Pages

Wednesday, June 30, 2010

reminiscence : rainforest music festival

ni nak cerita pasal rainforest music festival.. aku berangan-angan nak pegi tahun ni.. tapi takde rezeki lagi aku tahun ni.. ingat-ingat masa yang pegi dolu-dolu.. hmm bestnyaaa...

ni poster tahun lepas.. anggapla dia tulis 2010 ye..

tahun ni dia buat 9-11 Julai 2010.. actually baru sekali aku pegi, tahun 2008.. tersangat la best bagi orang yang sukakan musik.. dan sangat happening.. hmm... yang di bawah schedule tuk tahun ni punya event..

ni jadual workshop.. biasanya tetiap tahun dia buat kat 3 tempat.. tempat dia rumah2 yang ada dalam kampung budaya tu jugak.. pertama kat theatre : tempat ni adalah macam dewan besar terbuka.. dia wat persembahan kat tengah2 hall.. dan orang ramai keliling menonton.. tempat kedua, kat rumah panjang iban.. rumah panjang ni antara yang terbesar dari rumah rumah lain.. jadi ramai orang boleh masuk.. yang ketiga dewan lagenda, dewan ni dewan kecik sket dari theatre..

tiket masuk dia jual ikut hari.. nak sehari masuk je ke atau 3 hari.. dulu masuk sari reganya RM90 skarang masuk sehari dah jadi RM110.. dah naik harga.. hmm.. apa je yang tak naik harga skarang? smua naik.. isk2.. jadi dah masuk duduk la seharian kat sana... dari pagi2 buta sampai la malam.. rugi bayar mahal2 pg sekejap je..

seperti biasa, international event.. yang ramainya orang luar.. orang kita ni jarang2 nampak.. jadi kalu consert malam.. kalu nak pegi memang best.. tapi kena hati2.. sebab derang memang habis berparti la.. dengan lompat2 ngan minum2 smua ada..

agak-agak tahun depan dapat pegi tak?? isk2

No comments: