Saturday, February 05, 2011
muffin banana
ni muffin favourite saya.. sangat senang membuatnya.. nak kena rajin lenyek pisang je.. :) ni resipinya yang selalu saya buat - ayak siap2 tepung, serbuk penaik dan baking soda (dan serbuk kayu manis kalau suka -saya sangat suka!!) lepas tu simpan.. bila nak pakai.. amik je, tak yah pikir2 nak susah ayak tepung ke apa.. :)
bahan-bahannya :
3-4 biji pisang
1 1/2 cawan tepung
1 tsp baking soda
1 tsp serbuk penaik
1 tsp serbuk kayu manis
1/2 cawan gula
1/3 cawan mentega/ marjerin dicairkan
1 biji telur (dipukul)
cara membuatnya:
1. lenyek pisang macam nak buat cekodok. campur dengan gula dan majerin yang cair.
2. lepastu masukkan tepung, baking soda, sebuk penaik yang dah diayak. kacau.
3. letak dalam cawam muffin dan bakar - suhu 180c, 15-20min (kalau besar2 cam saya buat)
4. langkah terakhir adalah.... makan!! yeaayy.. :)
hmm yummy..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment