Pages

Thursday, May 17, 2012

craving for.. sageuk..

sageuk? apa itu?
(pronouce as sa-gek : e tu bunyi 'e' dalam ter, atau kalau slang orang seoul dia jadi saguk dan 'g' ada qalqallah sikit..

sageuk ni nama genre cerita.. genre cerita yang berteraskan sejarah.. memandangkan sekarang sangat suka tengok cerita zaman tok kadok ni.. cerita baru2 ni yang rasa wajib tengok je tengok.. ni list sageuk yang diwayangkan dengan laptop selama beberapa bulan ni mengikut turutan penayangan.. dan of course mendonlod semua cerita kecuali dae jang geum yang telah memakan hard disk aku sebanyak 81.4gb.. huhu..

1. deep rooted tree - 24 ep
2. worrior baek dong su - 29 ep
3. chuno - 24 ep
4. princess man - 24 ep
 5. dong yi - 60 ep
6. the moon embraces the sun - 20 ep
7. dae jang geum - 54 ep
8. yi san - 77 ep
9. iljimae - 20 ep
10. strongest chil woo - 20 ep
11. queen seon duk - 62 ep

dolu2 cerita tema ni memang sebelah mata pun heran.. asal je kalau kat tv ada cerita ni cepat2 tukar.. sebabnya hmm ntah tak tau laa.. startnya tengok dengan deep rooted tree.. sebabnya ada song jung ki.. minat habis la konon.. hehe padahal awal2 je dia ada..

ni sedikit sebanyak apa yang aku ingat bila tengok cerita2 ni..

deep rooted tree (2012)
ada song jung ki *fan girl mode*.. sesiapa yang sedang atau berminat nak belajar hangeul - bahasa korea.. sila la tengok cerita ni.. dia mengisahkan susah payah king sejong - king yang tugunya ada kat tengah2 bandar seoul- gwanhamun depan gyengbokgung palace - mencipta n introduce tulisan hangul.. sebelum tulisan hangul ni dicipta, zaman joseon ni pakai tulisan cina yang tak semua rakyatnya pandai baca.. atau sekarang derang panggil hanja.. memang buta huruf habis la rakyat jelata dia masa tu.. jadi dengan cita2 nak rakyatnya celik huruf - yang mana masa tu memang tak tak terbayang pun semua orang boleh baca macam kita skrang -.... watak favourite: of course rajanya.. king sejong dan hero jang hyuk :  kagum tengok berlakon watak yang miserable dan selekeh2 ni.. sangat real..

worrior baek dong su (2011)
baek dong su is one of my favourite.. kenapa? sebab dia bestlaa!! hihi.. dan ada yoo seung ho dan ji ki wook
disebabkan cerita ni la minat ngan dia yang bernama yoo seung ho.. *watch almost all of his drama/ movie ;p * tapi yang best cerita ni adalah plot cerita yang kuat dan martial art diaa.. fuuhhh logik dan hebat.. baek dong su ni memang pahlawan betul masa zaman joseon dulu.. bodyguard raja dia masa tu, anak prince sado- king jeonjo.. dan author buku martial art yang glamer dari zaman dia.. hmm aku sebut prince sado ni, sebab dia ni sangat glamer dalam cerita2 adaptasi zaman lampau ni.. nanti aku cerita kenapa..

jambu tak dia ni.. hehe - yoo seung ho
jadi cerita ni kisah baek dong su dengan kawannya yeo un.. nampak cerita ni macam konflik  hitam putih.. bds - walau yatim piatu tapi hidup dengan gembira happy dengan penuh kasih sayang semua.. yeo un plak, dari kecik memang tak pernah happy sebab bapak dia percaya yang dia lahir bawah bintang jahat apa tah, dari kecik bapak dia duk dera tak abis2.. nak jadikan cerita depe ni membesar bersama2.. sampai jadi bodyguard prince sado dan akhirnya yeo un keluarla kaler sebenarnya.. apa yang best ceritanya, walaupun nampak heavy tapi hilang stress menengok cerita ni.. character bds yang tah apa2 dan yeo un yang lawa *sila cuci mata*.. banyak part2 yang klakar terutama masa derang membesar.. kalau tetiba bosan je xde apa nak buat duk ulang part yang best cerita ni.. huhu..


panjang pula menulisnya ni.. sebab aku memang sangat attach ngan cerita ni.. rekod cerita nangis sebaldi.. huhu.. kesan mendalam tu.. 2-3 hari teringat2 lagi cerita ni.. sedih sebab jalan cerita memang mengikut lunas2 cerita sageuk dengan lurus.. -di mana sape mati sape hidup memang boleh tau.. dah teringat ni sedih la pulakk.. (over tau!!)

bintang di hati -- 5 bintang!!!

chuno - slave hunter
cerita tak banyak yang nak aku cerita.. hmm sebab aku kurang minat sikit tengok.. chuno mengisahkan seorang lelaki yang jadi tukang tangkap nobi (hamba) yang lari dari tuannya dengan hasrat nak cari awek dia masa dia muda2 dulu.. baju2 dalam cerita ni memang agak selekeh sebab nak tunjukkan camane derang ni hidup di kalangan rakyat jelata.. kalau sape2 suka tengok lelaki gagah perkasa pakai baju carik nampak la seksi kut.. huhu.. tak de watak raja ke apa.. mungkin ni sebab utama aku kureng sikit cerita ni.. endingnya puunnn alahai.. menitik jugakla air mata sedas 2, tp aduuiii apa buat ending camni?!! tak bestnya.. heroin dia banyak kena kritik.. dan semua kritikannya semua aku stuju.. terutama bab baju sangat bersih walaupun lari ke hulur ke hilir.. akhir sekali cerita ni juga mengikut lunas2 cerita saguek dengan lurus.. character yang paling complicated memang tak panjang umurnya.. haa, hero dia jang hyuk.. dia jugak yang hero no 2 lepas raja dalam cerita deep rooted tree. slave hunter 3 bintang.. 



princess man
apa nak cakap eh pasal cerita ni.. hmm cerita ni ada ramai kipas-susah-mati.. untuk aku.. aku bagi 3 1/2 bintang.. minatnya kurang di sini..


dong yi
aku kipas susah mati cerita  ni.. cerita wajib tengok ok.. dulu2 sape yang pernah tengok dae jang geum -cerita tukang masak istana, naik pangkat jadi doktor raja - kena tengok cerita ni.. sebab pengarahnya pengarah yang sama.. hero ji jin hee jadi raja dan han hyo joo heroinnya.. raja dalam cerita ni memang sangat cute.. jatuh cinta dengan orang dayang istana namanya dong yi.. dong yi jadi gundik raja dapat anak dengan raja..

raja, dong yi, ngan anak dia memang watak real life.. anak dong yi akan jadi raja dan dia lah bapak prince sado -yang keluar jugak dalam cerita baek dong su- yang kena tuduh treason (apa eh kut melayu?) kena kurung dalam kotak 4 segi yang biasa orang dolu2 letak beras.. prince sado ni aku agak mati kelaparan kut.. kesian kan.. lagi jelas cerita dia keluar kat cerita yi san.. yi san adalah anak prince sado..
kalau ada 5 bintang.. aku bagi 6..hehe.. *berjaya membuatkan adik aku addict skali tengok cerita ni.. hehe..


the moon that embraces the sun
ok, cerita ni paling lama nak aku habiskan.. aku bagi 4 bintang.. plot cerita best.. pelakon2 nya semua best.. dari yang kecik sampai la yang besar.. cuma aku tak favor sangat dengan han ga in jagi heroin.. moon kat sini dia rujuk pada queen/ puteri raja pasangan raja, sun kat sini dia rujuk pada raja tu lah.. ada unsur2 spriritual cerita ni.. ni first cerita yang aku tengok macamana zaman dolu2 main sihir bunuh2 orang.. huhu.. ha, baju2 dia cantik dalam cerita ni..


to be continued..


No comments: