Pages

Thursday, November 20, 2008

kisah bandung 1


secara rasmi bermula la perjalanan cuti 6 hari 5 malam ke bandung dengan flight QZ7592.. ayo.. ramainya umat! masa beratur nak naik flight perasan ramai kumpulan 4-6 orang yang excited dengan trip diorang.. nak shopping ni, nak jalan sana.. kami.. (aku ngan iza) memang dah xsabar2 dah.. hehe



dalam flight g bandung ni.. first time aku xmabuk! siap baca buku lagi.. mungkin adrenalin pumping n all the endorphine bursting, make all the sickness goes away.. :)

petak2 sawah


epot kat bandung ni kecik je.. rasanya xsempat nak perhati pun camane bangunan dalam dia bila kuar dari tempat amik beg.. beg pun amik manual.. tunjuk kat kastam mana beg, pastu dia amik, if lucky dia xkan buka tgk dalam beg tu ada apa.. tapi kalau tak.. memang dia mintak bukak depan2 tu gak.. jadi siap sedia la packing baju bajuan dalam beg dengan teratur dan sopan santun.. sorokkan la apa yang xpatut dilihat orang ramai.. kalaupun diselongkar xle malu2 kambing kat tengah orang ramai tu..



iza @ epot ~ just landing

beberapa tapak dari pintu kuar dari tempat lugage tu.. nampak meja kecik tempat orang jual tiket tuk taksi.. nasib la nampak.. dah tak janji ngan hotel suh amik.. makanya kami naik taksi terus ke hotel..

nama hotelnya cassadua guest house.. very affordable hotel yang iza dapat dari website air asia, go holiday. 5 hari dengan kos RM536 tuk dia orang.. dapat jimat dengan penginapan boleh la shopping berlebih skit.. hehe.. biliknya hmm.. ada satu katil single dengan satu lagi tilam single bawah katilnya.. tuk yang bujang cam kami yang boleh redah je.. sesuai la.. selesa dah sgt.. (tilamnya sejengkal stengah..!) tapi kalau bawak family atau ada anak kecik aku rasa bilik ni akan menyesakkan dan akan jadi amat tidak selesa..

lepas checkin hotel.. kami kuar makan.. bapak supir taksi kami dari epot ni tunggu dan bawak kami makan kat restoren makanan sunda.. bapak supir taksi ni namanya pak agus.. dan langsung jadi supir rasmi kami selama beberapa lagi selama kami kat sana..

nama restorennya..


sup buntut dan sayur asem


ulamnya gratis.. tapi sambalnya pedas bangat dong..

selepas makan pak agus bawak pusing2 bandar.. singgah kat Paris Van Java mall.. tempatnya x la sehebat seperti yang digembar gemburkan.. aku agak smua barang yang branded2 dan original kat sini.. tapi rasanya yang ada kat sini smua bleh dapat kat mesia dengan rega yang hampir sama.. kami pusing2 sampai jumpa kedai buku.. ha, dah masuk, aku macam jakun betul..hehe.. kami cari buku Ayat-ayat Cinta.. wah, berhasil! dengan harga 45k berbaloi bangat deh.. rega RM: Rm14! best buy for today..:)




buku-buku di toko buku ni smua pun dalam bahasa Indonesia.. buku2 english smua pun dah dialih bahasa.. puas aku pusing2 cari buku bahasa lain.. xde!


gambar kabur ni, gamabr burung merpati yang amat cantik.. bulu lentik2 gitu..


bahagian atas tempat ni cantik rupanya.. ada 2 blok kedai dengan pokok2 besar tegak berdiri di tengah.. tingkat bawahnya umpama mall yang biasa kita tgk kat mesia ni..

10 things i hate 'bout you

10 things I hate about you


I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
I hate the way you're always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when you're not around,
and the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you,
not even close,
not even a little bit,
not even at all.

adapted from 10 things i hate about you, 1999



the orchid i took from mango tree

Tuesday, November 18, 2008

story book ~ selasa dengan morrie

ahh.. bukan cita bandung lagi ye.. :)

ni nak cita psal buku yang baru aku beli sbelum g bandung aritu.. buku ni lama dah aku cari.. kat kk suma out of stock.. even cari kat airport pun xde.. ni mungkin rezeki aku.. kat lcct aku jumpa.. and it was the last copy of it!! rezeki2..

Title : Tuesday With Morrie
Author : Mitch Albom

lain hari aku cita buku ni tentang apa.. ni aku nak quote sikit dari buku ni yang tengah ada kena mengena ngan aku sekarang.. i mean really now sekarang..! huhu..

~detachment~

morrie : . . . . . if u hold back on the emotions-- if u don't allow urself tu go all the way through them-- if can never get to being detached, u'r too busy being afraid. u r afraid of the pain, u r afraid of the grief. u'r afraid if the vulnerability that loving entrails.

morrie : but by throwing urself into these emotion, by allowing urself to dive in, all the way, over ur head even, u experience them fully and completely. u know what pain is. u know what love is. u know what grief is. n only then u can say, "all right. i have experienced that emotion. i recognize that emotion. now i need to detach from that emotion for a moment.''

hmm.. banyak terkena batang hidung sendri bila baca buku yang teramat best ni.. yang ni aku relevan tuk love life aku.. terasanya aku apa yang dia cakap ni apa yang aku kena buat.. sebab aku rasa tu je cara aku nak hilangkan apa yang aku rasa.. hilangkan apa yang aku pikirkan..huhu

baru je makan kat mango tree.. bleh je nak anggap that RM70 worth of dinner with a candle in the table seromantik yang aku nak.. hehe.. tapi of course la xboleh la kan.. but still i enjoyed it very much.. evry second of it.. dengan bunga orkif hias kat gelas pun nak bawak balik.. tapi yang dipikirnya sampai lupa nak bawak balik makanan yang xabis.. (sb portion dia banyak giler dan masakan dia memang best!)

~~~~~~~ i felt so much in love...lalala~~~~~~~~~~

on our way back.. aku termention plak menda yang dia xsuka dan yang dia xtau nak cakap apa.. tapi aku nak jugak cakap..!! so.. sekarang aku sedih dengan responnya.. hmm, apa lagi yang nak diharapkan kan.. ku tahu siapa diri ini...

~~~~~~ i felt so lonely..~~~~~~

aku cuba selam semua perasaan yang aku rasa skarang dengan hati terbuka.. setiap malam sblum tido.. satu menda yang aku cuba buat.. -- lepaskan smua yang aku rasa perasaan yang meleret-leret ni.. umpama aku lepaskan beban berat terbang bersama2 angin yang bertiup sepoi2 bahasa (ewah..!) hihi.....

Monday, November 10, 2008

hari ini hari isnin..


9.30 am
hatiku sudah tiada di tempat kerja..! yeh yeh Photobucket

8.30 pm

tukar duit indon smlam.. haha pakcik kayo..!! eh, salah makcik kayo.. hehe.. jutawati nih.. juta2 duit.. ngeh ngeh ngeh..
berjaya aku mengemas barang-barang nak bawak arini.. sindrom malas packing nak travel ni makin menjadi2 sejak 2 menjak.. isk2

+ passport --> checked + baju 3 lai --> checked + baju tido 2 lai --> checked + sluar 3 lai --> checked
+ toiletteries --> checked + make up --> checked
+ tudungs --> tinggal lagi krim dan putih
+ kompas --> xde-- kena beli huhu.. + segala mak nenek charger ---> checked

apa lagi ek.. ingatkan xnak bawak banyk baju.. import je dari sana.. tapi cam penuh gak beg ni.. huhu..

Friday, November 07, 2008

we love our pets! \('v')/

baby munky ni tinggal kat farm orked kat kuching. .takut tul kitaorng curik epal dia makan tu.. hehe..


kucing ni tak takut langsung ngan kamera ( or aku :p) .. siap duk diam2 tgk org snap gambar.



this fella duduk dalam cage yang agak kecik tuk dia flying around.. memang xboleh pun! dalam cage dia ada 2-3 ekor ayam serama.. xtau apa hasrat tuan punya kedai ni.. nak bagi kawan ke nak bagi makan..


anak kucing ini berharga RM600.. kawan beli di pasar kat kuching.. huhu

Mulu lagi..?

smalam jumpa senior aku skarang keja kat likas.. naik pangkat kena transfer kk.. dia pinjam sleeping beg nak g mulu.. dia nak g pinnacle.. huhu.. nak ikut.. dia g 5 hari.. 2 hari duk camp 5.. kena masak sendiri smua.. hari pegi masuk 2 cave.. hari balik masuk 2 cave.. lengkap 4 cave yang besa orang pegi.. seingat aku deer cave, clear water cave, wind cave, lagi satu apa ek lupa dah.. aku ada ajak orang tu pegi.. tapi dia kata " nak jer pegi, tapi xreti la nak rancang awal2 ni.. nanti sampai seru pegi la.."



ni gambar pinnacle.. amik dari blog sape tah yang dah penah pegi ni..

kalau orang tanya best taman negara bako ke taman negara mulu..? aku akan cakap MULLUUU!!! ngeh.. ngeh.. ngeh.. Photobucket

Wednesday, November 05, 2008

retime and all

11.30am
turn aku harini bagi psychoeducation.. (program tuk pt psikiatrik kenal penyakit, ubat dan macam2 lagi supaya diorang ni paham penyakit dan xlupa makan ubat).. aku bagi pasal pemakanan sihat la apa lagi.. kul 9 aku dah terpacak kat farm tempat diorang wat ceramah harini.. releks sket la berbanding kalau wat kat wad.. pt aku arini smua pt kronik.. muka2 yang familiar je.. yang duk lebih 10 tahun kat wad pun ada.. yang paling aku kenal ada budak ni yang slalu kuar masuk wad.. kali ni macam lama aku tgk dia kat wad.. kesian aku tengok dia ni.. ada masalah family dia.. isk2.. dah cakap macam2 smua ada yang ternganga la.. angguk2 smua.. aku harap angguk2 tu diorang paham la kan.. huhu..

2 pm
iza dah confirm tempat tinggal kat bandung.. dapat duk guest house 5ratus lebih ringgit mesia tuk 6 malam tuk 2 orang.. tempatnya pun ok dekat ngan tempat shopping2, dekat gak ngan train station yang dia kata bayar RM20 je nak g jakarta.. (as said dalm review dia la).. setelah 3-4 hari kami membingungkan diri apa plan yang kitaorng nak buat.. yelah aku dah siap survey rega pakej yang fairus amik tuk dia g bandung minggu ni.. RM850/person.. (mahal sebab rega 2 org) 2 malam kat bandung + 1 malam kat puncak + 1 malam kat jakarta.. not bad la actually kalau memang aku dah budjet tuk tu.. but since our original plan got cancel.. kena la survey memana yang yang lagi murah dan affordable.. isk2.. lagi pun zaen (diperkenalkan oleh ateng, trimas!) ada bagi no contact tourist guide dia masa dia gi bandung minggu2 lepas.. jadi duit lebih tu bleh la buat shopping.. yeay! (doa banyak2 smua ok, huhu)..

3.30 pm
baru dapat tau flight aku dari bandung ke kl kena delay.. gelabah aku kejap.. mana tak nya, patut sampai kul 3 lebih kat lcct, pastu aku nak kena catch flight ke kuching lak.. tetiba retime kul 5 ~ sampai kl kul 8 lebih.. sah2 la aku kena tinggal flight kan.. dah la smalam dapat msg dari air asia pasal delay flight ke bandung tu.. maksudnya di sini, diorang delay smua flight aku pegi dan balik.. huhu.. nasiblah bagitau awal2.. kalau x mau pecah kepala aku kat epot hussein sastranegara tu nak mengurus..

dapat tau jgak iza confirm tak dapat nak ikut aku g wedding cema sb dia ada kursus time tu.. huhu.. kena carik plan lain lagi nak menyampaikan diri ke selama tu.. (banyak nya input harini..isk2)


5.00pm
lepas keja aku pecut g epot dengan niat suci menyettlekan urusan bandung~kuching aku.. sesampai kat kaunter (setelah menunggu 15 menet), pompang pompang aku cita masalah aku.. dengan tak sampai 2 minit, minah kat kaunter tu berkata..
"hmm.. cik tukar flight jam 11 la dari bandung, buleh?"
aku pun balas, "perlu saya bayar ka?"
balas minah tu, "ndak, ndak perlu.. sebab flight cik sudah kena retime.. mau awal @ lambat tidak perlu bayarr.. tuk kawan cik pun tidak perlu bayar... atau cik mau tukar flight ke kuching?"
aku dengan tersenyum lebar.. ''kalau begitu sia tukar flight dari bandung la.. kasi dia awal, terima kasih!''


alhamdulillah syulkur!! penat je aku susah2 hati.. huhu.. (doa banyak2 smua ok, huhu)


akhirnya aku sampai rumah jam 7 pm dengan perasaan lega..

Sunday, November 02, 2008

a day at home..



browsing through deviantart a minute ago.. i can spend hours looking at these beautiful pictures.. huhu..

arai-foto on deviantart
this one makes me smile

makin tgk gambar cantik2 makin membuak2 aku nak beli dslr.. bertangguh lama dah ni.. tapi uang tidak mengizinkan.. ada orng offer aku nak tolong.. (thank you so much.. really appreciate it.. huhu) tapi aku risau nanti lama aku boleh nak bayar abis.. sebab sekarang aku memang nak kena simpan duit banyak.. (baanyyaak!) sb banyak up and coming event yang perlukan aku spare my money n mind into it.. kalau aku setuju mungkin 6-8 bulan bari aku boleh bayar habis.. lama tu.. kalau aku tunggu.. tengah tahun la baru aku bleh beli.. ini memang bulat2 kes kehendak melebihi kemampuan.. isk2..

anyway.. fazrul got his first wed job this weekend.. (good luck n tahniah..:)) in fact skarang mungkin sibuk dia mengambik gambar.. dia kata kalau this one turn out to b ok.. then he will consider taking for my sis.. i have faith on him.. no worry at all.. ahaks

hari ni, kawan2 dari sandakan datang umah.. na masak breakfast.. nasi goreng, keropok (import klantan) nugget dan teh panas.. hehe.. rupanya.. yang datang ni ada yang dari semenanjung.. smua dari johor.. dan nak jadikan cerita, salah sorang sama keja ngan ateng.. huhu keciknya dunia.. ;p aku sempat sampaikan salam je.. kalau awal2 tau bleh gak la kirim menda2 lain tuk dia.. hehe..


Saturday, November 01, 2008

cik celin + cik alia + cik ehem

harini cik celin dapat tau cik alia tukar ringtone cik abang dia jadi lagu i,m yours.. hati cik celin sedih sebab cik celin teringat kat cik ehem(!).. hati cik celin meruntun-runtun bila cik abang cik alia telepon malam-malam.. cik alia dah buat cik celin gatal tangan nak contact2 ngan cik ehem(!).. cik celin xsuka sb cik celin cuba nak lupa.. cik celin berpikir.. samada cik celin nak bagitau cik alia tuk tukar ringtone tu.. atau cik celin buat besa telan je rasa2 pahit tu.. atau cik celin nak tukar perasaan dia tu jadi gembira bila dengar lagu i'm yours tak kira lah di mana saja ia berkumandang.. samada di radio ka atau di telefon bimbit..

apakah yang akan cik celin lakukan..?