Pages

Friday, May 08, 2009

sipadan wonders part II - faces of mabul island


hari ketiga kat sana agak releks sket.. pagi subuh bangun dan kluar pegi tengok sunrise.. gambar sunrise nanti post kendian.. petangnya.. herman dan eva arrangekan kami tuk pegi pulau mabul jalan2.. sampai pulau mabul, main dulu volleyball.. lawan sama2 sendiri ngan lawan sama staff resort..
punya beria2 main semua orang balik dengan lebam kaki tangan badan smua.. huhu

jalan2 kat pulau ni sempat lagi singgah umah adik ni tengok umah dia.. blakang dapur umah dia memang terus nampak laut lepas..

cuba teka apa isi plastik aiskrim yang bergantungan ni.. ;p
dari kiri : cuka, soflan, gula, sambal, kicap, cuka dan minyak.. semua dijual dengan rega 20 sen satu.. (hihi...)

hallo... nice to meet you.. ^o^

satu2nya kedai burger kat pulau ni.. bukak sampai tengah malam..

rumah ni cantik kalau dibandingkan dengan rumah2 lain kat sini.. kaum terbesar yang tinggal kat pulau ni adalah bajau laut dan suluk.. ni rumah orang bajau laut..

pakcik2 lepak petang2..

anak2 muda pulau pun lepak gak.. hiburan utama kat pulau ni ialah menyanyi.. mana2 tempat derang ni lepak mesti nampak ada gitar..

hai dik.. senyum2 akak nak amik gambar.. ^_0
adik pompuan yang kecik tu nama era fazira.. hehe

banyak umah orang bajau laut kat sini duduk atas air.. ni on the way p kedai.. kedai ni baru jadi memang cantik dan proper la kedai dia..

kubur! yang nampak kat sini banyak kubur kecik2.. maksudnya ramai budak yang meninggal kat pulau ni.. sebabnya tak tau la..

oh, ni gambar sesat: adik berdua ni tengah mengarang (aktiviti mencari kerangan laut) dan memancing.. yang sorang tu seksi habis.. sluar pun tak pakai.. huhu..

ni papan tanda kat salah satu resort yang ada kat pulau ni..

bersih je kan?! sebabnya ni kawasan resort yang ada kat pulau ni.. jadi adalah orang yang kasi bersih..

gambar sesat lagi : pagi hari derang kluar tangkap ikan.. dalam bot no adalah dalam 10 orang..


to be continued..

No comments: