Ketika engkau menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sedang menghitung air matamu..
Jika engkau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terlalu berlalu begitu sahaja..Allah sedang menunggu bersama-samamu..
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefonmu.. Allah sentiasa berada di sampingmu..
Ketika engkau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguh-sungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya..
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau merasa jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik padamu..
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur.. Allah telahpun memberkatimu..
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan telah dipenuhi ketakjuban.. Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Oleh itu, ingatlah bahawa di mana kau berada atau kemana kau pergi.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..
jumpa kat mana tah xingat.. huhu..
No comments:
Post a Comment