Tajuk : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani
Penulis ni banyak terima anugerah sastera melalui buku2 nya.. yang terakhir ialah Penerima Anugerah Seni Negara 2006..
buku ni memang sastera habis! hampir kurang stamina aku membaca tuk chapter2 awal.. lama xbaca buku bahasa melayu sastera kut.. (ayat-ayat cinta kira bahasa indonesia kan..?!) ;p
aku belum habis lagi baca buku ni.. tapi aku tertarik tuk menulis sebab aku kagum dengan luasnya ilmu penulis dalam menanam pokok betik!! kisahnya ada dua rakan karib Salsabila ngan Teh Sofia mengusahakan ladang betik lepas diorang ni graduate. berbudi dengan tanah ni banyak dugaannya.. jadi awal pembuka cerita banyakla cerita masalah-masalah tenaman pokok betik diorang.. di samping kisah berebut kasih.. yang 2 perempuan berebutkan kasih lelaki yang satu, dan 2/3 lelaki berebutkan kasih perempuan yang satu..
Namun, seperti kata penulis dalam prolognya:
".., biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya,"
tak sampai 1/3 lagi aku membaca ni ilmu2 yang aku dapat.. hehe
~ saiz lubang tuk tanaman ialah 45 x 45 x 45 cm iaitu sistem tanaman 4 segi dan jarak 2.5 cm tuk semaian benihnya
~1 gm baja organik cukup tuk 1 lubang. letak triple super phosphate pun bagus gak
~ campur CIRP ngan tanah tuk pastikan dia ada perlindungan (perlindungan dari apa dia xtulis)
~ betik yang diorang tanam ni : Exotica, Exotica II dan Sekaki. (exotica kacukan sunrise solo ngan subang 6.. bunganya cepat, hasil 4 bulan skali.)
~ ph 6-6.5 tanah yang sesuai tuk tanam betik
~ betik ada 3 jantina : bunga jantan 10 stamen, bunga betina pistil besar, bunga hermaphrodite menghasilkan buah bujur panjang
~ metalaxyl dan phossetyl-A rawat penyakit akar reput pokok betik
~ cladosporium penyakit pokok ni, nampak bintik2 coklat pd daun tua dan berkerekot-- ubatnya racun kulat benomyl @ mancozeb dan cabaryl dan dimethoate
~ acaricide kelthane dan wettable sulphur ubat tuk penyakit daun bentuk rosette, daun terbakar dan buah muda warna perang
~ virus bentuk cincin maknanya pokok kena serang ngan aphiis gossypii dan aphis craccivore koch-- ubantnya racun malathion
banyak lagi tau ni.. huhu.. kalau rasa2 nak jadi usahawan/wati nak tanam betik.. ha, nilah buku yang best tuk baca.. tambahkan ilmu di dada... ikut review 2 orang yang dah khatam buku ni, diorang kata best.. tuan bukunya pun belum khatam lagi sebab dia kata slow sangat progress cerita dia mula2.. aku ni xlayak lagi bagi komen best ke xbest sebab xkhatam lagi.. isk2
2 comments:
rajinnya baca buku...
huhuhuhu...
pasni bleh la tanam betik plak...
haha.. suka jek baca buku, dari xde wat keja menda.. kalau ada tanam betik tu boleh la tgk2 kan betik yang dah berbunga ke yang dah bebuah ke.. tapi xde.. huhu.. kalau aku nak wat pojek betik aku ajak ko la jadi partner la aku..hehe.. leh??
Post a Comment