harini sebenarnya aku kena buat interview tuk pekerja singkat tukang masak.. iklan dia kluar seminggu je.. pastu post kat papan kenyataan ngan mulut2 ke mulut je.. tapi yang memohon dan hadir harini 34 orang.. bagi aku ramai.. jawatannya 2 jek.. seharian kitaorng dalam bilik mesyuarat tu.. siap overtime lagi..huhu.. tp syukur sempat jugak lah habiskan sehari.. kalau ada 50 orang mau ada yang kena postpone esok.. huhu..
jawatan tukang masak ni hanya perlu pmr je.. tadi yang aku tgk yang blajar sampai pmr xsampai 10 org.. ramai yang lepas spm ngan stp.. yang banyak qualification sijil2 masak.. yang bekas kerja hotel pun ramai.. (pening nak bagi rating markah).. nampak yang susahnya orang nak dapat kerja kat luar tu.. keja hotel pun gaji brape kerat je.. sanggup datang mintak kerja tukang masak yang kerja berat kat dapur tu.. aku rasa derang ni pape kerja pun asal kerja gomen--> dah cukup bagus.. (bersyukurla anda yang berada di tempat anda skrang) *hai hai*
yang cuba memasang kabel di kiri kanan atas dan bawah pun banyak.. tapi minta maaf ya.. walaupun segala kabel yang anda pasang akan diambil kira (usaha anda kami hargai!).. ada la point sket tapi selebihnya bergantung pada calon tu sendiri.. smuapun diambil kira... 1st impression, 2nd impression..cara bawak diri.. cara bercakap.. berpakaian.. skit2 la ilmu bab diet ni.. ha, kena la kan buat homework skit tentang tempat kerja baru ni.. cthnya, nama pengarah hospital.. (ada terang2 kat luar pejabat tu.. at least baca dan hafal la satu nama..) nampak la calon tu amik berat..
antara soalan2 yang aku tanya tadi..
1. ceritakan tentang pemakanan sihat yang anda tahu
2. penyakit2 yang berkaitan dengan pemakanan
3.apa yang menyebabkan keracunan makanan (jawapan favourite :salah makan ;p)
4. berikan contoh resipi tuk penyakit kencing manis n ect
hmm macam2 jawapan dapat.. hehe.. yang banyak membaca, peka dengan sekeliling bagus la jwapan2 derang bagi.. soalan standard seperti isu semasa, kemahiran komputer pun kena tanya.. walaupun sebenarnya xde kaitan dengan masak memasak kat dapur.. ;)
oklah.. panjang plak.. chiow..
~tired + tired~
6 comments:
wah...
ketua dapur nak cari orang bawah baru...
huhuhuhu...
cam best je kan duk tanya2 orang....
teringat mase kene interview mase final year dlu...
sampai setengah jam lebih aku kene...
tak larat...
masa tanya best la.. nak memilih tu yang malas tu..
wah rajinnya interviewer tu menanya sampai setgah jam.. aku yang nak menanya stakat lima posen ni pun tak melarat dengan candidates yang ramai.. apa lagi kalau nak tanya singgit lima posen.. huhu..
*singgit lima posen=stgah jam..
**lima posen agak sendri la aeh.. ;p
bagusnya cik interviewer ni, tak amik kira kabel kiri kanan atas bawah.. kalau kabel 500kV macam mana? huhuhuhuuh
bersyukurlah kerana kita berada kat tempat kita sekarang.. Alhamdulillah :)
huhu.. kalau nak pakai smua kabel yang dipasang kena la amik smua candidates yang datang interview.. isk2..
kabel 500kV tu leh mati eh kalau xpakai?? (kuat mana 500 kV tu?)
kabel 500kV tu, kalau kena shock, mau kejung.. heheh
haha.. next time kalau ada yang cuba pasang 500kV.. aku lari laju2 la.. takut kejung kemudian hari.. ;p
Post a Comment