Pages

Saturday, January 31, 2009

my favourite colour is not blue..

my favourite colour is not blue ok.. huhu..

seperti yang ramai tau, cinda aku kan kaler biru.. dari sejak beli keta tu, aku bermasalah betul cari barang tuk hias2 keta tu.. sebabnya mata aku ngan biru memang tak sehaluan.. something2 yang bluish in colour selama ni memang tak kan menangkap mata aku.. kecuali keta tu la (obviously..) ~ 1st time nampak keta dah twinkle2 mata aku suka.. ;p

anyhow, menda2 lain yang berbiru2 ni masih susah tuk aku berkenan.. isk2

tapi at last.. dapat jgak aku beli bantal ni.. 2 bijik tuk aku letak kat dashboard blakang tu.. ( panggil dashboard ke??) so, aku menyeru marilah pelan2 kita cuba tuk menyukai warna kesukaan ramai ini.. hmm, marilah..!

but still, my favourite colour is not blue ok..

Friday, January 30, 2009

lepak dan lagha

hari ni adalah hari lepak dan melagha aku kat opis.. hehe.. cam malas tul nak wat keja.. rehat tgahari aku bawak kawan g jamilah.. tempat aku beli belah kristal.. dia mintak buat gelang, dia nak balik kg esk ( huhu, jelesnyaa..).. petang kat opis sempat aku buat gelang *sebuting dua.. hehe.. ;p jgan bagitau bos tau.. mau kena marah.. huhu..
*satu dua

petang tadi makan kat tanjung aru.. makan malam waktu senja dengan pemandangan sunset.. bestkan?! hehe lama tak enjoy makan kat tanjung aru ni.. ada can bawak orang g makan kita pun tumpang sekaki.. ;p

esk adalah hari berjalan lagi.. plan nak g kundasang bawak anak buah aku datang dari kuching lawat tunang dia kat sini.. flight dia petang.. harap sempat le bawak jalan kat kaki gunung tu.. balik kk sebelum tgahari.. aci la kan daripada tak g jalan langsung.. ;p

Thursday, January 29, 2009

kuala penyu~pulau tiga

on the way balik kk, sempat menyinggah kuala penyu..
kuala penyu ni nama tempat yang tak de penyu pun kat tempat tu kecuali yang diperbuat oleh konkrit terletak elok kat roundbout dia.. ;p dia dapat nama kuala penyu dengar ceritanya ada batu yang bentuknya rupa cam penyu kat sini.. ntah aku pun xtau, xpenah nampak pun batu tu..

kalau dari kk dia ada cabang tiga satu simpang ke menumbok dan satu ke kuala penyu.. ke pekan dia xla sejauh menumbuk.. dalam 15 minit je.. kalau menumbuk tu ada la dalam 45 minit..


pekan dia kecik je.. ada la 2 stesen minyak shell kecik ngan petronas kat pekan tu.. gambar yang atas ni PEKAN MINI PERIOK-PERIOK.. comey kan nama dia.. namun begitu, aku tidak arif apa yang ada dalam pekan mini ni.. ;p jadi aku tak tau apa yang diorang wat kat pekan mini ni.. time kitorang lalu pekan ni kosong jek..
pantai sawangan.. pantai ni agak jauh dari pekan.. jalan pun teruk.. liku2 naik turun bukit smua.. tapi pantainya cantik.. ramai gak orang.. sini tempat orang mancing ngan bekelah je..

ai, tak dapat ikan bang?? cik abang ni dah nak balik kut.. hehe

ni pantai dia.. dia dah siap wat benteng laut dia.. jadi macam tak sesuai nak mandi..

ni geng posing.. siap sedia nak mulakan perjalanan yang jauh..


ha, mau lebih stegah kilo ni nak berjalan tuk sampai kat tempat yang beratap tu.. huhu..


jambatan yang dia buat ni mcm dah tak terjaga sangat.. banyak kayu yang tercabut.. lubang2 pun banyak.. cuma nasib dia tak goyang2 dan reput je.. masih kukuh la gayaknya..

