kelam kabut aku tanya tiket nak blik esknya 23hb, pastu dia kata smua dah habis sampai lah 28hb.. huhu ( dalam hati aku dah kembang2 dah sbenarnya sb bleh balik kb..;p) dan dia kata rega tiket smua dan RM500++ (huaaaaaa!).. blum sempat aku pikir pape aku terus blah dari kaunter..

spanjang perjalanan dari epot ke kl, balik2 mak yan dan yan duk mintak maaf ngan aku.. huhu.. (syian derang rasa bersalah.).. dengan kata lain semua rang duk kesian kat aku la.. (xpe yan.. xkisah dah.. menda dah jadi kan.. xsalahkan yan pun.. ;)) tiket yang kira ok reganya aku dapat 31hb.. jadi dengan rasminya aku akan balik kg.. yeeeayy!!

malam tu lepak tido ngan yan kat umah mak uda.. esoknya awal pagi yan teman g stesen bas putra.. setelah sampai, aku ke kaunter dan bertanyakan bas for the day.. suprizingly, adaa! dan tengah tunggu pun..hehe.. tanpa membuang masa (salam yan cium2 pipi) aku terus la naik bas balik ke tanah kota bharu terchenta..

*makcik yan yang famous ngan nama uda.. aku penah tinggal umah mak uda yan ni masa buat practikal catering kat hukm masa 2nd year dulu.. terkenang masa zaman muda2 dulu.. huhu.. sebulan gak tu menumpang umah uda.. tapi kali ni sayang nya mak uda yan xde kat umah.. derang g kedah kalu xsilap aku.. (yan, salam buat uda ye..!)

p/s: did i mention, cik ehem tolong aku carikan tiket dan dia belikan aku tiket tu ngan kad dia..!.. thank you so much!! saya hargainya banyak2.. tapi bahaya baik2 cam ni tau wak.. huhu.. (that's why i kept on going reading and reading si dia cik ehem's blog.. well, tuk tarik aku ke dunia nyata, i guess.. xkisah la sakit skit pun..;p)

Saturday, December 27, 2008

Cuti panjang (lagi..)! ;p

Bestnya cuti panjng ni.;) Bnyk yg srnok bla dpt blik kg.. Srnk dpt tngk ma abah kehulu kehilr dpn mata.. Srnk dpt tngk tv dr pg samp ptng :-P.. Srnk dpat mkan msakan mama tetiap hari :-D..Srnk tgk pkok2 bunga dn tanmn ma abah sihat2 blaka. sronk gak bla ada org suka nk kwn2 ngan kta, suka bla kta msg dia, tgu msg y tah pape dr kta.. Hm tp bla perut masih bercerut, hati msh brasa skit, baca apa y xpatt dbaca, tau apa y xptt tau.. Rasa srnok d suka hlng tah kemana.:-(
By d way, tq cik ehem jykn
cuti sy x ni

Tuesday, December 23, 2008

aku di cheras..

aku kat cc ni.. haha menikmati suasana bising berlatar belakangkan lagu ella ngan awie memalam buta.. jiwang betul la bebudak ni.. lama aku xmasuk cc.. lain macam je rasa.. rasa macam kat supermaket pun ada.. minus barang2 shoping n plus komp banyak.. hehe.. yelah sejak 2 menjak dah pandai pakai streamyx ni.. xmain la cc ek.. hehe..

anyway.. nak jadikan kisah aku tertinggal flight malam ni.. huhu.. sedeh tul.. isk2
tapi aku dapat balik kb esok.. insya Allah.. cuti la ni sampai akhir tahun.. hehe..
tulah betulah kan setiap yang jadi ada hikmahnya.. ;)

happy new year kawan2.. pikir2 kan la azam baru tuk tahun baru 1430 hijrah dan 2009 masihi.. ;) luv u all!! muakssss.

Thursday, December 18, 2008

milo or neslo @ wahid

sape ingat wahid masa kat ktsn zaman dolu2?
aku teringin nak minum neslo kaw2 wahid..
mana nak dapat eh??

Wednesday, December 17, 2008

what a day..

+ as expected aku lambat 2 hari berturut2! dalam sejarah punch card aku merah.. (slama ni kalu lambat xpenah nak punch).. xtau kenapa kali ni aku rajin nak punch.. huhu

+ kad kawin tuk cema yang aku buat, jatuh pastu masuk longkang.. huuuuaaa..isk2.. busuk lak tuh! Photobucket

ni yang dah masuk longkang tu..

ni kad baru yang aku buat dengan malasnya.. huhu..

nota kaki: esok aku nak balik kl (yeay!) attend kenduri cema kat selama, perak.. balik nanti hari senin.. (aku lupa sbenarnya yang minggu depan banyak public holiday..kalu x aku amik cuti skit lagi lawat ma abah aku kat kampung..).. :(

Monday, December 15, 2008

welcome new baby.. :)

at last siap jugak projek yang aku start ujung minggu aritu.. Photobucket


buat kad tuk baby kak keen.. xlah kreatif mana.. tapi ok la kut.. yang kat atas tu muka depannya

ni kat dalam dia.. sikit konflik color vs identity sket sebab aku dah frust cari bahan kat kk ni.. guna je apa yang ada..Photobucket

suatu pagi yang panjang

hari ini bermula dengan aku bangun awal.. aku semangat nak siap awal nak menempuh hari yang aku rasa bakal panjang.. bukan apa, isnin kan.. smangat kena lebih sikit! Photobucket

bertolak dari rumah jam 7 pg.. dan seperti yang aku jangkakan.. jalan bundusan (jalan yang aku lalu nak pegi/balik keja hari2) akan jem teruk! sebab on the balik dari kk malam tadi (lepas amik kakyat dan na) roundabout bukit padang tu dah kena tutup satu exit dia.. pastu wat lencongan kat jalan lain.. giler sesak jalan ni sejak dua menjak ni sebab diorng nak renovate jalan tu.. bagi makin besar.. harapnya dapat la kurangkan sesak tah pape ni.. huhu.. banyak betul aku tengok aktiviti kat tepi2 jalan skrang.. korek jalan, bikin jambatan, bikin jalan, bikin longkang, cabut tiang, tanam tiang ( lampu ngan lektrik), lori angkut tanah, jengkaut kaut tanah dan macam2 lagi la.. load loader yang sebesar2 makhluk tuhan tu pun ada..

nilah hasilnya kejadian lalulintas yang aku tempuh nak g keja pagi tadi.. perjalanan yang amik masa 5 menet je jadi setengah jam.. isk2

ni keta kat depan aku

ni kat blakang aku

sbelah kanan aku

sbelah kiri aku

jengkaut (kut la nama dia)

ni jambatan sementara yang menyesakkan.. isk2

ha, ni u-turn nak g spital aku..

mungkin xsesak korang yang duk kl atau bandar besar lain.. tapi kalu ikut aku yang dah besa idup slow n steady kat kk ni.. haru gak la dah sesak2 ni.. nak g keja pun xde mood.. huhu.. seperti yang ramai orang kata, sabah ni ketinggalan 5 tahun ke belakang berbanding ngan semenanjung.. jadi skarang aku nampak bangunan naik kat mane2 je kat bandar kk ni.. jalan makin lama macam makin xsudah (sebab dan tutup sana tutup sini kan..).. walau apa pun aku harap smua buat dengan tanggungjwab dan kualiti yang bagus.. jangan jadi cam Hospital Queen yang dan nak roboh tu.. bikin malu sajak.. kesian patient kena campak sana sini..

tunang dan long pasia

ehem.. bukan aku yang tunang.. bukan aku juak yang pegi long pasia.. ;p

ujung minggu ni aku xkemana-mana.. suka je kat umah dengan sepenuh hati membuat sesi releksasi.. hehe.. pagi hari sabtu aku, awal2 pagi pegi anta kak yat g hospital.. dia ada trip pegi Long Pasia.. apa itu Long Pasia..? Long Pasia tu nama tempat.. tempat yang letaknya di pedalaman sabah yang kitaorng (kawan2 dari s'jung yang suka adventure, kononnya ;p) satu ketika dulu tanam angan2 nak pegi.. tapi misi xpernah kesampaian..huhu.. yang dapat pegi ni adalah kawan2 yang ikut medical team dengan sponsor pihak luar.. macam kakyat ni la.. bertuah badan..

ni ada beberapa perkara yang aku tau pasal long pasia.. ni pun tau dari kawan2 aku yang penah pegi dan kawan yang ada kawan dari sana atau kawan yang penah pegi.. ;)

~ long pasia ni terletak di bahagian pedalaman bawah sabah.. border kalimantan dan sarawak..(kakyat cita smalam ada makcik kat sana tu yang penah g kalimantan lawat sedara, dia jalan kaki.. aku ingat dekatla kan bleh jalan kaki.. rupanya amik masa 12 jam nak sampai.. huuuuh.. jauh tu..isk2)

~ hanya 4wd je yang sesuai digunakan tuk perjalanan ke long pasia
~ perjalanannya hampir 10jam dari kk.. (kalau dapat 4wd yang power + driver yang cekap + jalan bagus dan xde sangkut2, mungkin dapat sampai dalam 8jam )

~ 4hr jalan gravel n tanah merah n bumpy all the way (xlupa jugak ada jalan masuk sungai kluar sungai--adventure habis!)
~ pemandangannya amat la cantik dan xde pencemaran langsung
~ banyak giler orkid hutan dan picher plant kat sana
~ malam kat sana hidup pakai generator atau sistem solar
~ ada astro
~ kampungnya bersih
~ sungainya cantik
~ mandi air sejuk menyucuk tulang temulang
~ kawasan sana banyak nama long
~ long tu maksudnya kuala dan pasia tu maksudnya air merah (memang air sungai sana nampak merah - kenapa? xde orang bleh jawab soklan aku stakat ni)

~ majoriti kaum Lundayeh beragama kristian
~ banyak anjing yang jinak (huhu..)
~ anak ketua kampung situ blaja kat UMS (ni kakyat bagitau)
~ bestfriend daus masa student asalnya dari sana, dulu pengarah kat spital kudat, skrang aku xtau dia kat mana dah

~~~~ hmm apa lagi ek..? aku dah xingat dah.. kalu aku ingat aku tulis lagi
ni website yang ada gambar best pasal long pasia

http://longpasia.wordpress.com/

http://www.simplygreen.com.sg/sabah/lp1.html

ha, xlupa di sini, aku ucapkan Selamat Bertunang pada NA-SHAM.. (minggu lepas lagi sebenarnya diorang dah tunang, tapi ni baru balik jadi aku wish arini la... hehe)

Friday, December 12, 2008

my inbox is almost empty

entry harini xde kena mengena ngan tajuk di atas.. actually, dua tiga hari ni aku macam xde idea nak menulis.. hmm... well, we'll see do i really drained out of idea or saja bermalas-malasan untuk mencari idea..;)

for a start, aku dah abis baca buku Tunggu Teduh Dulu!! it takes me 1 week to finish it.. huhu.. despite apa tuan buku kata, aku sukalah buku ni.. it is quite a heavy reading.. but it is a great book.. patut la penulisnya banyak dapat anugerah.. ilmu ketuhanan banyak dia serapkan dalam buku ni.. boleh aku katakan watak utama dia ala2 Fahri Abdullah dalam Ayat-ayat Cinta.. watak yang amat patuh pada perintah Tuhan nya dan garapan cerita penulis mengenai hidup Salsabila (watak utama dan suami solehnya) menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup dia amat berkesan bagi aku.. mungkin ada dua tiga bahagian cerita yang aku kurang gemar tu, boleh dimaafkan la..(;p)

walaupun penulis berulang kali mengatakan bukunya bukan hanya mengenai cinta tiga segi, namun awalan cerita dia balik2 berkisar tentang cinta tiga segi ni sampai ada masanya yang aku terasa malas nak sambung baca.. tapi memandangkan penulis dah berjanji ia menulis bukan hanya kisah segi2 ni, aku teruskan jugak la dan hasilnya, buku ni dah masuk kategori must-have (!) aku.. lalala.. hehe (not to forget betik story all the way..)

the end

(dah tak tau nak tulis apa la konon..;p)

13 Dis 8.30 am

nak tambah sket lagi..

aku jumpa site ni kat blog tah sape.. cita pasal papaya a.k.a betik vs denggi.. (betik lagi?!)

http://proud2bmalaysian.wordpress.com/2008/08/20/papaya-leaves-juice-cure-for-dengue/


wishes

today is quite a happy day..

tahniah kak keen dah dapat baby girl..


tak lupa jugak tuk cik fadhPhotobucket



you two will be a great mom!!

apsal xde gambar baby eh?? ntah, xjumpa cari la yang best.. huhu

Wednesday, December 10, 2008

hari yang mengelirukan..;p

neno.. neno.. neno.. dari jauh kedengaran suara jeritan ambulan bagaikan tidak sabar untuk tiba ke kawasan hospital.. semakin dekat semakin kuat.. dahiku berkerut.. timbul rasa pelik di benakku.. kenapa kali ini berbeza sungguh dengungan bunyinya..? langsung di sebalik jendela yang terbuka, ku panjangkan leherku yang xseberapa panjang ini tuk melihat apa sebenarnya yang mengeluarkan bunyi yang sebegitu kuat.. rupa-rupanya yang kusangkakan sebuah ambulan adalah sebuah trak bomba..

eh, hatiku berkata '' ada kebakaran ke ni? wad mana yang terbakar ni? pt? ada yang hangus ?" terbayang akanku pesakit di wad bertempiaran melarikan diri.. dan serentak dengan itu, kedengaran bunyi siren kebakaran memekik.. "kkrrriiiiiiinnnngggggggggggg..!!!!" hati aku merasa sedikit cemas dan panik.. lantas muncul kak siti, pembantuku dengan wajah yang manis memberitahuku.. "ok bah tu, diaorang buat fire drill harini, sal.."

oh, fire drill rupanya.. ''ces, buat cuak aku jek, huhu.." dengan hati yang bengkek aku melangkah longlai ke tempat perhimpunan B di mana kawasan itu masih kosong tanpa ada makhluk lain selain kami yang sungguh patuh kepada peraturan dengan perasaan.."tipah tertipu, bang.."

haha.. tah pape entry aku hari ni.. berangan nak jadi penulis novel yang berbakat plak kali ni.. ala, tak kan korang xpenah ada rasa nak jadi penulis novel masa skolah2 dulu..? hehe.. Photobucket aku penah.. :p seingat aku la, kali pertama aku cuba (kononnya la) nak tulis2 novel ni masa darjah 4 ke 5 tak ingat plak.. masa tu siap ada buku tulis khas tu tulis cerita fiksyen tah pape.. haha.. aku lupa dah apa kisahnya.. yang aku ingat dalam tu ada penyanyi, ada penyiasat ngan ada pembunuh bersiri.. ngeh ngeh ngeh..

hari ni aku mengaplikasikanla pengaruh dari novel yang aku baca sekarang karya Faisal Tehrani tuk menceritakan tentang kat hospital aku ada fire drill.. Photobucket




ni ha gambo fire truck yang aku amik sebagai bukti..


ha abang2 bomba yang sedang berbincang apatah kat depan opis aku..

sekian, terima kasih..

enjoy..!

Tuesday, December 09, 2008

tika dan ketika

Jika kau merasa lemah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sisa-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika engkau menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sedang menghitung air matamu..

Jika engkau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terlalu berlalu begitu sahaja..Allah sedang menunggu bersama-samamu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefonmu.. Allah sentiasa berada di sampingmu..

Ketika engkau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguh-sungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya..

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau merasa jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik padamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur.. Allah telahpun memberkatimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan telah dipenuhi ketakjuban.. Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Oleh itu, ingatlah bahawa di mana kau berada atau kemana kau pergi.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..


jumpa kat mana tah xingat.. huhu..

Monday, December 08, 2008

selamat hari raya haji.. :)

9 pm : selain g beraya umah orang aku beraya gak kat shopping complex..Photobucket .. aku perasan banyak mata yang ekor aku.. mungkin pelik tengok aku lengkap ngan jubah ngan tudung ala mak arab wat apa kat shoping complex time2 raya ni.. "eh, apa tengok2 suka hati aku la nak jalan.. huhu.." (emo jap ;p) memang pun agak kagum aku.. xnampak orang lain yang pakai lengkap cam nak beraya kat situ.. amoi cina dressing sakan ramaila.. mungkin amik peluang cuti dereng kuar dating ramai2..

anyway.. i make an efford not to enter kedai kasut or kedai baju or kedai handbeg.. tapi aku terus meluru masuk kedai buku.. daaann hasilnya..
dapat 2 buku ni.. lalala.. Photobucket


dengan niat suci nak lengkapkan koleksi shopaholic aku



ha, yang ni free.. tajuknya be popular.. dalamnya hanya ketas2 kosong.. hehe.. ni dapat masa renew member kat popular tadi Photobucket

petang, sempat jugak aku wat carrot cake.. hehe.. dapat resipi dari blog fathin.. (thanks awok! Photobucket)


tapi xjadi sangat la.. rupanya buruk! dah nama xcukup bahan kan.. ginila rupanya..isk2.. xpelahkan.. don't judge a cake by it's look ok.. sedap tau nyum2.. suka2.. hehe.. (bunga2 kecik saja letak, belen wat muffin aritu..cute la konon.. ahaks!)

sambil2 tunggu ke dalam oven.. ke aku wat ni..


wat apa ek?? susun buku? hehe.. aku balut buku2 ni la.. ada kesempatan hari cuti.. (macam sabtu ahad xcuti kan??! ;p)

p/s : sambil update blog ni aku duk tgk cerita without a trace kat hallmark.. isk, dah 2 scene ciom mulut laki sama laki aku tgk minggu ni.. trauma aku.. huhu..

by the way, selamat hari raya aidiladha kawan2

Eid ul-Adha

Selamat menyambut hari raya korban.. semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yusof a.s dan Siti Hajar menjadi semangat dan inspirasi untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Beruntungnya mereka yang telah disampaikan seru menyambutnya di Rumah Allah.. sampaikanlah salam kepada Rasulullah dan berdoalah di Multazam kebaikan dunia dan akhirat..

semoga mendapat haji yang mabrur..


Ahad, 9 Zulhijjah 1429H -JUTAAN jemaah mengambil kesempatan beribadat di masjid Namira ketika melaksanakan ibadat wukuf di Arafah. (berita harian) ~ ramainya umat.. subhanallah

tengah2 browsing jumpa puisi ni..

Padang Arafah mencatat peristiwa.. pertemuan pertama adam dan hawa.. setelah berpisah 40 tahun..Angkara iblis dan syaitan durjana

Adam dicipta dari tanah.. hawa pula dari tulang rusuknya.. Ditiupkan ruh supaya sempurna.. itulah asal kejadian manusia

Adam dan Hawa insan bertaqwa.. hidup bersama di dalam syurga.. segala rahmat ALLAH memberikan.. setiap nikmat ALLAH disyukuri

Iblis dan syaitan merasa iri.. menggoda Hawa setiap hari..Termakan oleh Hawa.. Khuldi larangan.. ALLAH melihat dengan kemurkaan

Adam dan Hawa terpisah akhirnya.. hukuman ALLAH tak dapat disanggah.. tercampak mereka ke dunia nyata.. menangis keduanya menyesali diri

Bertahun lamanya mereka mencari.. mengharap dan menanti agar berjumpa.. keseorangan hawa tiada pembela.. adam merintih hatinya sedih

Pintu taubat masih terbuka.. Doa mereka dikabulkanNya.. Tertolong akhirnya adam dan hawa.. Di padang arafah detik bermula


adapted from arab families website

Sunday, December 07, 2008

messing up

i've been messing up a lot lately.. and i'm having hard time to say that i'm making mistakes.. because lots of the time i still see good in it.

as Izzie Stevens says, ( and i totally agree with her)

"Messing up…it’s what makes a person..
It’s how we learn.. Where we find joy..
The things you don’t plan for, things you never see coming…”

~~**~~

Say (O Muhammad) "O My slaves who have been prodigal to their own hurt! Despair not of the mercy of Allah, Who forgiveth all sins. Lo! He is the Forgiving, the Merciful"
(Sura Az-Zumar:53)

story book ~ tunggu teduh dulu

smalam aku start baca buku ni

Tajuk : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani

Penulis ni banyak terima anugerah sastera melalui buku2 nya.. yang terakhir ialah Penerima Anugerah Seni Negara 2006..

buku ni memang sastera habis! hampir kurang stamina aku membaca tuk chapter2 awal.. lama xbaca buku bahasa melayu sastera kut.. (ayat-ayat cinta kira bahasa indonesia kan..?!) ;p

aku belum habis lagi baca buku ni.. tapi aku tertarik tuk menulis sebab aku kagum dengan luasnya ilmu penulis dalam menanam pokok betik!! kisahnya ada dua rakan karib Salsabila ngan Teh Sofia mengusahakan ladang betik lepas diorang ni graduate. berbudi dengan tanah ni banyak dugaannya.. jadi awal pembuka cerita banyakla cerita masalah-masalah tenaman pokok betik diorang.. di samping kisah berebut kasih.. yang 2 perempuan berebutkan kasih lelaki yang satu, dan 2/3 lelaki berebutkan kasih perempuan yang satu..

Namun, seperti kata penulis dalam prolognya:

".., biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya,"

tak sampai 1/3 lagi aku membaca ni ilmu2 yang aku dapat.. hehe

~ saiz lubang tuk tanaman ialah 45 x 45 x 45 cm iaitu sistem tanaman 4 segi dan jarak 2.5 cm tuk semaian benihnya
~1 gm baja organik cukup tuk 1 lubang. letak triple super phosphate pun bagus gak
~ campur CIRP ngan tanah tuk pastikan dia ada perlindungan (perlindungan dari apa dia xtulis)
