Pages

Thursday, September 27, 2012

annyeong hassimikka.. korea trip part 1

또 보겠읍니다 *tto bogesseumida*~ we meet again.. :) akhirnya terlepas rindu sampai di bumi kpop ni.. *happy happy*

tepat jam 12 malam 28hb ogos aku check in bag masuk kargo kat lcct.. flight kul 1pagi..sampai incheon jam kul 8 pagi lebih (waktu korea awal sejam).. perjalanan 6 jam 30min sampai dengan agak lewat walaupun bertolak awal sehinggakan aku terkocoh-kocoh mengejar time boarding.. huhu.. staf situ bgtau orang sebelah sana di korea nun jauh suruh bertolak awal sebab cuaca yang xmenentu sebab tengah ribut..

sampai di Incheon hujan lebat.. touch down dengan selamatnya dengan 2-3kali cubaan abg pilot.. siap announce jangan risau minyak kapal tebam cukup walaupun kena landing kat jepun.. huhu.. masa ni tahap mabuk adalah serupa garisan biru lilo lukis tuk stitch tuk tunjuk kenakaln dia.. -warna biru dari kaki sampai dahi-

alhamdulillah sampai dengan selamat.. dengan sangkaan yang tepat masa sampai seoul, ribut tengah melanda.. turun bas sebelum apa2 mari kita beli payung.. harga payung 5000won.. -dah tinggal pun payung tu buat sedekah kat hostel- memandangkan aku dah pilih Hyehwa tuk jadi tempat tinggal aku masa kat seoul ni, senang la sikit nak maneuver jalan sebab tahun lepas datang pun tinggal kat sini..

*dari airport naik bas 6011, bagitau nak pegi sungkyunkwan scandal.. eh sungkyunkwan university harga tiket 10,000won.. hostel ada bagi kupon diskaun 1000k, so kalau ada kawan2 yang nak kupon tu sila comment saya dengan alamat email ye.. :)* **kalau rasa2 beg berat naik la bas, kalau bawak beg ala2 ringan kapas, naik la tren ada murah sikiit**

ribut yang melanda adalah dari typhoon diberi nama boloven.. *sila baca beloved-supaya kurang rasa ketakutan* syukur kat seoul xteruk..-tempt lain yang teruk- typhoon tu datang dari jepun, singgah korea sela
tan terus ke korea utara. huhu.. teruk xteruk pun semua berita kat tv tayang kemusnahan dari taufan ni.. dan aku terpaksa la check in hostel dan tido sepanjang hari.. hihi.. 

ada 2 tempat aku book masa tinggal kat hyehwa.. 1. seperti gambar di atas Inside Bacpackers 2. Windroad flower ke apa tah lupa plak nama penuh.. kalau tanya tahap keselesaan.. hmm dua2 pun selesa.. tapi kalau ada lebih sikit duit, duduk la kat inside pilih bilik duluxe sekali ngan bilik air.. tapi kalau rasa nak sangat bajet, untuk tempat tido, duk la kat windroad.. rega dia murah sikit.. ~ataupun ada ratus backpackr kat seoul tu.. silalah pilih mengikut kesukaan hati..

29hb ogos 2012
ok, hari pertama telah diam di bilik tanpa keluar ke mana2 kecuali pegi beli kimbab 3segi dengan banana uyu (milk) kesukaan.. hari kedua : hari kedua adalah hari ketibaan hcy dan rakan2.. owh lupa ek bagitau yang tujuan asal repeat tahun ni.. sebabnya tidak lain dan tidak bukan adalah membawa rakan2, sahabat handai, yang rapat, yang kenal mahupun yang baru kenal berjalan2.. ada 2 geng aku bawak kali ni.. geng 1: 8 hari -seoul-jeju-.. geng 2: 10hari -jeju-seoul-busan-gyeongju-seoul.. geng 1 akan sampai petang 29hb kul 430pm.. jadi aku ada masa dari pagi tuk cover tempat2 yang aku nak survey..

selepas mengisi perut, perkara pertama adalah mengusahakan prepaid simcard no korea.. setelah beberapa lama kajian dibuat, aku pilih tuk ke sk telekom global *stesen gwanghwamun line5 exit 2*

keluar exit 2, bangunannya sebelah kanan (..ke kiri.. xingat), papepun silalah melilau sedikit kerana seingat aku  berpusing 180 darjah tuk jumpa bangunan sk global tu... jadi masukla pintu pusing2 dia, tanya dia boleh kecek english ke x.. aku nak mohon prepaid.. lepas tu dia bagi no giliran.. duduk (atau berdiri) la di sekitar kaunter tu sebab dia akan panggil no dengan bentuk laungan dan dalam bahasa ibunda..- kalau faham boleh la tengok2 telefon yang ditayangkan di sekitar kaunter- akhirnya no aku dipanggil walau berdiri xsampai 5min.. mungkin kedai baru buka.. dia mintak passport.. okeh dah bagi passport.. ditelek2 passpot comey aku tu, dengan kerut2 muka, dia dengan muka hensem tu memberitahu, aku kena duk korea at least 3 hari baru dapat mohon prepaid.. aiseh nasib ko hens0em dik..apa boleh buatla kann.. aku pun keluar dengan penuh hampa..

tempat seterusnya.. Tosokchon.. sini serve samgyetang.. ayam yang dimasak dengan ginseng dan macam2.. kita melayu Islam tidak boleh makan ok.. ni bawak kawan2 non-muslim, ni tempat boleh dikategorikan sebagai wajib pegi..
ni dari note aku, malas nak taip balik.. ikut je direction confirm sampai.. xsampai, tanya la orang ramai ye.. tempat ni glamer

Gyeongbokgung Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2.
Go 200m straight on Jahamun-ro Street.
Turn left onto Jahamun-ro 5-gil Road.
Tosokchon is located 10m ahead on the left.
picture credit owner

next place: KTO (Korean Tourism Organisation) - for solat and pamplet and lots of asking can do here.. activities are on 3week of the month - happens to be on geng 2 sampai seoul.. :)

·             Jonggak Station (Subway Line 1), Exit #5
   Go straight for 3 minutes and cross over Cheonggyecheon Stream.
   After you cross, turn right down the street that runs parallel to Cheonggycheon.
   The KTO building is the second building on your left.
   * You will see a statue of the blue and red KTO logo out front.


lepas solat lepak kejap kat kto, lepas tu aku meneruskan perjalanan naik subway ke Incheon Airport.. memandangkan geng 2 akan sampai Incheon akan terus ke Gimpo airport tuk ke Jeju, maka aku singgah Gimpo airport tuk amik gambar2 mana yang patut tuk buat tutorial bergambar supaya senang derang tu nak jalan.. -sbenarnya takut miss flight- jadi ada jugak derang beramazing race kat sana..

sampai Incheon tunggu punya tunggu kul 6 baru nampak muka familiar. sorang je yang famil,iar.. yang 2 baru menghulurkan salam perkenalan kat ribut kalut orang ramai tunggu sanak saudara sampai..



No comments: