Pages

Friday, September 17, 2010

Salam Idul Fitri


rasanya tak lambat untuk mengucapkan selamat hari raya adilftri.. \(^__^)/

raya tahun ni seperti biasa mengabiskan cuti raya kat kampung.. bila keja kat semenanjung ni.. tabiat tuk balik raya dengan awalnya tak dapat nak lari.. dah bertahun-tahun balik raya seminggu awal.. sebab hajat nak tolong mama buat persiapan raya.. jadi tahun ni pun balik raya awal.. singgah kl dulu amik adik dan husband dia.. bertolak petang sabtu (minggu sebelum raya) dari kl.. singgah gua musang bukak puasa.. trafic sangat clear.. tak rasa plak semangat jem hari raya.. tapi sangat la bersyukur.. :)

ha, kat gua musang ni p bazar ramadhan dia.. ada satu gerai ni jual roti nan.. ni first time aku jumpa gerai roti nan kat bazar ramadhan..roti dia sangat lembut dan sangat sedap.. teringin nak makan lagi.. teringat2 plak.. kat gua musang ni jugak.. ada tempat makan sup yang best.. gerai dia berderet panjang dan hampir semua jual sup.. apa2 jenis sup ada.. dan jugak la sangat sedap.. aku makan mi sup kat sini tuk bukak pose dan lepas ni kalau jalan siang hari.. aku nak buat acara wajib singgah sini tuk makan mi sup :)

tahun ni, seperti tahun-tahun lepas jugak.. kami kat buat kek buah kukus 4 jam, kek lapis bumi, biskut cornflakes (yang ni baru tahun ni rajin buat :p ), ketupat daun palas (dengan bangganya nak kata aku hampir terer membungkus.. hehe.. ), dan tape (tapai).. yang lain2 smua kuih/ kerepek tunjuk.. siap dibeli sedia dimakan.. kerepek aku beli kat batu pahat ni.. kan glemer batu pahat banyak kerepek.. hmm tapi rasanya bukan semua yang sedap.. tempat yang aku beli, hmmm sangat kurang kualiti rasa dia.. tak best.. lain kali nak kena p beli kat kilang dia yang orang duk sebut sedap..

sekarang dah start keja.. lepas 10 hari ( 5 hari cuti rehat, 2 hari cuti raya, 3 hari cuti sabtu/ahad) bercuti.. harapnya semangat raya tu boleh bawak ke semangat nak keja.. amiinnn.. selamat hari raya smua.. smoga hari raya ni membawa keberkatan yang lebih pada kita dari tahun2 lepas.. :)

p/s : perut sakit.. huhu.. sebabnya lepas raya pun makan macam-macam.. tak abis-abis dia terkejut makan banyak hari raya haritu.. ;p

p/s 2 : jangan lupa puasa 6 ye bulan syawal ni.. tak puasa, rugi.. :)

No comments: