aku harap ni kali terakhir aku dapat call tuk tukar penempatan aku kat johor.. dari penempatan asal aku kat hsa,jb.. aku kena p hsi, jb jugak.. pastu aku kena p muo.. pastu call balik kata aku kena p hsi.. last2 smalam bos kat johor tu call suh aku p batu pahat plak.. hmm apa2 la labu.. mana2 p campak insya Allah aku hidup.. jadi arini aku sibuk urus nak cari umah sewa apa smua kat batu pahat tu..
sebelum ni aku dah mintak tolong ngan smua orang kat ceruk rantau johor tu.. almaklum la dah merata tempat derang letak aku kan.. kat muar aku mintak toling faulina.. kat jb, aku mintak tolong dengan kak dzai (dietitian sana yang dah nak pindah) last2 akt batu pahat lak.. ni nasib baik la ada iza.. walaupun iza orang muo.. ada jugak cousin dia keja batu pahat.. lega hati.. at least kalau tak dapat pun cari umah sementara waktu ni, boleh tumpang umah dia..
aku ni plan nak duk sorang.. sebabnya bila ada ahlil2 keluarga datang senang.. tak la susahkan housemate (kalu ada hosmate) kalau nak mintak mak abah tido umah..-- yelah kan xkan nak suh duk otel.. lagipun dengarnya sewanya tak semahal duk jb atau kl atau kk..
barang2 umah + cinda aku setel hari jumaat depan baru kena angkut.. orang kargo tu nak datang umah nak packingkan barang2 aku kat umah ni.. jadinya, tinggal aku kemaskan baju bajan, buku2 dan pinggan mangkuk je la kut.. yang lain2 derang kata, derang akan tolong packingkan.. semua barang + cinda naik kapal kemungkinannya minggu selepas tu.. amik masa paling cepat 2 minggu.. hmm.. dah sampai sana kena la cari jalan tuk hidup tanpa barang2 umah untuk at least 2 minggu.. nak selamat kat mungkin sebulan la..
skrang aku masih lagi kat kk.. minggu lepas p btn kat kundasang.. perasaan sayang ngan sedih nak tinggalkan sabah ni dah terasa sangat dah.. yelah mana tak nye.. nak dekat 7 tahun duk sini.. rindu beb.. huhu.. emm sajala kan suh aku p btn kat kundasang tu supaya aku merasa duk kundasang tu 5 hari berturut.. bangun pagi dengan sejuk2 sampai ke tulang kering.. -nak mandi pun xlalu.. pastu saja la kan jugak nak suh aku tetiap pagi aku renung gunung kinabalu tu yang memang dekat (sangat) dengan kem tu.. pemandangan yang amat jelas dan nyata gitu.. saja je lan jugak nak suh aku jumpa ngan kawan2 satu sabah, nak suh depa crita tempat2 kat sabah ni yang pernah dan belum sempat aku lawat.. wahh semua ni meruntun jiwa aku.. isk2..
aku harap minggu terakhir aku kat sini bukanlah hari terakhir aku kat sini.. hmm paham ke maksudnya tu.. aku maksudkan, len kali aku nak lagi datang sini.. mungkin tuk berjalan2 la kut insya Allah.. namun, sesungguhnya berjalan2 itu lain rasanya berbanding bermautautin di sini.. sekian..
5 comments:
awok.. selamat memindahkan diri.. hijrah ke tempat baru..
tima kasih awok.. :)
awok, selamat pulang...!
trima kaseh awok.. harap slamat smua.. :)
ayat ayat terakhir mu itu juga meruntun hati & perasaan ku.. T__T
Post a Comment