sini ramai orang memancing.. ni makcik ni.. dengan stokin ngan sarung tangan.. memang panas sangat.. kalau xpakai camni, mau hangus rentung ni..

nampak tak pulau tu.. tu la Pulau Tiga.. pulau yang derang wat survivor season 1 dulu..
lepas dari sini.. kami terus la perjalanan pulang ke kk..
masing2 pun dah lembik.. kepenatan dari perjalanan yang jauh.. tapi aku rasa smua happy kut.. sebab dapat g jalan.. hehe





rushing vacation to labuan ~ part 2

ni pemandangan labuan dari feri.. bertolak dalam kul 11 lebih jgak la.. sampai sana dalam kul 1 lebih.. sesampai sana, turun dari feri aku dan na kuar g amik amik keta kawan na, mizan.. dia buat lokum kat kat kedai spec kat ujana kewangan.. pinjam keta dia tuk jalan2.. ujana kewangan ni la tempat shopping coklat duti free.. diorang kata murah kat sini.. kat terminal jeti pun ada tapi aku xde kesempatan g tengok2 kat sana..

sebelum p makan kitaorng g check dulu.. Manikar Beach Resort.. harga sebilik RM168

ni pemandangan swimming pool dia.. resort ni letaknya dekat pantai manikar.. agak jauh la dari town.. tapi pantainya cantik.. hmm.. nak jadikan cerita orang kata tempat ni keras.. aku pun tau lepas balik dari labuan ni.. jadi xdelah nak seram ke takut ke hapa masa kat situ.. kitaorng sewa 2 bilik.. bilik aku ber4 selamat dan sihat walafiat.. bilik adik2 yang satu lagi tu kesian.. diorang dah dengar tentang kekerasan tempat ni petang2 lepas g shopping coklat kat ujana kewangan tu.. kebetulan macam2 plak yang jadi.. siap ada bumbung toilet jatuh lagi.. mau tak takut ek.. hehe.. kesyiiannn.. ;p

ada masa tuk shopping petang tu je.. aku ngan na g jugak port, dengan hajat besar beli tiket.. harapannya tinggi gunungan adala tiketnya.. tapi seperti yang dah diberitau.. semua feri tuk hari isnin tu dah penuh.. memang dalam waiting list la.. huhu

ha, ni masa lunch.. diorang ni smua duk tutup gelas air masing2 sebab masa ni angin kuat.. pastu nampak x pompuan yang terbongkok tu.. dia tengah menyapu.. tak ke haru.. bertembangan segala habuk2.. huhu

nasi goreng usa! ada baked beans, sosej ngan telur mata (kerbau ke lembu aku xtau.. sebab diorang panggil telur mata jek) ni le first time aku jumpa orang buat nasi goreng usa macamni nya stail.

sebenar benar niat nak g labuan ni nak makan ketam.. ada tempat yang namanya Anjung Ketam, tempatnya khas tuk makan ketam.. tak dapat aku nak amik gambar sebelum ketam dan udang2 berubah menjadi seperti di atas.. sebabnya kitorang makan ni masa tengah ribut! nasibla dapat meja bawah atap.. tapi angin kuat dan ujan lebat, campur lagi air laut yang tengah pasang dan bergelora.. aku nak makan kena lap dulu spec aku sebab tempias air ujan (atau air laut).. huhu..

ni gambar dah nak balik.. kitorang tido semalaman kat resort tu.. keesokkan paginya awal2 kul 645am dah check out sebab nak amik feri yang betolak jam 730am.. seperti biasa.. na dengan gigih berusaha tuk bolehkan keta aku beratur tuk *waiting list..actually plan kalau xdapat naik feri ni.. try naik feri yang kul 130pm plak.. ada 2 bijik je feri dari menumbok ke labuan (and vice versa)


*waiting list ni maksudnya.. feri akan upload keta2 yang ada tiket dulu sampai abis dan mane yang kosong baru dia bagi yang waiting list masuk.. kira nak main sumbat2 la je la ni..

tengok keta aku yang last..

ni feri dah bertolak ni.. panas nak mampus!

