Pages

Thursday, October 27, 2011

seoul, here i come..


sebelum cerita yang indah2 nak cerita dulu yang ni..

alkisah hari sebelum bertolak tetiba kena keracunan makanan.. sakit perut, muntah2, diarea semua lengkap.. lepas tu selamat.. lembek!! lemah longlai.. huhu.. camane nak angkat beg ni?! Berat tau beg.. Bawak backpack walaupun tak sampai 10kg~ kalau dah tak larat sekilo pun berkira.. Huhu.. Masa tu bersyukurnya kat airport wujudnya alat nama troli.. Tgah sakit2 tu ada gak terlintas tak nak pegi sebab sangat tak larat.. tapi mengingatkan tempat nak pegi ni cantik dan dah jadi igauan selama setahun lamanya, dikuatkanlah jugak fizikal dan mental.. tawakkal je.. insya Allah..


Nasib ada amir ikut naik flight sekali.. amir ni kawan fairus dari indonesia.. jumpa kat lcct.. pastu dia dengan baik hatinya bagi seat- amir check in awal jadi dia dapat seat depan.. Aku check in lambat, jadi dapat seat belakang.. Jadi baiknya dia aku rasa (seatnya di isle tukar dengan aku yang seat tengah~ supaya senang nak p toilet) syahdu betul.. dia siap bagi sarung tangan dia sebab dia kesian tengok aku kesejukan dalam flight tu.. dia kata aku nampak pucat.. tapi aku syak lampu kabin yang ala2 romantik bilik tidur..

bila dipikir balik, perasaan sejuk dalam flight tu memang luar biasa.. mungkin sebab tempreture badan dah naik.. hmm memang pun, sampai ke airport Incheon kena tahan kat kaunter screening body heat.. -demam- suhu 37.8.. tak la tinggi sangat.. payah betul nak explain pakcik tu yang aku kena food poisoining.. adehh.. malu tak sah cakap la.. langsung tak angkat muka tengok orang lalu lalang.. dah la duk sebelah bunting h1n1.. haru betul..

lepas dia amik tempreture n details, lepas tu dia bagi flyers bagi tau kalau deman tak surut2, sila pegi hospital.. baru dia lepaskan kitaorang.. isk2..

syian fairus tunggu lama.. fairus dari beijing sampai awal lagi.. tunggu kitaorang kat arrival hall dekat sejam kut.. gambar ke hape ke 1 pun tak amik.. sebabnya sangat blur.. hati ingat katil je.. huhu..

begitulah kisah traumatik aku sampai ke seoul..
sekian..

No comments: