Pages

Wednesday, December 17, 2008

what a day..

+ as expected aku lambat 2 hari berturut2! dalam sejarah punch card aku merah.. (slama ni kalu lambat xpenah nak punch).. xtau kenapa kali ni aku rajin nak punch.. huhu

+ kad kawin tuk cema yang aku buat, jatuh pastu masuk longkang.. huuuuaaa..isk2.. busuk lak tuh! Photobucket

ni yang dah masuk longkang tu..

ni kad baru yang aku buat dengan malasnya.. huhu..

nota kaki: esok aku nak balik kl (yeay!) attend kenduri cema kat selama, perak.. balik nanti hari senin.. (aku lupa sbenarnya yang minggu depan banyak public holiday..kalu x aku amik cuti skit lagi lawat ma abah aku kat kampung..).. :(

Monday, December 15, 2008

welcome new baby.. :)

at last siap jugak projek yang aku start ujung minggu aritu.. Photobucket


buat kad tuk baby kak keen.. xlah kreatif mana.. tapi ok la kut.. yang kat atas tu muka depannya

ni kat dalam dia.. sikit konflik color vs identity sket sebab aku dah frust cari bahan kat kk ni.. guna je apa yang ada..Photobucket

suatu pagi yang panjang

hari ini bermula dengan aku bangun awal.. aku semangat nak siap awal nak menempuh hari yang aku rasa bakal panjang.. bukan apa, isnin kan.. smangat kena lebih sikit! Photobucket

bertolak dari rumah jam 7 pg.. dan seperti yang aku jangkakan.. jalan bundusan (jalan yang aku lalu nak pegi/balik keja hari2) akan jem teruk! sebab on the balik dari kk malam tadi (lepas amik kakyat dan na) roundabout bukit padang tu dah kena tutup satu exit dia.. pastu wat lencongan kat jalan lain.. giler sesak jalan ni sejak dua menjak ni sebab diorng nak renovate jalan tu.. bagi makin besar.. harapnya dapat la kurangkan sesak tah pape ni.. huhu.. banyak betul aku tengok aktiviti kat tepi2 jalan skrang.. korek jalan, bikin jambatan, bikin jalan, bikin longkang, cabut tiang, tanam tiang ( lampu ngan lektrik), lori angkut tanah, jengkaut kaut tanah dan macam2 lagi la.. load loader yang sebesar2 makhluk tuhan tu pun ada..

nilah hasilnya kejadian lalulintas yang aku tempuh nak g keja pagi tadi.. perjalanan yang amik masa 5 menet je jadi setengah jam.. isk2

ni keta kat depan aku

ni kat blakang aku

sbelah kanan aku

sbelah kiri aku

jengkaut (kut la nama dia)

ni jambatan sementara yang menyesakkan.. isk2

ha, ni u-turn nak g spital aku..

mungkin xsesak korang yang duk kl atau bandar besar lain.. tapi kalu ikut aku yang dah besa idup slow n steady kat kk ni.. haru gak la dah sesak2 ni.. nak g keja pun xde mood.. huhu.. seperti yang ramai orang kata, sabah ni ketinggalan 5 tahun ke belakang berbanding ngan semenanjung.. jadi skarang aku nampak bangunan naik kat mane2 je kat bandar kk ni.. jalan makin lama macam makin xsudah (sebab dan tutup sana tutup sini kan..).. walau apa pun aku harap smua buat dengan tanggungjwab dan kualiti yang bagus.. jangan jadi cam Hospital Queen yang dan nak roboh tu.. bikin malu sajak.. kesian patient kena campak sana sini..

tunang dan long pasia

ehem.. bukan aku yang tunang.. bukan aku juak yang pegi long pasia.. ;p

ujung minggu ni aku xkemana-mana.. suka je kat umah dengan sepenuh hati membuat sesi releksasi.. hehe.. pagi hari sabtu aku, awal2 pagi pegi anta kak yat g hospital.. dia ada trip pegi Long Pasia.. apa itu Long Pasia..? Long Pasia tu nama tempat.. tempat yang letaknya di pedalaman sabah yang kitaorng (kawan2 dari s'jung yang suka adventure, kononnya ;p) satu ketika dulu tanam angan2 nak pegi.. tapi misi xpernah kesampaian..huhu.. yang dapat pegi ni adalah kawan2 yang ikut medical team dengan sponsor pihak luar.. macam kakyat ni la.. bertuah badan..

ni ada beberapa perkara yang aku tau pasal long pasia.. ni pun tau dari kawan2 aku yang penah pegi dan kawan yang ada kawan dari sana atau kawan yang penah pegi.. ;)

~ long pasia ni terletak di bahagian pedalaman bawah sabah.. border kalimantan dan sarawak..(kakyat cita smalam ada makcik kat sana tu yang penah g kalimantan lawat sedara, dia jalan kaki.. aku ingat dekatla kan bleh jalan kaki.. rupanya amik masa 12 jam nak sampai.. huuuuh.. jauh tu..isk2)

~ hanya 4wd je yang sesuai digunakan tuk perjalanan ke long pasia
~ perjalanannya hampir 10jam dari kk.. (kalau dapat 4wd yang power + driver yang cekap + jalan bagus dan xde sangkut2, mungkin dapat sampai dalam 8jam )

~ 4hr jalan gravel n tanah merah n bumpy all the way (xlupa jugak ada jalan masuk sungai kluar sungai--adventure habis!)
~ pemandangannya amat la cantik dan xde pencemaran langsung
~ banyak giler orkid hutan dan picher plant kat sana
~ malam kat sana hidup pakai generator atau sistem solar
~ ada astro
~ kampungnya bersih
~ sungainya cantik
~ mandi air sejuk menyucuk tulang temulang
~ kawasan sana banyak nama long
~ long tu maksudnya kuala dan pasia tu maksudnya air merah (memang air sungai sana nampak merah - kenapa? xde orang bleh jawab soklan aku stakat ni)

~ majoriti kaum Lundayeh beragama kristian
~ banyak anjing yang jinak (huhu..)
~ anak ketua kampung situ blaja kat UMS (ni kakyat bagitau)
~ bestfriend daus masa student asalnya dari sana, dulu pengarah kat spital kudat, skrang aku xtau dia kat mana dah

~~~~ hmm apa lagi ek..? aku dah xingat dah.. kalu aku ingat aku tulis lagi
ni website yang ada gambar best pasal long pasia

http://longpasia.wordpress.com/

http://www.simplygreen.com.sg/sabah/lp1.html

ha, xlupa di sini, aku ucapkan Selamat Bertunang pada NA-SHAM.. (minggu lepas lagi sebenarnya diorang dah tunang, tapi ni baru balik jadi aku wish arini la... hehe)

Friday, December 12, 2008

my inbox is almost empty

entry harini xde kena mengena ngan tajuk di atas.. actually, dua tiga hari ni aku macam xde idea nak menulis.. hmm... well, we'll see do i really drained out of idea or saja bermalas-malasan untuk mencari idea..;)

for a start, aku dah abis baca buku Tunggu Teduh Dulu!! it takes me 1 week to finish it.. huhu.. despite apa tuan buku kata, aku sukalah buku ni.. it is quite a heavy reading.. but it is a great book.. patut la penulisnya banyak dapat anugerah.. ilmu ketuhanan banyak dia serapkan dalam buku ni.. boleh aku katakan watak utama dia ala2 Fahri Abdullah dalam Ayat-ayat Cinta.. watak yang amat patuh pada perintah Tuhan nya dan garapan cerita penulis mengenai hidup Salsabila (watak utama dan suami solehnya) menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup dia amat berkesan bagi aku.. mungkin ada dua tiga bahagian cerita yang aku kurang gemar tu, boleh dimaafkan la..(;p)

walaupun penulis berulang kali mengatakan bukunya bukan hanya mengenai cinta tiga segi, namun awalan cerita dia balik2 berkisar tentang cinta tiga segi ni sampai ada masanya yang aku terasa malas nak sambung baca.. tapi memandangkan penulis dah berjanji ia menulis bukan hanya kisah segi2 ni, aku teruskan jugak la dan hasilnya, buku ni dah masuk kategori must-have (!) aku.. lalala.. hehe (not to forget betik story all the way..)

the end

(dah tak tau nak tulis apa la konon..;p)

13 Dis 8.30 am

nak tambah sket lagi..

aku jumpa site ni kat blog tah sape.. cita pasal papaya a.k.a betik vs denggi.. (betik lagi?!)

http://proud2bmalaysian.wordpress.com/2008/08/20/papaya-leaves-juice-cure-for-dengue/


wishes

today is quite a happy day..

tahniah kak keen dah dapat baby girl..


tak lupa jugak tuk cik fadhPhotobucket



you two will be a great mom!!

apsal xde gambar baby eh?? ntah, xjumpa cari la yang best.. huhu

Wednesday, December 10, 2008

hari yang mengelirukan..;p

neno.. neno.. neno.. dari jauh kedengaran suara jeritan ambulan bagaikan tidak sabar untuk tiba ke kawasan hospital.. semakin dekat semakin kuat.. dahiku berkerut.. timbul rasa pelik di benakku.. kenapa kali ini berbeza sungguh dengungan bunyinya..? langsung di sebalik jendela yang terbuka, ku panjangkan leherku yang xseberapa panjang ini tuk melihat apa sebenarnya yang mengeluarkan bunyi yang sebegitu kuat.. rupa-rupanya yang kusangkakan sebuah ambulan adalah sebuah trak bomba..

eh, hatiku berkata '' ada kebakaran ke ni? wad mana yang terbakar ni? pt? ada yang hangus ?" terbayang akanku pesakit di wad bertempiaran melarikan diri.. dan serentak dengan itu, kedengaran bunyi siren kebakaran memekik.. "kkrrriiiiiiinnnngggggggggggg..!!!!" hati aku merasa sedikit cemas dan panik.. lantas muncul kak siti, pembantuku dengan wajah yang manis memberitahuku.. "ok bah tu, diaorang buat fire drill harini, sal.."

oh, fire drill rupanya.. ''ces, buat cuak aku jek, huhu.." dengan hati yang bengkek aku melangkah longlai ke tempat perhimpunan B di mana kawasan itu masih kosong tanpa ada makhluk lain selain kami yang sungguh patuh kepada peraturan dengan perasaan.."tipah tertipu, bang.."

haha.. tah pape entry aku hari ni.. berangan nak jadi penulis novel yang berbakat plak kali ni.. ala, tak kan korang xpenah ada rasa nak jadi penulis novel masa skolah2 dulu..? hehe.. Photobucket aku penah.. :p seingat aku la, kali pertama aku cuba (kononnya la) nak tulis2 novel ni masa darjah 4 ke 5 tak ingat plak.. masa tu siap ada buku tulis khas tu tulis cerita fiksyen tah pape.. haha.. aku lupa dah apa kisahnya.. yang aku ingat dalam tu ada penyanyi, ada penyiasat ngan ada pembunuh bersiri.. ngeh ngeh ngeh..

hari ni aku mengaplikasikanla pengaruh dari novel yang aku baca sekarang karya Faisal Tehrani tuk menceritakan tentang kat hospital aku ada fire drill.. Photobucket




ni ha gambo fire truck yang aku amik sebagai bukti..


ha abang2 bomba yang sedang berbincang apatah kat depan opis aku..

sekian, terima kasih..

enjoy..!

Tuesday, December 09, 2008

tika dan ketika

Jika kau merasa lemah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sisa-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika engkau menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sedang menghitung air matamu..

Jika engkau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terlalu berlalu begitu sahaja..Allah sedang menunggu bersama-samamu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefonmu.. Allah sentiasa berada di sampingmu..

Ketika engkau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguh-sungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya..

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau merasa jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik padamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur.. Allah telahpun memberkatimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan telah dipenuhi ketakjuban.. Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Oleh itu, ingatlah bahawa di mana kau berada atau kemana kau pergi.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu..


jumpa kat mana tah xingat.. huhu..

Monday, December 08, 2008

selamat hari raya haji.. :)

9 pm : selain g beraya umah orang aku beraya gak kat shopping complex..Photobucket .. aku perasan banyak mata yang ekor aku.. mungkin pelik tengok aku lengkap ngan jubah ngan tudung ala mak arab wat apa kat shoping complex time2 raya ni.. "eh, apa tengok2 suka hati aku la nak jalan.. huhu.." (emo jap ;p) memang pun agak kagum aku.. xnampak orang lain yang pakai lengkap cam nak beraya kat situ.. amoi cina dressing sakan ramaila.. mungkin amik peluang cuti dereng kuar dating ramai2..

anyway.. i make an efford not to enter kedai kasut or kedai baju or kedai handbeg.. tapi aku terus meluru masuk kedai buku.. daaann hasilnya..
dapat 2 buku ni.. lalala.. Photobucket


dengan niat suci nak lengkapkan koleksi shopaholic aku



ha, yang ni free.. tajuknya be popular.. dalamnya hanya ketas2 kosong.. hehe.. ni dapat masa renew member kat popular tadi Photobucket

petang, sempat jugak aku wat carrot cake.. hehe.. dapat resipi dari blog fathin.. (thanks awok! Photobucket)


tapi xjadi sangat la.. rupanya buruk! dah nama xcukup bahan kan.. ginila rupanya..isk2.. xpelahkan.. don't judge a cake by it's look ok.. sedap tau nyum2.. suka2.. hehe.. (bunga2 kecik saja letak, belen wat muffin aritu..cute la konon.. ahaks!)

sambil2 tunggu ke dalam oven.. ke aku wat ni..


wat apa ek?? susun buku? hehe.. aku balut buku2 ni la.. ada kesempatan hari cuti.. (macam sabtu ahad xcuti kan??! ;p)

p/s : sambil update blog ni aku duk tgk cerita without a trace kat hallmark.. isk, dah 2 scene ciom mulut laki sama laki aku tgk minggu ni.. trauma aku.. huhu..

by the way, selamat hari raya aidiladha kawan2

Eid ul-Adha

Selamat menyambut hari raya korban.. semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yusof a.s dan Siti Hajar menjadi semangat dan inspirasi untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Beruntungnya mereka yang telah disampaikan seru menyambutnya di Rumah Allah.. sampaikanlah salam kepada Rasulullah dan berdoalah di Multazam kebaikan dunia dan akhirat..

semoga mendapat haji yang mabrur..


Ahad, 9 Zulhijjah 1429H -JUTAAN jemaah mengambil kesempatan beribadat di masjid Namira ketika melaksanakan ibadat wukuf di Arafah. (berita harian) ~ ramainya umat.. subhanallah

tengah2 browsing jumpa puisi ni..

Padang Arafah mencatat peristiwa.. pertemuan pertama adam dan hawa.. setelah berpisah 40 tahun..Angkara iblis dan syaitan durjana

Adam dicipta dari tanah.. hawa pula dari tulang rusuknya.. Ditiupkan ruh supaya sempurna.. itulah asal kejadian manusia

Adam dan Hawa insan bertaqwa.. hidup bersama di dalam syurga.. segala rahmat ALLAH memberikan.. setiap nikmat ALLAH disyukuri

Iblis dan syaitan merasa iri.. menggoda Hawa setiap hari..Termakan oleh Hawa.. Khuldi larangan.. ALLAH melihat dengan kemurkaan

Adam dan Hawa terpisah akhirnya.. hukuman ALLAH tak dapat disanggah.. tercampak mereka ke dunia nyata.. menangis keduanya menyesali diri

Bertahun lamanya mereka mencari.. mengharap dan menanti agar berjumpa.. keseorangan hawa tiada pembela.. adam merintih hatinya sedih

Pintu taubat masih terbuka.. Doa mereka dikabulkanNya.. Tertolong akhirnya adam dan hawa.. Di padang arafah detik bermula


adapted from arab families website