ni geng g labuan.. 2 orang lagi yang xde dalam gambar.. dah xde tempat duduk ni.. jadi, aku g amik tikar piknik yang ada dalam keta, bentang kat tempat kitorang amik gambar ni.. betul2 depan booth tempat bertanya.. hehe buat macam umah sendri apa salahnya kan.. ;p

tengah duk atas tikar la ni..

bayang2 kitorang yang gembira.. ngeh2



Tuesday, January 27, 2009

a rushing vacation to labuan

hehe.. trip berjalan kali ni kitaorng panggil rushing girls trip to labuan.. sebabnya smua pun rushing.. dari awal bertolak pegi sampai la bertolak balik.. ;p

cuti panjang raya cina ni ramai kawan2 datang kk.. smua pun kawan2 na aka housemate aku.. tapi xkisah la smua pun jadi kwan2 aku atau bleh aku katakan adik2 aku.. ;p jadi kitaorng ni ramai2 plan g labuan.. g labuan angkut dengan keta2 skali.. best2.. hehe..

9 orang smua.. 3 orang dari miri~asmah, pija ngan yana.. dari bintulu~ain.. dari semporna~teh ngan azrin.. aku, na ngan kak ida senior aku kat likas..

aku bangun tido kul 5.30 am sebab nak siap amik kak ida dari umah dia.. kononnya bertolak kul 6.30 am.. tapi last2 bertolak kul 7 lebih jugak.. bawak keta punyalah laju sebab nak sampai ke jeti menumbok tu seawal yang mungkin.. perjalanannya dalam 2 jam.. jadi kitaorng sampai sana dalam kul 9.. feri jalan kul 10.. yang kelam kabutnya tu sebab nak g beli tiket.. tiket tuk keta biasanya limited dan dengar kabarnya penuh sebab skarang peak season.. yelah cuti panjang kan.. feri penuh ngan orang yang book awal.. huhu.. xtau pun bleh book awal.. kalau tak book awal2..

tapi xpe.. dengan usaha keras na, akhirnya dapat jugak beli tiket tuk keta naik feri.. yang nak bawak ni, keta aku je, cinda.. keta na tinggal.. sepanjang jalan kat kawasan jeti tu kebanyakannya (rasanya smua kut) buat laman rumah jadi tempat paking tuk owner2 yang nak tinggalkan keta kalau nak g labuan.. jadi, tinggal keta na kat umah sape2 tah la tu.. dia bagi rega RM 8 semalam.. siap ada bumbung lagi tu.. bestkan?! depa ni memang buat duit betul..

ni le tiket yang dikejar2 kan tu.. tang pegi dapat tempat.. tapi tang balik dari labuan dapat waiting list je.. sebab dah xde kosong.. gamble abis!

tengah tunggu feri offload keta2 dari labuan.. tunggu kat petak kuning lagi tu.. cuak je tgk polis lalu lalang.. huhu..

dah nak loading. ni pintu masuk dia.. yang baju biru tu duk arah trafic keta masuk..

blah kanan tu tempat orang beratur beli tiket yang nak naik feri.. nak ke labuan ni bleh naik feri dari Menumbok atau dari KK je.. naik feri dari kk 3 jam perjalanan dan dia bawak orang je.. dari menumbok ni bleh naik feri orang + keta ( diaorng ni kata kurang lebih cam naik feri kat penang : aku xtau sebab kalau aku penah naik pun masa umur aku 4 tahun..huhu) dan ada speed boat gak.. naik speed boat laju la.. dalam 45 menit je.. kalau feri 2 jam gak la..

ni le jalan masuk perut kapal.. aku antara keta2 yang awal.. jadi dapat duk depan2.. ye ye ;p

tu cinda, keta no 2 paling kanan

view dari feri: perkampungan atas air atau lebih dikenali sebagai kampung air

ni la rupa dalam feri.. ada 2 side.. blah sini ngan blah sana.. hehe

meggi time..! lapo.. ada lagi jual menda lain kat kantin dia tu.. tapi xlalu nak makan.. sekotak meggi tu RM 3..

lagi view dari atas kapal : yang putih tu bila buka dia jadi rakit.. ( nama je rakit tapi rupanya macam pelampung yang besar dan ada atap -seperti yang dilihat dalam tayangan keselamatan dia)


end part 1

welcome baby boy. ;)

aku baru balik dari umah mie ni.. dia dah bersalin sabtu lepas.. tapi aku xnyempat g tengok.. dia dapat baby boy.. hehe.. auni dapat adik laki.. sepasang dah la anak mie skrang.. pasni bleh la berehat.. ( bak kata ramai orang..) hehe

nama baby xde lagi.. nanti dah ada aku bagitau..

ni adiah tuk anak buah aku yang baru ni..

cute sangat.. smua pun lawa kat kedai tu.. last2 yang ni aku beli.. set dalam kotak ni ngan..

stokin comey ni..

ni kad serba cepat.. huhu

happy 0'th birthday.. hehe






Thursday, January 22, 2009

sluar kotak

nak tau tak..

aku xpenah pakai sluar kotak..
haah, aku memang tak penah pakai sluar kotak2..

kenapa ek?
ntah aku pun tak tau kenapa..
Photobucket

i feel a little like...

“You know you've read a good book when you turn the last page and feel a little as if you have lost a friend.”- Paul Sweeney

good books tend to do this to me a lot..
but good movie series done better..
i felt something as little as if i lost my boyfriend..

~ over my japanese movies series by kimutaku-san~

Tuesday, January 20, 2009

i'm in love..huhu...;p

dah brape hari tak update blog.. hehe.. aku ada keja sket.. kejanya berdating.. hehe
okeh sbelum aku bagitau aku dating ngan sape.. aku ada soklan.. ;p
apa persamaan cerita2 ni??

~ long vacation
~ love generation
~ a million star falling from the sky
~ pride

hehe.. persamaannya adalah hero crita2 ni.. iaitu
TAKUYA KIMURA!!

dengan dia la aku dating sepanjang minggu lepas termasukla ujung minggu..
my days and nights are totally dedicated to takuya kimura.. mulanya obsession aku ni dengan cerita love generation yang aku pinjam dari dia tu.. aku ada niat suci nak abiskan tengok smua cita yang aku pinjam dan nak pulangkan la.. abis tgk cd2, aku teringat nak tengok long vacation.. aku suka sgt cita tu.. cita masa zaman2 kat u.. pastu sambung lagi tgk cita yang lain tu sebab aku xpuas tengok takuya kimura ni.. (boleh??!).. skarang aku dah suka giler *babe* ngan dia ni.. huhu

~ohh.. sesungguhnya aku jatuh cinta.. ;p~


Thursday, January 15, 2009

lawak.. haha

korang ada x lawak yang bila korang dengar atau baca teringat berhari2..? hehe.. aku duk browse tru blog kawan fathin ni.. pastu ada satu entry yang dia cerita aku gelak giler.. 3 4 kali aku teringat kat lawak tu, masih lagi aku geli hati.. ;p (aku harap dia xmarah aku cilok entry dia ni..isk2)

eh, bacalah.. cita dia kat bawah ni..

tajuknya: kau ingat mamak tu friendly ke?

perkara ini pernah terjadi dulu. kawan aku berjalan ke kaunter mamak untuk membayar. juga menuju kaunter, seorang lelaki (lelaki A) berjalan mendahului member aku dan berdiri di depan kaunter untuk membayar.

lelaki A menghulurkan kertas yang bertulis jumlah yang perlu dibayar. mamak menekan2 butang mesin cashier sambil melihat kertas.

Mamak : duduk mana?

Lelaki A : (sambil membelek2 balang gula2) hah?

Mamak : duduk mana?


Lelaki A : Taman Pulai Utama.

Mamak : ..............


Mamak : meja mana duduk?

Lelaki A : oh.. aa meja hujung sana..


member aku telah menggigit kolar baju untuk menahan perasaan.

ok, sesetengah mamak memang friendly. tetapi tidak semua. lebih baik berhati2.


haha.. lawak siot..

ni blog dia.. nak baca yang ori p la melawat.. ;p http://jujurdanradikal.blogspot.com/