jadilah ia sebagai projek hujung minggu dengan adik tersayang sempena cuti thaipusam..
ini resipi yang dengan bahasa saya.. sambil buat sambil mengingat sebabnya sangat sukaaa.. hehe.. enjoy.. (>.<)/
Resipi Cream Puff
bahan-bahan:
1 cawan air
100 gm butter
cara membuatnya:
1. Panaskan oven 200C. lapik tray pembakar tu dengan parchment paper (kertas minyak kata adik kat kedai kek tu )
2. Potong butter kecik2. pastu masak butter tu dengan air dalam periuk/kuali sampai mendidih.
3. Alihkan dari api, masukkan tepung sekaligus dan kacau dengan agresifnya dengan sudu kayu sampai bercampur smua. lepas tu, letak balik atas api dengan api yang sederhana kecil, kacau sampai nampak macam adunan ala2 membulat dan tak melekat kat periuk.
4. Tutup api, kemudian transfer doh tadi dalam mixer, kacau dengan kelajuan slow. agak2 dah sejuk sikit, masukkan telur dan telur putih. kacau sampai dia blend. adunan siapp!!
5. adunan ni agak lembut dan melekit tapi masih boleh membentuk. masukkan doh ni dalam piping beg atau beg plastik biasa pun boleh (gunting hujung lubang dalam 1cm besar). bentukkan doh atas kertas minyak dulang pembakar. doh ni akan kembang jadi buat jauh2 sikit.. :)
6. bakar pada suhu 200C dalam 20-30 minit sampai dia ada nampak kuning2. bila dah masak, guna pisau cucuk bahagian tepi bawah tuk masukkan kastad nanti. (kastad ni saya letak dalam piping beg. kalau takde piping beg, potong 2 je - lepas tu letak kastad macam yang jual kat kedai.)
sedang masak dalam oven :)
7. lepas tu, masukkan balik dalam oven dan biar dia kering dalam over dalam 5-10 min. (takleh lama2 sangat nanti dia kering sangat). masa ni buka pintu oven sikit tuk pengudaraan.
puff yang tergolek tengah mengering dalam oven :)
untuk kastad
1/2 cawan gula
5 sudu besar tepung
1/4 sudu kecil garam
2 biji telur kuning (dipukul)
2 cawan susu 1/2 sudu kecil esen vanila
cara membuatnya:
1. panaskan periuk, satukan gula dan tepung. kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil kacau. sebab tak nak berketul. masukkan garam. masak dengan api sederhana/kecil hingga mendidih.2. ambil sedikit adunan dalam periuk yang panas tadi, masukkan dalam bekas telur kuning yang dipukul. kacau dengan sebati kemudian masukkan kuning telur tu dalam periuk. dan sentiasa kacau. possibility kastad ni berketul adalah tinggi kalau tak kacau. jadi kacaulah! :)
3. masak sampai nampak dia berbuih. tutup api. bleh cover dan masuk dalam peti ais kalau nak.
ni yang belum letak filling dia.. puff dia akan kosong di dalam. jadi yang suka letak banyak2, letak la banyak ye.. hehe.. besar2 camni, 1 adunan bleh dapat dalam 60 biji..
dalam kastad dia saya letak jus oren sikit sbagai perasa dan bau wangi.. hasilnya sangat memberansangkan.. sangat sedap.. kurang rasa muaknya.. tapi masalahnya bila kurang muak.. makan banyak la pulak.. huhu
sekian.
2 comments:
Ya Allah!!! kau tau tak, cream puff ni favorite kuih aku?? huhuuhuhuu
kat Perlis susah nak jumpa, kat Kelantan berlambak, so kalau balik Kelantan, confirm aku belasah kuih ni! huhu
Mahuuuu!!!
yeke..
tak tau aku..
sila2 membuatnya...
rasanya terang dan jelas resipi aku bagi.. :)
Post a Comment