~ betik yang diorang tanam ni : Exotica, Exotica II dan Sekaki. (exotica kacukan sunrise solo ngan subang 6.. bunganya cepat, hasil 4 bulan skali.)
~ ph 6-6.5 tanah yang sesuai tuk tanam betik
~ betik ada 3 jantina : bunga jantan 10 stamen, bunga betina pistil besar, bunga hermaphrodite menghasilkan buah bujur panjang
~ metalaxyl dan phossetyl-A rawat penyakit akar reput pokok betik
~ cladosporium penyakit pokok ni, nampak bintik2 coklat pd daun tua dan berkerekot-- ubatnya racun kulat benomyl @ mancozeb dan cabaryl dan dimethoate
~ acaricide kelthane dan wettable sulphur ubat tuk penyakit daun bentuk rosette, daun terbakar dan buah muda warna perang
~ virus bentuk cincin maknanya pokok kena serang ngan aphiis gossypii dan aphis craccivore koch-- ubantnya racun malathion

banyak lagi tau ni.. huhu.. kalau rasa2 nak jadi usahawan/wati nak tanam betik.. ha, nilah buku yang best tuk baca.. tambahkan ilmu di dada... ikut review 2 orang yang dah khatam buku ni, diorang kata best.. tuan bukunya pun belum khatam lagi sebab dia kata slow sangat progress cerita dia mula2.. aku ni xlayak lagi bagi komen best ke xbest sebab xkhatam lagi.. isk2
p/s : buku ni dipinjam dari housemate tersayang.. Photobucket

Friday, December 05, 2008

update hari ni..

xde pape aku nak update arini.. hari yang malas aku nak g keja.. aku bangun kul 4.30am tadi g anta na ke epot.. ngantuk giler g keja.. aku sempat g wad buat audit! (bosan tul aku ngan ISO ni.. bleh tak aku nak telan smua checklist ni, pastu aku kata checklist aku kena makan orang.. pastu orang mesti xtanya dah.. betul x??!)

pc aku wat hal plak (dah smiggu dah kut), balik2 skrin dia jadi kuning2 diraja.. kalu dia nak berubah jadi kuning2 langsat ke kuning lembut2 salju ke xla aku rasa bengong sangat.. ni sakit mata aku.. pastu tetiba setiap 15-30 menet dia suh aku mintak tulis word yang senget2 yang besa derang bagi tuk clarify pepekebenda, kalau aku xtulis word tu dia kata nak shut down pc aku.. @$%$*&^?>!!! abg mad mie kata brontok.. haa BRONTOK!! haiyoo busan busan dan busan..! huhu

aku rasa rata2 skrang smua orng penah caci maki virus atau cacing yang slalu nak amik peluang bermaharajalela dalam komputer tu.. ada kawan aku pesan.. kalau xnak menda haram tu masuk dalam fail2 ko jangan buat keja sambil surf intenet.. sebagai contoh; ko tengah taip surat nak mintak bajet makan lebih sambil2 baca blog yang ko tulis sendiri.. (contohnya la sebab ni yang aku buat tadi..) dia kata cacing dari internet tu bleh merayap pegi fail ko.. ntah la aku tak tau.. yang aku tau, lepas ni tobat aku nak scan smua pendrive ke hapa yang masuk dalam muncung usb port aku..!(yang patut aku wat dari dulu *padan muka*) kengkawan, ingat aku akan scan dulu pendrive korang tu..! scann! ( tekankan huruf s dan c tu pada sebutan anda)

ish, tadi konon xde pape nak tulis.. ni dah panjang berjela..


k lah bye..

Thursday, December 04, 2008

ptk oh ptk..

at last ptk dah abis.. lalala

tempat aku amik exam.. Open University, KK

cinda setia menunggu.. cayang cinda..;)

to be continued..

dear gem..

cik celin mintak tolong si tuan gem belikan pasu a.k.a lampu tido tuk kawan cik celin yang nak kawin.. cik celin bagi upah 20% kat si tuan gem sebab dia kat gem yang mintak.. betul ke gem??

''gem ckp; blaja ngan cinda la nie..''

huhu.. cinda cakap dia xpenah pun ajar gem amik2 komisen atau demand lebih2 ni tau.. cinda ajar gem menda baik2 je.. cinda suh gem ikhlas buat keje.. cinda cakap lagi, dia kecik hati tau ngan gem dua tiga harini.. tapi skrang dia dah ok.. enjin cinda cepat sejuk sebab dia xsuka dendam2.. tapi ada masa2 enjin cinda masih lagi berderam bila kena start pepagi.. tapi dia ok, don't worry..

lagi cinda ucap terima kasih kat gem sebab bawak tuan dia jalan2 aritu.. pastu dia suruh tuan gem belikan dia rim jugak lepas dia tukar rim gem.. sebab cinda nak jugak cantik macam gem kat jalan raya.. hehe..

cinda kata lagi, dia suruh si tuan gem baiki kemek kat pintu gem tu.. sebab nampak ngat karat dan bughuk tul rupanya.. gem jangan marah tau cinda cakap mcam ni..

kalau gem marah dan xnak kawan cinda lepas ni, cinda mesti sedih.. tapi xpe, cinda ramai kawan jugak.. cinda ada che kiah fadh, sayang mie, anak ikan kelisa sarroung, ogy the cute myvi ateng ngan gengster sab jadi kawan cinda.. diorang baik, selalu bawak cinda kawan2.. slalu pujuk2 enjin cinda..

gem jaga diri baik2 tau sebab cinda xtau brape lama lagi cinda bleh ada tuk kwan2 ngan gem.. sampai masa nanti cinda tau, cinda dah xboleh nak sembang2 ngan gem cam ni dah.. isk2

till next time.. bubye..

lagu jiwang

6.00 pm : pepetang ni duk tengok muzik2.. 3 antara lagu jiwang karat yang aku suka masuk semi final..!!


MusicPlaylist


tiga2 bebudak ni smua dari AF..! boleh tahan gak diorang ni.. i'm very proud of u'olls n good luck!! ;p

nota kaki : kalu nak dengar lagu2 ni, don't forget to hit the pause button mixpod yang lagi satu kat sbelah tu.. :)

canon eos 450d rocks..!

haha.. aku amik kesempatan harini jadi photographer xrasmi hospital harini.. ngeh ngeh ngeh.. poyo jek.. ;p

puas hati gak la amik gambar testing sana sni.. sampai derang tanya, aku ni fotografer hospital ke? aku bagi senyuman yang paling manis seraya berkata.. " tidak la.. saja2 minat".. hehe

kan best kalau ada dslr sendiri.. isk2

p/s : PKK tawau datang melawat 5s harini.. kitaorg bawak tempat2 yang paling rajin maintain 5s.. huhu.. tempat aku ni, nak buat je rajin dan semangat smua.. tapi maintainance hampeh.. terutama bilik aku.. ahaks!

5s ni bagi sesapa yang ada OCD bagus la.. biar makin menjadi2 OCD tu praktik 5s.. ;p tuk yang santai cam aku.. bahaya.. nak kena audit baru kelam kabut.. isk2

Wednesday, December 03, 2008

daughtry and me..

I try to see the good in life.
But good things in life are hard to find..
I'll blow it away, blow it away
Can we make this something good?
Yeah yeah
This love is killing me
But you're the only one
It's not over.
-it's not over-

I'm slowly getting closure..
I guess it's really over..
I'm finally getting better..
And now I'm picking up the pieces..
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.
-over you-

I'm not running from..
No, I think you got me all wrong..
I don't regret this life I choose for me..
But these places and these faces are getting old,
So I'm going home..
Well I'm going home..
-home-

At last dapat jugak beli cd chris daughtry.. beli masa teman sab cari cd tuk audition 1 in a million kat Kenyalang Park, Kuching.. banyak2 tempat kat mesia ni, kat kuching aku beli.. huhu.. kat atas antara rangkap-rangkap lagu yang aku suka.. aku jarang suka suara rock serak2 basah ni.. tapi ngan suara dia ni aku jatuh cinta dari american idol lagi.. lagu yang best aku suka dan slalu main kat radio gak: it's not over, over you and home.. Photobucket ( kuat aku melalak dalam keta skrang.. hehe.. gud technique to pick up my mood nowadays)

masa kat kenyalang park ni aku ada rembat 2 lagi dvd.. hehe..
1. harry potter colection.. 2. grey's anatomy complete season 4
tapi malangnya nasibku.. dvd harry potter langsung xleh bukak dan dvd grey's aku, dvd 2 dia ulang balik dvd 1.. huhu sedihnya aku.. (tulah sape suruh malas nak test kat kedai!! *tung2* tepuk dahi) nasibla harganya xsemahal mana.. kalu tak mau tensen xsudah ni.. isk2