Pages

Wednesday, May 06, 2009

sipadan wonders! ~ part I

walau dah seminggu percutian mabul-sipadan-kapalai berlalu.. aku masih teringat ingat ke-best-an vacation kali ni.. gambar2 mungkin aku banyak post kat facebook atau flickers.. tengokla camane.. ni pun tak nyempat2 nak upload huhu..

anyway.. trip cuti-cuti mesia kali ni diikuti seramai 15 orang.. paling ramai la yang aku join sejak lawatan sambil blajar masa zaman skolah dulu.. hehe.. dibandingkan dengan bersuti tempat lain, hmm.. tak terbanding la.. sebab aku rasa cuti kat mana-mana pun akan ada perasaan yang best.. walau buruk camane pun tu setiap tempat mesti ada kelebihan masing.. betul tak?!


apa2 pun aku bersyukur sebab apa yang aku plan hampir semua terletak dan terjadi dengan lancar.. alhamdulillah.. tapi ada jugak 2 3 perkara yang agak mengecewakan aku.. yang paling besar adalah aku sangat terkilan dengan office resort derang kat tawau yang tertinggal nama sorang ahlil kitaorang yang last skali nak ikut g cuti2 ni.. sangat kecewa sebab bila dah nama tertinggal, permit yang resort hantar untuk g sipadan pun tertinggal la satu.. bayangkan semua 14 dapat pegi, sorang je yang tak dapat pegi.. aku yang kecewe.. rasa sangat bersalah.. (sori ye fendiii.!! isk2) nasib la tuan punya diri sangat cool orang ni.. kalau tak mau aku dimaki hamun tang2 tu jgak.. (yeke..? tak kut kan!?? huhu..)

terjuunn!!

sepanjang 4 hari 3 malam kat pulau mabul.. duduk di Sipadan Water Village.. amat mewah rasanya.. dengan bilik yang selesa, makan yang sedap2 belaka.. tempat terjun yang best, house reef pun agak bleh tahan la.. cuma package yang dia bagi limited tuk 1 free boat ride, makanya tambahan bot bayar lagi RM50..


senarai nama yang dapat permit g sipadan.. dia tulis kat board ni

gambar di atas ni smua baju2 untuk diving ngan kasut2 yang kena jemur lepas kena pakai.. kat diving centre (tempat yang mengurus segala aktiviti) ni ada lagi aktiviti lain yang boleh guest buat, seperti berkayak.. kayak dia nampak best.. transparent kayak dia.. jadi bleh la nampak dasar laut ke ikan2 berenang renang kat bawah tu.. ^_^


hari pertama seperti yang diingin2kan.. trip ke sipadan..! yeayy.. *so happy* --(bila tengok nama kat board naik.. hehe..).. walaupun trip ni memang khas dinamakan trip pi sipadan, sebenarnya belum tentu dapat p pulau sipadan tu.. skarang Sabah Park ( yang BERtanggungjawab menjaga pulau-pulau di sabah) ni dah berikan kouta 120 orang sehari yang boleh masuk perairan sipadan ni.. yang snorkling dan yang diving..



jadi, kat area pulau adik-beradik (mabul/kapalai dan semporna jugak kalau tak silap aku) ada 12 dive operator, kena la bahagi2.. satu dive operator (resort) dapat la 12 orang yang dapat pegi dan diberi permit.. kalau ada yang tak submit nama atau tak ramai yang nak pegi, tinggi la peluang orang2 lain yang dapat pegi.. permit plak kena bayar lagi RM40.. kalau yang xde permit masuk, derang akan halau kat situ2 jugak suh balik.. huhu..

snorkling pun kat sipadan ni ko dah rasa perasaan yang tergambar cantiknya.. nampak segala mala ikan yang cantik2.. siap nampak ikan baracuda.. (ikan lain aku tak tau nama apa) nampak lagi penyu adala la dekat sepuluh ekor.. dari yang kecik ngan ke la sebesar2 manusia.. *very very happy* .. (~ terkilan tak de kamera yang boleh bawak masuk dalam air.. huhu)

pagi g sipadan.. aktiviti petang, bila dah dibincang2 kami 9 orang wat discovery scuba dive (dsd).. cikgu yang mengajar orang jepun.. *grinning* namanya rika hinose san.. sebelum diberi peralatan dive apa smua.. rika san bagi dulu lecture.. lecture la bagi kenal alat, isyarat2 tangan apa smua.. dan menda2 yang patut buat tuk dapatkan sijil.. dah kami ramai terpaksala dia buat skit2 orang.. pengalaman baru bagi aku.. pengenalan tuk amik lesen diving akan datang.. mula2 ada rasa gerun jugak.. tapi bila dah lama dalam air tu.. rasa sangat best.. perasaan yang tak boleh digambarkan la.. *happy happy* ---owh, tuk dsd ni bayar lagi RM200.. huhu..

sensei dsd kami.. rika san

hujung dan hujung ~ rika san dan miss sandra (juga cekgu ;p)

breath in.. breath out.. fuuh fuuhh...

hari kedua plak, pegi trip pulau kapalai.. pulau ni kalau masa air pasang nampak macam duk kat tengah laut.. sebab smua tenggelam.. kecuali resort dia la..;p.. mula pegi la melawat resort dia.. dapat tag pelawat lagi.. ok gak resort dia.. cantik! siap ada piring astro lagi.. (kat resort kitorang, tv pun xde tau).. lepas dan buat lawatan dalam keadaan kering.. kami teruskan dengan lawatan dalam keadaan basah plak.. hehe.. apalagi.. aktiviti terjun la.. ;)

coral reef kat sini tak sebanyak kat sipadan (of course la kan! LOL) ada tempat yang coral dia banyak yang mati.. sedih aku tengok.. skarang (masa tu) baru aku faham kenapa orang sibuk nak jaga coral reef ni beria2.. sebab kan bila ko tengok banyak yang mati ngan musnah ni kan.. ko akan rasa sedih.. sebab apa sedih?? sebabnya bila dah tengok betapa cantik dan betapa banyak ikan dan hidupan lain yang bergantung ngan coral tu.. rasa cam sayangnya coral2 yang mati ni.. segala2 hidupan pun berhijrahla cari rumah baru kan.. jadi, bila dah tak de hidupan kawasan tu.. ko yang stakat pandai snorkling pakai gogle ngan life jaket ni nak tengok apa?? tengok pasiir?? huhu.. ( hehe emosi sket..)

happy.. ^_^

cetek, bersih dan cantik..~ pulau kapalai

photo credit : myself, mr ateng and mr azmeer.. (thanks u'olls ^O^)

4 comments:

atengbest said...

best2....
suka2.....

celine cute said...

hehe.. (^0^)/

sarroung said...

i wish i was there with youuuuuuuuuuu!!! T_T

celine cute said...

me too..!! nanti kita plan g sesama nak??!

hehe..