hari ni hari fairus demam..
balik dari nami island hari sebelum,sampai guesthouse mungkin dalam pukul 4-5 petang macam tu.. memang tak pegi mana-mana.. patutnya kalau larat boleh je p lepak myeongdong ke.. insadong ke.. tapi sebab badan dah penat, hati memang ingat katil je.. walaupun demam dah kebah, tp cam xbrape nak larat sangat.. rasanya mungkin dah tua kut.. isk2.. dulu stakat jalan 4-5 jam tu, kacang je.. jalan seharian baru kelasss.. skarang ni, 5 jam maksimun berjalan, mesti kena rehat.. lepak dulu barang sejam, baru syok continue jalan..
so, hasilnya balik dari nami island, balik la kami ke guesthouse berehat..
keesokan harinya, fairus demam.. kesian plak tengok.. mungkin hari2 berjalan sorang kat beijing baru terasa kesan dia.. dah ada kawan.. dah rasa badan boleh relax.. baru la dia nak sakit.. tak pun tetiba kena angin sejuk seoul (~walaupun time ni tak brape nak sejuk lagi).. jadi tak nak membuang masa, aku kena lah berjalan-jalan sendiri harini.. aja aja fighting..!
plan : bukchon hanok village and namsan tower
bertolak dari guesthouse dah lebih jam 10 pagi.. terjumpa amir kat depan guesthouse.. dia nak p stadium time tu rasanya.. tak ingat dah.. ada la jugak tanya dia camane nak p hanok village tu sebab dia dah pegi hari sebelumnya.. sembang sikit tu ini - aku pun teruskan perjalanan menuju hyehwa subway station..
my bukchon hanok village route from guesthouse..
subway : Hyehwa (line 4) - tranfer line 3 at Chungmuro - Anguk Station (Line 3), keluar Exit 2
time : 18 min - 6 station
direction : Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village (visitkorea.com)
selepas keluar dari pintu 2, pusing kiri kanan memang tak de signboard tulis hanok village ke apa ke.. so tanya la ada couple yang sedang sibuk bertalipon kat depan pintu tu.. dia tunjuk jalan ke kiri. (~ keluar je pintu - ke kiri).. jalan, jalan dan jalan.. mungkin betul la 300m.. jumpa tourist information booth.. wah sangat happy.. yippee... hehe.. walau pun tak masuk - sebab ramai sangat orang kat situ.. amik la peta english kat depan kaunter dia..
lepas tu jalan la terus, singgah lagi tanya girl dalam family mart.. eh, comel budak ni.. tinggiii..! tapi comel :).. owh btw, fairus kata average tinggi perempuan muda kat sana 165cm. lelaki 176cm.. aku: whooaaah.. tinggi tuu.. dengan senyuman dan muka innocent konon-konon sesat tanya la dia ; ''yongo halsu isseoyo?.''- boleh cakap english? dengan muka bersalah dia duk ... errrr.. dengan tunjuk tangan yang aku rasa maksud dia ada apa masalah ke? pastu aku tanyala - ''hanok maum odiro kayo?'' - nak p hanok village lalu mana ye? - dia pun bagitau, terus sampai sampai farmasi sebelah kanan pastu sebelah kiri jalan ada tanda kuning ( ~ke hijau.. eh lupa laa) masuk lorong tu terus je.. hmm direction dia bagi tu memang betul sebabnya ramai tourist dan budak2 skolah kuar masuk lorong tu.. dengan kebetulan terjumpa ada dua guide perempuan turun bukit.. apalagi amik peluang tanya yang aku sebenarnya kat mana.. tunjuk peta dia siap tanda tempat aku skrang..
hehe.. hati dah happy aku sedang menuju jalan yang lurus.. haha.. tapi kawasan ni berbukit2.. so jalanla ikut la mana diorang2 ni jalan.. sebab kawasan ni hampir semua orang datang visit je.. jarang nak jumpa yang betul tinggal kat sini..
bukhon hanok village ni terletak dekat dengan kawasan tourist lain - presidental resident, gyeongbokgung palace, jongmyo shrine.. mungkin dulu-dulu ramai pegawai2 istana duduk sini.. ada lagi hanok village lain kat seoul, tapi aku insist nak pegi sini sebabnya sebelumnya duk tengok dalam 2days 1night kat kbs, si jongmin jalan dan amik gambar kat 8 spot photoshot.. dalam peta ada siap location 8 spot yang dah dikenalpasti best amik gambar..
next time datang sini nak amik semua gambar kat 8 spot ni.. actually dah ada pun walking tour bagi nak mudah kita berjalan.. http://www.hanokgirl.net/index.html disebabkan aku tak study seoul sangat betul2 jadi.. waktu ni tak tau.. huhu..
lunch : hmm disebabkan jalan sorang, takde selera nak makan sungguh2.. tapi perut dah berkeroncong.. tetiba terserempak ngan kedai jual hodduk.. ala2 pancake kecik, goreng dalam minyak.. uli tepung, inti gula merah, seseme seed, (atau perisa lain yang nak - biasanya manis) - penyek atas kuali rata - (dah pernah buat sendiri hodduk ni, tu yang eager nak rasa original hodduk ~ hmm rasa lebih kurang ngan yang aku buat..hihi) - hodduk yang terjumpa ni perasa green tea.. owh,, sedaaap..
dalam village ni ada beberapa guesthouse.. cantik tempat dia.. satu hari nanti teringin nak duk sini.. tapi bila memikirkan tempat ni berbukit bukau, dan mungkin beg digalas mungkin berat.. jadi kalau nak duk sini kena la cari jalan supaya, datang selai sepinggang bawak apa yang patut je.. :)
dalam village ni ada beberapa guesthouse.. cantik tempat dia.. satu hari nanti teringin nak duk sini.. tapi bila memikirkan tempat ni berbukit bukau, dan mungkin beg digalas mungkin berat.. jadi kalau nak duk sini kena la cari jalan supaya, datang selai sepinggang bawak apa yang patut je.. :)
sempat jumpa 2 je spot amik gambar.. dah nak kul 4.. nak kena gerak dah dari sini kalau plan nak tgk sunset kat namsan tower..
la keluar dari hanok village ke jalan besar.. banyak kedai2, cafe kat sini.. sepanjang jalan sini ada shuttle bus nak ke stesen subway.. tapi aku insist nak jalan sebab tau tak jauh sangat.. so terusla jalan ikut peta.. akhirnya sampai ke president nya rumah.. sebelahnya pintu blakang gyeongbokgung palace.. subway station kat pintu depan palace ni.. masuk pintu blakang palace ada museum - so masuk dulu tengok2 apa yang ada.. hmm memang museum la kan - penuh ngan kenangan2 orang korea zaman2 dulu - dia tunjuk dari dulu sampai skrang perkembangan negara dia cakap pasal perang, raja2 n all..
lepas tu ada 2 choice nak p subway - lalu luar dan lalu dalam.. aku pilih lalu dalam.. silap aku lalu kat dalam - sebabnya aku sesat!! sesat dalam istana besar tu.. istana paling besar korea~.. of course la kawasan dia sangat luas.. hmm penat pusing2 dan menikmati apa yang ada.. akhirnya berjumpa dengan tasik ni.. tasik ni mungkin berada kat tengah2 istana.. wahh ini dah tak silap.. hehe.. amik gambar segala kat sini.. tengok orang berdating kat padang sebelah tasik.. hehe.. puas hati.. tapi kaki dah sakit.. camane ni?? jam pun dah nak kul 5.. magrib kat sini dalam kul 5.30-5.40pm.. jadi rasa cam tak sempat je.. nak mencari tempat naik bas lagi.. walau pun tau tempat tu.. belum tentu straight jumpa.. dah jalan sorang ni.. allowence sesat adalah 1/2 jam.. :)
so setelah timbang tara dibuat.. aku mengambil keputusan tuk tangguhkan dulu untuk ke namsan tower.. jadi amik subway balik hyehwa..
subway route to go home : Gyeongbokgung (line3) - transfer at line 4 at Chungmuro - Hyehwa (line 4), exit 4.. jangan salah exit, kang ada jalan berkilo2 sebab sesat.. :) running time : 21 min, 7 stations.
2 comments:
dear,u stay kat inside backpackers ek?hehehe
time ni stay kat windroad guesthouse.. depan inside backpacker..:)
Post a Comment