Pages

Thursday, November 20, 2008

kisah bandung 1


secara rasmi bermula la perjalanan cuti 6 hari 5 malam ke bandung dengan flight QZ7592.. ayo.. ramainya umat! masa beratur nak naik flight perasan ramai kumpulan 4-6 orang yang excited dengan trip diorang.. nak shopping ni, nak jalan sana.. kami.. (aku ngan iza) memang dah xsabar2 dah.. hehe



dalam flight g bandung ni.. first time aku xmabuk! siap baca buku lagi.. mungkin adrenalin pumping n all the endorphine bursting, make all the sickness goes away.. :)

petak2 sawah


epot kat bandung ni kecik je.. rasanya xsempat nak perhati pun camane bangunan dalam dia bila kuar dari tempat amik beg.. beg pun amik manual.. tunjuk kat kastam mana beg, pastu dia amik, if lucky dia xkan buka tgk dalam beg tu ada apa.. tapi kalau tak.. memang dia mintak bukak depan2 tu gak.. jadi siap sedia la packing baju bajuan dalam beg dengan teratur dan sopan santun.. sorokkan la apa yang xpatut dilihat orang ramai.. kalaupun diselongkar xle malu2 kambing kat tengah orang ramai tu..



iza @ epot ~ just landing

beberapa tapak dari pintu kuar dari tempat lugage tu.. nampak meja kecik tempat orang jual tiket tuk taksi.. nasib la nampak.. dah tak janji ngan hotel suh amik.. makanya kami naik taksi terus ke hotel..

nama hotelnya cassadua guest house.. very affordable hotel yang iza dapat dari website air asia, go holiday. 5 hari dengan kos RM536 tuk dia orang.. dapat jimat dengan penginapan boleh la shopping berlebih skit.. hehe.. biliknya hmm.. ada satu katil single dengan satu lagi tilam single bawah katilnya.. tuk yang bujang cam kami yang boleh redah je.. sesuai la.. selesa dah sgt.. (tilamnya sejengkal stengah..!) tapi kalau bawak family atau ada anak kecik aku rasa bilik ni akan menyesakkan dan akan jadi amat tidak selesa..

lepas checkin hotel.. kami kuar makan.. bapak supir taksi kami dari epot ni tunggu dan bawak kami makan kat restoren makanan sunda.. bapak supir taksi ni namanya pak agus.. dan langsung jadi supir rasmi kami selama beberapa lagi selama kami kat sana..

nama restorennya..


sup buntut dan sayur asem


ulamnya gratis.. tapi sambalnya pedas bangat dong..

selepas makan pak agus bawak pusing2 bandar.. singgah kat Paris Van Java mall.. tempatnya x la sehebat seperti yang digembar gemburkan.. aku agak smua barang yang branded2 dan original kat sini.. tapi rasanya yang ada kat sini smua bleh dapat kat mesia dengan rega yang hampir sama.. kami pusing2 sampai jumpa kedai buku.. ha, dah masuk, aku macam jakun betul..hehe.. kami cari buku Ayat-ayat Cinta.. wah, berhasil! dengan harga 45k berbaloi bangat deh.. rega RM: Rm14! best buy for today..:)




buku-buku di toko buku ni smua pun dalam bahasa Indonesia.. buku2 english smua pun dah dialih bahasa.. puas aku pusing2 cari buku bahasa lain.. xde!


gambar kabur ni, gamabr burung merpati yang amat cantik.. bulu lentik2 gitu..


bahagian atas tempat ni cantik rupanya.. ada 2 blok kedai dengan pokok2 besar tegak berdiri di tengah.. tingkat bawahnya umpama mall yang biasa kita tgk kat mesia ni..

2 comments:

Mummy Hanny said...

alahai... to be continued la pulok. saye baru je tengah excited nak baca holiday awok ni... citer lagi ek!

p/s: kempunan nak gi holiday...

celine cute said...

sabar ye awok.. hehe memang nak sambung tu.. ada lagi 5 hari nak cita.. panjang tu.. ;p